dropdown menu!

Sunday, July 12, 2015

Daging Salai Masak Cili Padi

Assalammualaikum...

Hari minggu ni,para ibu pasti berfikir fikir kan hendak masak apa tok berbuka puasa ni... tggl beberapa hari saje lagi nak raye.. pasti kering idea, maklumlah excited pulak mencari idea tok membuat kuih raye :)..

Oleh itu,Mama taqin bercadang hendak mencuba resepi ini, ala resepi mudah je..boleh la,para ibu mencuba juga..nak tau bagaimana membuatnye..jom ,

Bahan bahan

500g daging salai-dipotong nipis

300ml santan kelapa

1 cawan air 

1 sudu besar serbuk kunyit

100g cili padi-dikisar halus

1 helai daun kunyit

2 batang serai-diketuk

1 biji mangga muda-dihiris 6

Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara Membuatnya

1.Masukkan cili padi bersama serbuk kunyit, serai serta 1 cawan air ke dalam periuk.

2.Biarkan mendidih sebelum dimasukkan mangga muda dan santan pekat.

3.Kacau seketika. Masukkan pula daging salai, daun kunyit yang telah disiat, garam dan serbuk perasa.

4.Kacau sehingga kuah menjadi pekat.

5.Hidangkan bersama nasi putih

Friday, July 10, 2015

7 Petua Memutihkan Gigi Yang Sangat Berkesan

Assalammualaikum..

Mama taqin percaye..semua orang inginkan gigi yang putih dan bersih.. tetapi,bagaimana bagi mereka yang tidak memiliki gigi seperti itu..

Ini ada 7 petua tradisional yang boleh diamalkan bagi mendapatkan gigi yang putih dan bersih..

1.Serbuk Pinang Hilangkan Kesan Kuning

Anda boleh mencuba menggosok gigi dengan serbuk pinang. Ia dikatakan dapat membersihkan gigi dengan lebih sempurna. Amalan ini sudah lama dilakukan oleh nenek moyang kita, ia membantu gigi tampak lebih putih.

2.Lemon Dan Garam Kombinasi Terbaik

Selain enak dinikmati sebagai jus, perahan lemon dengan garam kombinasi bahan yang sangat mujarab untuk menghilangkan kesan karat pada gigi.

Sapukan campuran pati lemon dan garam pada gigi, kemudian gosok gigi seperti biasa.

3.Kulit Limau Putihkan Gigi

Selepas memasak, kulit limau jangan dibuang sebaliknya gunakan ia sebagai pencuci gigi. Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau.

4.Manfaat Serbuk Daun Salam

Jemur daun salam sehingga benar-benar kering. Kisar daun tersebut sehingga halus dan campurkan dengan serbuk kulit limau. Gosok bahan ini pada setiap hari.

5.Strawberi Bersihkan Kotoran

Dapat membersihkan kotoran pada gigi dan menghilangkan warna kuning pada gigi.

6.Cuka Epal Untuk Gigi Yang Berkarat

Bagi yang mengalami masalah gigi kuning dan menjadi kehitaman. Cuba sapukan dengan cuka epal. Lakukan seminggu sekali .

7.Khasiat Arang

Penggunaannya dihadkan sebulan sekali. Kekerapan menggunakan arang kayu dikatakan boleh merosakkan enamel dan menyebabkan gigi sakit.

Jom banteras gigi kuning..

Semoga Bermanfaat,
Mama Taqin

6 Petua Mengawal Penyakit Gout

Assalammualaikum..

Hari ini,mama taqin hendak berkongsi mengenai petua mengawal penyakit gout..Penyakit ini,yang kita sedia maklum kalau dibiarkan pasti melarat..

Sehinggakan, boleh membawa maut..sangat bahaya bukan? ini bukan cite kosong ea.. atuk kepada suami saya antara yang menghidapi penyakit ini..

Sebelum itu,mari kita memahami serba sedikit mengenai..apa itu penyakit gout.

Apa itu penyakit gout ?

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki.

Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Petua sakit gout

1) Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang.

2) Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.

3) Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.

4) betik muda dan green tea.Apa yang perlu dilakukan ialah betik muda itu di potong 2 menjadi seperti gelas.Isi di dalam betik itu di keluarkan.Kemudian ambik green tea dan rendamkan di dalam betik tersebut sehingga kembang.

Apabila merendam green tea itu di dalam 1 bahagian betik dan yang sebahagian lagi di gunakan sebagai penutup.Amalkan meminum air green tea tersebut sekerap mungkin sehingga khasiat teh tersebut hilang dan sakit semakin kurang.Sentiasa menukar teh tersebut apabila hilang warnanya.Green tea boleh di dapati di kedai herba.

5) mengambil sekitar 20biji buah ceri setiap hari. Jika tidak dapat ceri yang fresh anda bolehlah mengambilnya yang didalam tin atau jus ceri atau ceri yang telah dibekukan.

Sebagai pilihan lain anda boleh juga mengambil buah strawberry, blackcurrants (anggur hitam), cranberries dan raspberries yang memberikan efek yang hampir sama namun perlu diambil pada kadar yang lebih berbanding ceri biasa.

6) mengambil pil minyak ikan setiap hari. Minyak ikan mengandungi anti radang yang baik untuk kesakitan sendi. Dos yang di cadangkan ialah 6000mg setiap hari dan perlu diingatkan bahawa ia mestilah minyak ikan (fish oil) bukan minyak hati ikan (fish liver).Antara pilihan terbaik adalah omega guard shaklee.

Selain dari petua hilangkan sakit gout di atas, pesakit gout boleh juga mendapatkan vitamin untuk penyakit gout..insyaAllah akan membantu menyembuhkan penyakit anda.

Semoga kita bebas dari penyakit gout,

Mama taqin

 

Wednesday, July 8, 2015

Petanda Masalah Awasi 11 Simptom Ketika Hamil

Assalammualaikum..

Sama ada kita sudah punya pengalaman hamil atau tidak,  saya faham..pasti perasaan takut dan risau bagi melalui tempoh kehamilan tetap juga datang..

Walaupun kita sudah banyak baca buku atau artikel tetapi kita masih lagi sukar untuk mengetahui sama ada apa yang kita alami semasa hamil itu adalah normal ataupun tidak.

Justeru itu,ini ada beberapa panduan bagi menghadapi petanda masalah awasi 11 simptom ketika hamil.Semoga dapat mengurangkan kerisauan para ibu hamil semua..

1. Sakit abdomen

Sakit yang teruk atau rasa mencucuk-cucuk pada bahagian abdomen atau atas perut, sama ada disertai dengan loya ataupun tidak, boleh jadi petanda bagi beberapa perkara. Kemungkinan,para ibu hamil mengalami ketidakhadaman yang teruk, jangkitan virus dalam perut atau ketacunan makanan. Sekiranya ibu hamil dalam trimester 2 mengalami mungkin menandakan pre eklampsia, iaitu masalah serius yang memerlukan rawatan segera.

2.Sakit Bahagian Bawah Perut

Sakit teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi perut boleh jadi petanda beberapa perkara. Ligamen ibu hamil mungkin tertarik dengan kuat atau ia mungkin tanda,kehamilan ektopik, keguguran, kelahiran pramatang, fibroid menyusut dan berdarah.

3. Demam

Jika suhu ketika demam melebihi 37.5 darjah celcius tetapi tanpa simptom flu atau selesema, hubungi doktor pada hari yang sama. Ibu hamil mungkin mempunyai jangkitan. Doktor akan memberikan antibiotik dan menasihatkan supaya berehat. Jika suhu melebihi 39 darjah celcius bagi jangka masa lama, ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda.

4.Gangguan Penglihatan

Dapatkan rawatan sekiranya dalam separuh masa kedua kehamilan anda mengalami penglihatan berganda, kabur, ternampak tompok-tompok bersinar atau ternampak cahaya tetang berlangsung lebih daripada 2 jam. Ia mungkin simptom pre ekslampia.

5.Pendarahan Faraj

Pendarahan ringan tanpa kesakitan mungkin tanda normal proses implantasi iaitu apabila embrio melekat pada uterus pada awal kehamilan ataupun pendarahan penebusan.

Namun para ibu hamil masih perlu hubungi doktor jika mengalami pendarahan semasa kehamilan kerana boleh jadi ia menunjukkan komplikasi serius. Masalah ini boleh jadi kehamilan di luar rahim, keguguran atau masalah kelahiran pramatang.

6.Peningkatan Rasa Dahaga

Jika ibu hamil tiba-tiba dahaga tetapi kurang membuang air kecil, ini mungkin tanda penghidratan atau diabetes kehamilan atau gestasi. Keduanya meningkatkan risiko komplikasi bagi para ibu dan bayi.

7.Sakit Ketika Buang Air Kecil

Sakit semasa membuang air kecil disertai dengan suhu badan tinggi, menggigil dan sakit belakang mungkin tanda-tanda jangkitan saluran kencing.

8.Muntah Teruk

Muntah lebih datipada 2-3 kali sehari akan menghidratkan dan melemahkan diri tetapi tidak membahayakan bayi. Jika anda mengalami muntah teruk dan berterusan, dapatkan rawatan segera kerana anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital.

Muntah yang bermula di peringkat akhir kehamilan dan diikuti dengan sakit di bawah tulang rusuk adalah tanda pre eklampsia. Jika para ibu muntah diikuti dengan kesakitan dan suhu yang tinggi ia mungkin disebabkan oleh jangkitan. Dalam kedua-dua kes tersebut, hubungi doktor.

9.Pengsan Atau Pening

Ini mungkin tanda para ibu tidak cukup makan pada hari itu, juga bermakna anda mungkin mempunyai tekanan darah rendah. Ramai wanita berasa pening-pening lalat semasa kehamilan. Jika pengsan, hubungi doktor selepas para ibu sedar semula untuk memastikan tiada masalah.

10.Pergerakan Bayi Perlahan

Tiada pergerakan bayi atau bergerak perlahan lebih daripada 24jam selepas minggu ke-21 mungkin petanda bayi anda tertekan. Jika anda sedar bahawa bayi kurang bergerak daripada biasa, hubungi doktor.

Semoga Bermanfaat,

Mama Taqin

Monday, July 6, 2015

10 Jenis Makanan Kurangkan Kolestrol Pasti Amalkan

Assalammualaikum..

Hari ini,mama taqin ingin berkongsi dengan pembaca semua..10 jenis makanan kurangkan kolestrol..

Sebelum itu,mari kita kenali dulu apa itu KOLESTROL..

kolestrol adalah metabolit yang mengandungi lemak sterol (waxy steroid) yang ditemui pada membran sel dan diedarkan dalam plasma darah.

Kolestrol bersifat lembut,berminyak dan tidak berbau.Ia terdapat dalam setiap bahagian badan terutamanya di dalam otak,sistem saraf,kulit,hati,usus,limpa dan hormon seks.

Kolestrol diperlukan untuk proses biologi dalam badan,namun begitu ia tidak boleh hadir dalam jumlah yang terlalu banyak.

Oleh itu,perlulah kita tahu 10 jenis makanan kurangkan kolestrol bagi mengelak berlakunya lebihan.

1.EPAL

Pektin epal ialah serat larut yang membantu mengeluarkan kolestrol daripada sistem badan.Flavonoids (Quercetin) yang terdapat di dalam epal bertindak sebagai anti-oksidan yang membantutkan proses pengumpulan LDL kolestrol "jahat" di dalam saluran darah.

2.KEKACANG

Kimbinasi kekacang dengan beras perang,bijirin,jagung dan gandum membolehkan anda mendapat sumber protien yang lengkap.Kombinasi kekacang yang tepat boleh menjadi ganti kepada protien daging merah yang mengandungi tinggi lemak tepu.

3.BERAS PERANG

Minyak yang terdapat dalam beras perang mengurangkan kolestrol. Beras perang boleh digabungkan dengan kekacang untuk mendapatkan protien lengkap yang rendah lemak tepu. Tambahan lagi, beras membekalkan dos serat yang baik untuk jantung,magnesium dan vitamin B.

4.KULIT KAYU MANIS

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Diabeter Care mendapati bahawa pengambilan 1/2 sudu teh kulit manis sehari dapat mengurangkan kadar gula dalam darah bagi pesakit diabetes Type 2.Ia juga mengurangkan triglyceride,LDL,kolesteol "jahat" dan keseluruhan jumlah dalam badan.

5.BAWANG PUTIH

Bawang putih mengandungi bahan kimia allicin yang terbukti dapat membunuh bakteria dan kulat serta mengurangkan beberapa jenis madalah penghadaman.Ia juga boleh mengurangkan bahan-bahan yang menyebabkan darah tersumbat dalah darah..

Sesetangah orang tak boleh tahan dengan bau bawang putih dan juga rasanya..bolehlah mencuba Garlic Complex yang mengandungi Allicin aktif.

6.ANGGUR

Flavonoids dalam anggur melindungi kolestrol LDL daripada kerosakan radikal bebad dan mengurangkan penggumpalan platlet. Efek pengurangan LDL dalam anggur datang daripada  kompaun yang dihasilkan oleh anggur untuk mengelakkan kulat. Anggur yang bewarna lebih gelap afalah lebih baik.

7.OAT

Oat mengandungi serat larut yang mengurangkan kolestrol "jahat",LDL (low-density lipoprotien),5-10g serat larut per hari dapat mengurangkan kolestrol LDL sebanyak 5%. Mengambil 1.5 cawan oat yang fimasak membekalkan 4.5g serat-cukup untuk mengurangkan kafar kolestrol anda.

8.IKAN SALMON

Komponen kesihatan yang paling utama di dalam ikan salmon termasuklah adid lemak Omega 3 dan protien. Komponen-komponen ini memberi kesan baik kardiovadkular. The American Heart Association, mencadangkan seseorang individu untuk mengambil sekurang,-kurangnya 2 hidangan ikan per minggu dalam diet, terutamanya ikan berlemak (salmon,tuna,sardin,ikan bilis dan herring).

Jika sukar untuk mendapatkan ikan salmon,bolehlah mencubs Omega Guard Dhaklee yang diekstrak dari ikan laut air sejuk termasuklah sardin dan herring.

9.PRODUK SOYA

Komponen penting yang amat berguna di dalam kacang soya ialah isoflavones dan serat larut. Isoflavones bertindak seperti hormon manusia yang mengawal turun naik kolestrol LDL. Semua jenis produk soya adalah sumber protien yang lengkap.

Energizing Soy Protien diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal  yang sangat ektensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protien yang tinggi yang pernah dihasilkan

10.WALNUT

Walnut bagus untuk mengurangkan kolestrol dalam darah kerana ia kaya dengan polyunsaturated fatty acids. Walnut dan badam dapat membantu saluran darah untuk kekal sihat dan elastik sebanyak 12%.

Semoga Bermanfaat ..