dropdown menu!

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, December 16, 2013

Omega-3 Untuk Kecantikan Kulit

Teks:Nurul Zin
Gambar:google

Omega-3, yang kita tahu adalah berfungsi untuk kecerdasan otak, ssakit jantung, sakit sendi dan sebagainya. Tahukah anda, selain dari itu. Omega-3 juga baik untuk kecantikan kulit. ia juga adalah asid lemak yang harus menjadi sebahagian daripada rutin penjagaan kulit kita.

Dan ini adalah sebabnya:


Apakah Asid Lemak Perlu?

Asid lemak adalah sebahagian daripada "lemak baik" yang diperlukan oleh badan untuk prestasi yang sihat. ' Perlu ' menandakan asid lemak ini tidak dihasilkan oleh tubuh manusia , dan oleh itu ia mesti dihasilkan semula melalui pemakanan. Asid lemak ini adalah bertanggungjawab untuk mengawal fungsi sel. Ia berperanan mengekalkan integriti dinding sel dan membolehkan pemindahan sisa dan air. Fungsi ini memainkan peranan yang besar dalam kesihatan kulit .





Sel kulit dan Asid Lemak

Kulit yang muda biasanya penuh dengan sel-sel yang sihat dan mempunyai kelembapan di wajahnya.
Sel kulit, akan semakin berkurangan nutriennya mengikut usia . Itu adalah salah satu punca muka kita nampak semakin kering dan kusam (kerana kurangnya kelembapan ).. Sel kulit yang sihat mempunyai membran yang sihat yang menyimpan bahan-bahan baik seperti air dan nutrien dan membolehkan bahan buangan untuk keluar. Omega-3 berperanan dalam meningkatkan elastik kulit dan mengurangi kedutan di wajah.

Mencegah Jerawat

Kulit yang lembut dan tidak berminyak adalah antara jenis kulit yang berkemungkinan kurang untuk mengalami jerawat . Jerawat berlaku apabila kelenjar, lebih menghasilkan bahan-bahan keratin dan sebum. Mereka menyumbat liang kulit dan menyebabkan jangkitan kulit. Asid lemak mempunyai manfaat dua kali ganda untuk jerawat. Pertama , ia menyebabkan pemindahan sel sihat , yang membantu larut lemak yang menghalang pori-pori dan menyebabkan jerawat. Mereka juga bekerja untuk membaiki kulit yang rosak oleh jerawat dan kecacatan.

Membantu membaik pulih Selulit


Tidak ada cara cepat atau lambat untuk menyingkirkan selulit . Bergantung kepada genetik kita. Walau bagaimanapun , asid lemak mungkin membantu dalam mengatasi masalah ini . Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa sel-sel kulit lembut yang sihat dan lembut kurang mengalami selulit. Pengambilan banyak asid lemak akan memberi sel-sel kulit anda lebih kenyal dan fleksibiliti, dan dengan itu mungkin mengurangkan kemunculan selulit.

Makanan terbaik Untuk Kulit Sihat


Asid lemak adalah satu kemestian bagi memastikan kulit yang sihat dan muda. Kebanyakan asid lemak boleh dimakan dalam makanan yang sihat. Biji flaks , walnut , salmon dan minyak canola, dimakan secara sederhana , semua makanan ini mengandungi  asid lemak yang mempunyai kesan positif ke atas kulit anda. Yang paling penting, pastikan keperluan mendapatkan omega 3 dan omega 6, dua komponen yang paling penting untuk mendapatkan kulit yang sihat.Boleh juga mencuba Omega Guard shaklee yang kaya dengan omega -3.


Ingin memiliki kulit yang cantik dan elistik?

Hubungi saya segera,

Nurul Zin,
Shaklee Independent Distributor,
Shaklee ID:908082
Fanpage:Naturalvitamin.Com
Call/Sms:012-7308930


Selamat Bersuppliment,
 









Tuesday, December 3, 2013

Omega Guard Shaklee Untuk Ibu Hamil, Tetapi Awas!

Teks:Nurul Zin
Gambar:Google



Kita sedia maklum minyak ikan omega guard shaklee adalah sangat baik jika diamalkan oleh ibu hamil. Ini adalah kerana, ia mengandungi bekalan DHA untuk memberi kesan positif terhadap perkembanagn kognitif dan visual bayi.

Dengan pengambilan tinggi omega 3 semasa hamil juga, boleh mengurangkan risiko alahan bayi. Terutama minyak ikan yang dihasilkan dari ikan laut dalam yang mempunyai kandungan DHA yang tinggi.  

Omega 3 banyak manfaatnya (klik sini) antara salah satunya adalah bagus untuk perkembangan otak bayi dan juga ibu hamil. Ini kerana omega-3 merupakan asid lemak yang amat diperlukan oleh tubuh badan. 

Asid lemak dari omega-3 boleh memecahkan lemak, merendahkan kolestrol dan paras trigliserid, merendahkan tekanan darah dan mencegah kematian mengejut disebabakan denyutan jantung abnormal. 

Omega 3 untuk ibu hamil

Selain itu, pengambilan minyak ikan bagi ibu hamil juga boleh mencegah kelahiran pra-matang, mencegah ibu dari depresi setelah melahirkan dll.

Namin begitu, para ibu hamil perlu awas !. Hal ini kerana, disebabkan fungsi omega guard shaklee ini juga berfungsi sebagai "Mencairkan darah" ia akan menyebabkan darah akan lambat berhenti ketika bersalin/pembedahan.

Adalah dinasihatkan supaya para ibu hamil menghentikan pengambilan minyak ikan apabila hampir tarikh bersalin. sebaiknya 4minggu sebelum tarikh yang diberi oleh doktor.

omega 3 untuk ibu hamil

Kesimpulannya, omega guard hanya terbaik diambil oleh ibu hamil ketika trimester 2&3 dan omega-3 (ada terkandung dalam omega guard shaklee) perlulah dihentikan pengambilannya apabila hampir tarikh bersalin.

Semoga bermanfaat  :)

Ingin mendapatkan PRODUK INI dengan harga ISTIMEWA :)

Hubungi saya SEGERA,

Nurul Zin,
Shaklee Independent Distributor,
Shaklee ID:908082
Fanpage:Naturalvitamin.Com
Call/Sms:012-7308930


Selamat Bersuppliment,







Sunday, November 17, 2013

Pemilihan Set Penyusuan Shaklee Bagi Yang keliru

Teks:Nurul Zin

Kebanyakan para ibu di luar sana, kemungkinan ada yang keliru, bagaimana untuk memilih set penyusuan shaklee, untuk diri mereka. Di sini, saya akan menerangkan serba sedikit set-set yang manakah yang sesuai mengikut keadaan anda.

Teatapi, pastikan anda mendapatkan konsultasi sebelum anda membeli set di bawah ea :)

SET B (Breastfeeding Basic)

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B ?
Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


SET E (SET B + Calsium@Ostematrix)

Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.





SET 3M



Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?

Set ini digalakkan kepada ibu yg ada masalah penyusuan, si ibu yg nak mula menyimpan stok, si ibu yg mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yg sedang relaktasi atau induce lactation.


Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

 disclaimer

Ingin mendapatkan SET SET INI dengan harga ISTIMEWA :)

Hubungi saya SEGERA,

Nurul Zin,
Shaklee Independent Distributor,
Shaklee ID:908082
Fanpage:Naturalvitamin.Com
Call/Sms:012-7308930


Selamat Bersuppliment,



 


Thursday, November 7, 2013

Khasiat Dan Kelebihan Timun Untuk Kesihatan

Perkongsian yang sangat menarik dari blog famous Nisa Kay.Timun yang kita sedia maklum digunakan dalam menu seperti nasi lemak,rojak,laksa,nasi kerabu,ulam-ulaman,acar dan sebagainya.Tapi,tahukah kita sebenarnya timun mempunyai banyak khasiat dan kelebihan untuk kesihatan kita.Selepas membaca info ini,saya pasti timun akan menjadi salah satu ulaman kegemaran pembaca :).

Jom baca,apa manfaatnya:



1.TIMUN BERFUNGSI UNTUK MENGHIDRAT TUBUH

Tahukah anda,timun mengandungi 90% kandungan air.Jadi,bagi mereka yang tidak sempat hendak minum air dan selalu tergesa-gesa,bolehlah makan timun yang sejuk.Prepare awal dalam peti sejuk..bila hendak makan boleh terus ambil sahaja.

2.MELAWAN SUHU PANAS

Melegakan pedih hulu hati dengan memakan timun.Tak pun makan timun  untuk melegakan tubuh badan semasa demam panas.Kalau kulit pedih-pedih terkena cahaya matahari,bolehlah cuba kisar timun dan sejukkan.Lepastu,letakkan bahagian yang kulit pedih itu.InsyaAllah ianya berkesan.

3.MENYINGKIRKAN TOKSIN

Kandungan air dalam timun ini boleh berfungsi untuk menyingkirkan sisa buangan dalam tubuh badan kita.Kerap makan juga boleh membantu untuk melarutkan batu karang.Wah!,saya baru tahu tip ini..sangat berguna.

4.MENYEGARKAN MATA

Yang ini,saya pasti semua wanita pernah mencuba :).Ia berfungsi untuk menyegarkan mata dan juga menghilangkan gelap bawah mata.Tapi,kena rajin buat selalu lah.

5.MELAWAN KANSER

Timun mengandungi secoisolariciresinol,lariciresinol dan pinoresinol.Ianya merupakan satu sebatian semulajadi dan ada kaitan kuat dengan lignan yang mampu mengurangkan risiko kanser.Contohnya kanser ovari,kanser payudara dan kanser rostat.

6.BERTINDAK SEBAGAI PENYEGAR MULUT

Jus timun dapat merawat gusi.caranya adalah dengan mengambil beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit.Fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau.

7.BUAH PINGGANG BERADA DALAM KEADAAN BAIK

Timun juga mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh kita sekaligus mampu memastikan buah pinggang sentiasa berada dalam keadaan baik.Tapi,pastikan timun menjadi menu makanan harian kita la.



Kalau saya tidak membaca diblog ini..mungkin saya tidak akan mengetahui lebih banyak manfaat timun ini, selain dari untuk menyegarkan mata.

Ok,saya nak sambung kejap melihat gambar photoshoot blogger muda ini..padanan pakaian mix + match Nisa Kay sangat menarik perhatian saya he2.


Salam sayang,