dropdown menu!

Friday, February 28, 2014

Tip Asas Kurangkan Morning Sickness

Morning sickness dan wanita hamil memang tidak dapat dipisahkan. Ada wanita hamil yang mengalaminya sekadar biasa dan ada juga yang mengalaminya dengan sangat teruk.

Pada kebiasaannya,morning sickness ini berlaku pada minggu ke 4-ke 8 dan ianya juga boleh berlaku berterusan sehingga minggu ke-16 kehamilan.

Dengan Tip Asas Kurangkan Morning Sickness ini, mudah mudahan dapat membantu ibu hamil yang mengalami permasalahan seperti ini.

1.Ibu hamil perlulah makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Elakkan makan dengan banyak kerana ia akan menyebabkan kita mual.

2.Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat bagi membantu menghilangkan rasa mual seperti roti dan kentang.

3.Hindar makanan berlemak,berminyak dan pedas kerana ia akan memburukkan lagi gejala morning sickness.

4.Makan buah epal kerana ini boleh menghilangkan rasa mual. Boleh juga dibuat jus dan ditambah dengan sedikit madu.

5.Minum air yang banyak walaupun sering muntah. Bagi mengelak kita dihidrasi..Hindari minuman berkarbonat atau kafein.

6.Amalkan minuman halia kerana ia diakui secara tradisi boleh mengatasi masalah mual,.untuk lebih mudah,boleh mencuba peppermint ginger plus shaklee.

7.Jangan terus bangun secara tiba-tiba daripada tidur di waktu pagi.

8.Memakai baju longgar dan tidak ketat

Semoga Bermanfaat,

Mama Taqin

posted from Bloggeroid

Thursday, February 27, 2014

Tip Mencari Bidan/Tukang Urut

Semasa berpantang, pemilihan bidan atau tukang urut perlu diambil berat. Bukan hanya tertumpu kepada harga yang ditawarkan sahaja ea.. bermacam aspek perlu diambil berat.

Mudah mudahan tip mencari bidan/tukang urut di bawah akan membantu:

1.Pastikan bidan tersebut dicadangkan oleh kawan-kawan yang pernah menggunakan khidmat mereka.

2.Pilih bidan yang mengamalkan kebersihan diri seperti kuku tidak panjang, basuh tangan sebelum mengurut dan tidak memakai aksesori yang boleh mengganggu proses urutan.

3.Berpengalaman dan jika boleh mempunyai pendidikan dalam bidang urutan.

4.Pengambilan bidan yang berhampiran kawasan kediaman kita. Secara tidak langsung, akan menjimatkan kos pengangkutan.

5.Pastikan pakej yang diambil disalon, tiada kos tersembunyi.

6.Bagi wanita muslim digalakkan mengambil bidan/tukang urut beragama islam untuk memastikan penjagaan aurat.

semoga bermanfaat,

Mama Taqin

posted from Bloggeroid