dropdown menu!

Showing posts with label tip. Show all posts
Showing posts with label tip. Show all posts

Wednesday, July 8, 2015

Petanda Masalah Awasi 11 Simptom Ketika Hamil

Assalammualaikum..

Sama ada kita sudah punya pengalaman hamil atau tidak,  saya faham..pasti perasaan takut dan risau bagi melalui tempoh kehamilan tetap juga datang..

Walaupun kita sudah banyak baca buku atau artikel tetapi kita masih lagi sukar untuk mengetahui sama ada apa yang kita alami semasa hamil itu adalah normal ataupun tidak.

Justeru itu,ini ada beberapa panduan bagi menghadapi petanda masalah awasi 11 simptom ketika hamil.Semoga dapat mengurangkan kerisauan para ibu hamil semua..

1. Sakit abdomen

Sakit yang teruk atau rasa mencucuk-cucuk pada bahagian abdomen atau atas perut, sama ada disertai dengan loya ataupun tidak, boleh jadi petanda bagi beberapa perkara. Kemungkinan,para ibu hamil mengalami ketidakhadaman yang teruk, jangkitan virus dalam perut atau ketacunan makanan. Sekiranya ibu hamil dalam trimester 2 mengalami mungkin menandakan pre eklampsia, iaitu masalah serius yang memerlukan rawatan segera.

2.Sakit Bahagian Bawah Perut

Sakit teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi perut boleh jadi petanda beberapa perkara. Ligamen ibu hamil mungkin tertarik dengan kuat atau ia mungkin tanda,kehamilan ektopik, keguguran, kelahiran pramatang, fibroid menyusut dan berdarah.

3. Demam

Jika suhu ketika demam melebihi 37.5 darjah celcius tetapi tanpa simptom flu atau selesema, hubungi doktor pada hari yang sama. Ibu hamil mungkin mempunyai jangkitan. Doktor akan memberikan antibiotik dan menasihatkan supaya berehat. Jika suhu melebihi 39 darjah celcius bagi jangka masa lama, ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda.

4.Gangguan Penglihatan

Dapatkan rawatan sekiranya dalam separuh masa kedua kehamilan anda mengalami penglihatan berganda, kabur, ternampak tompok-tompok bersinar atau ternampak cahaya tetang berlangsung lebih daripada 2 jam. Ia mungkin simptom pre ekslampia.

5.Pendarahan Faraj

Pendarahan ringan tanpa kesakitan mungkin tanda normal proses implantasi iaitu apabila embrio melekat pada uterus pada awal kehamilan ataupun pendarahan penebusan.

Namun para ibu hamil masih perlu hubungi doktor jika mengalami pendarahan semasa kehamilan kerana boleh jadi ia menunjukkan komplikasi serius. Masalah ini boleh jadi kehamilan di luar rahim, keguguran atau masalah kelahiran pramatang.

6.Peningkatan Rasa Dahaga

Jika ibu hamil tiba-tiba dahaga tetapi kurang membuang air kecil, ini mungkin tanda penghidratan atau diabetes kehamilan atau gestasi. Keduanya meningkatkan risiko komplikasi bagi para ibu dan bayi.

7.Sakit Ketika Buang Air Kecil

Sakit semasa membuang air kecil disertai dengan suhu badan tinggi, menggigil dan sakit belakang mungkin tanda-tanda jangkitan saluran kencing.

8.Muntah Teruk

Muntah lebih datipada 2-3 kali sehari akan menghidratkan dan melemahkan diri tetapi tidak membahayakan bayi. Jika anda mengalami muntah teruk dan berterusan, dapatkan rawatan segera kerana anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital.

Muntah yang bermula di peringkat akhir kehamilan dan diikuti dengan sakit di bawah tulang rusuk adalah tanda pre eklampsia. Jika para ibu muntah diikuti dengan kesakitan dan suhu yang tinggi ia mungkin disebabkan oleh jangkitan. Dalam kedua-dua kes tersebut, hubungi doktor.

9.Pengsan Atau Pening

Ini mungkin tanda para ibu tidak cukup makan pada hari itu, juga bermakna anda mungkin mempunyai tekanan darah rendah. Ramai wanita berasa pening-pening lalat semasa kehamilan. Jika pengsan, hubungi doktor selepas para ibu sedar semula untuk memastikan tiada masalah.

10.Pergerakan Bayi Perlahan

Tiada pergerakan bayi atau bergerak perlahan lebih daripada 24jam selepas minggu ke-21 mungkin petanda bayi anda tertekan. Jika anda sedar bahawa bayi kurang bergerak daripada biasa, hubungi doktor.

Semoga Bermanfaat,

Mama Taqin

Friday, February 28, 2014

Tip Asas Kurangkan Morning Sickness

Morning sickness dan wanita hamil memang tidak dapat dipisahkan. Ada wanita hamil yang mengalaminya sekadar biasa dan ada juga yang mengalaminya dengan sangat teruk.

Pada kebiasaannya,morning sickness ini berlaku pada minggu ke 4-ke 8 dan ianya juga boleh berlaku berterusan sehingga minggu ke-16 kehamilan.

Dengan Tip Asas Kurangkan Morning Sickness ini, mudah mudahan dapat membantu ibu hamil yang mengalami permasalahan seperti ini.

1.Ibu hamil perlulah makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Elakkan makan dengan banyak kerana ia akan menyebabkan kita mual.

2.Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat bagi membantu menghilangkan rasa mual seperti roti dan kentang.

3.Hindar makanan berlemak,berminyak dan pedas kerana ia akan memburukkan lagi gejala morning sickness.

4.Makan buah epal kerana ini boleh menghilangkan rasa mual. Boleh juga dibuat jus dan ditambah dengan sedikit madu.

5.Minum air yang banyak walaupun sering muntah. Bagi mengelak kita dihidrasi..Hindari minuman berkarbonat atau kafein.

6.Amalkan minuman halia kerana ia diakui secara tradisi boleh mengatasi masalah mual,.untuk lebih mudah,boleh mencuba peppermint ginger plus shaklee.

7.Jangan terus bangun secara tiba-tiba daripada tidur di waktu pagi.

8.Memakai baju longgar dan tidak ketat

Semoga Bermanfaat,

Mama Taqin

posted from Bloggeroid

Saturday, January 25, 2014

10 Tip Cara Bantu Anak Makan Sayur & Buah

Sudah terlalu biasa kita mendengar tentang keengganan kanak-kanak makan sayur sayuran dan buah buahan.Jika hal ini berlaku kepada anda,jangan khuatir. Dibawah, ada beberapa tip yang boleh membantu.

1.Pastikan rumah kita sentiasa ada buah-buahan segar seperti pisang,epal,pear dan limau.Susun buah-buahan tersebut di dalam bakul cantik dan letakkan di atas meja makan. Saya pasti, anak-anak akan menyukainya.

2.Jangan lupa, hidangkan buah buahan dan sayur sayuran setiap kali waktu makan.  Ketika makan tengah hari beri anak makan buah buahan dahulu sebelum makanan utama.

3. Sekiranya anda sekeluarga makan di luar, pastikan menu yang kita pilih mengandungi sayur sayuran dan juga buah buahan.

4. Semasa membeli buah buahan atau sayur sayuran, tanya anak buah atau sayur apa yang digemari dan belikan.Inilah salah satu cara untuk menggalakkan anak makan makanan tersebut.

5.Galakkan seisi keluarga makan buah buahan dan sayur sayuran. Bukan hanya si kecil , kita sebagai ibu bapa juga perlu menjadi contoh supaya mereka ikuti.

6.Hidangkan buah buahan dan sayur sayuran secara kreatif.

7.Jangan mudah putus asa jika anak menolak buah buahan dan sayur sayuran yang anda berikan kepadanya.

8.Beri anak buah buahan dan sayur sayuran mengikut citarasa mereka.  Jika dia sukakan sayur sayuran yang dimasak terlebih dahulu, masaklah dan jangan sesekali beri padanya sayur mentah. Begitu juga pada buah buahan.

9.Buah buahan dan sayur sayuran tidak semestinya dimakan begitu sahaja. Kita boleh hidangkan buah buahan dan sayur sayuran bersama yogurt atau coklat.

10.Sekiranya kita mempunyai kawasan atau tempat untuk menanam sayur sayuran atau buah buahan, ajak anak sertai bersama. Secara tidak langsung ia akan mendidik anak kita menyukai sayur sayuran atau buah buahan.

Kesimpulannya, kita perlulah sentiasa berfikiran kreatif dan juga berusaha bagi memastikan anak kita menyukai sesuatu yang kita sarankan.

Semoga Bermanfaat,

Wednesday, December 25, 2013

5 Tip Cepat Hamil

Teks:Nurul Zin

Ada pasangan yang sudah berkahwin lama.. tetapi belum lagi mempunyai rezeki untuk memperolehi anak. Tidak mengapa, jangan stress dan perlu banyak bersabar kerana ada hikmah disebaliknya.

Sedang kita menunggu kehadiran cahaya mata itu, kita perlu berikhtiar dan berdoa banyak-banyak mudah mudahan cepat lah dikurniakan cahayamata itu. Antara ikhtiarnya adalah mencuba 5 tip cepat hamil ini. Semoga bermanfaat :)

tip mudah hamil

5 TIP CEPAT HAMIL
===============

1.Dapatkan berat badan ideal.

Ketahui BMI tubuh badan anda, kerana terlalu berat atau kurus juga adalah salah satu punca sukar hamil.

2.Ketahui waktu subur

Hari subur adalah 4-5 hari sebulan.Dengan mengetahui waktu subur dengan tepat akan meningkatkan peluang untuk hamil.Tetapi waktu subur hanya boleh dikira dengan tepat jika haid anda teratur. Jika tidak teratur boleh ikhtiar dengan gla complex untuk teraturkan haid.

3.Hubungan intim lebih kerap.

Melakukan hubungan intim 3-4 kali seminggu adalah disarankan terutamanya pada waktu subur.

4.Mengambil multivitim

Anda disarankan mengambil multivitamin (boleh cuba vitalea shaklee) yang kaya dengan multivitamin dan multimineral termasuk asid folik (b-complex shaklee) dan juga mempunyai ke semua vitamin B untuk mengurangkan risiko janin cacat..

Suami pula perlu mengambil suppliment zinc (boleh cuba zinc shaklee) untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

5.Jumpa doktor.

Pastikan anda bebas dari cyst, endometriosis dan fibriod. Kerana ianya kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Jika pemeriksaan awal dilakukan, rawatan berkesan akan diberikan. Boleh ikhtiar dengan Gla complex selepas berjumpa doktor untuk atasi permasalahan tersebut.


Semoga Allah kurniakan anak yang soleh dan solehah, amin

Salam sayang,




Sunday, December 22, 2013

Tip Menjaga Kecantikan Rambut

Teks:Nurul Zin


Wanita mana yang tidak inginkan rambut yang sihat, bersinar, hitam dan lebat bukan?. Terutama sekali apabila kita melihat rambut seperti artis terkenal iaitu Rozita che Wan.. mahunya tidak jeles sangat lebat dan hitam ;)... Sebenarnya, untuk penjagaan rambut, caranya sama seperti  penjagaan kulit ianya bergantung kepada apa yang kita makan, minum dan sebagainya.

Di sini, saya akan berkongsi beberapa tip menjaga kecantikan rambut agar dapat membantu wanita di luar sana memiliki rambut yang cantik dan bersinar.

petua penjagaan rambut

Tip menjaga kecantikan rambut 

1.Diet, iaitu bukan mengurangkan makan seperti mana kita ingin menurunkan berat badan. Tetapi, kita hendaklah menghadkan pemakanan iaitu dengan memilih makanan yang berkhasiat sahaja seperti sayur-sayuran, buah buhan serta makanan yang kurang berlemak, manis atau kurang berlemak.

2.Seperti mana yang saya beritahu tadi, penjagaan rambut sama seperti penjagaan kulit ianya memerlukan pelembap agar mudah diurus. Iaitu dengan pengambilan air kosong yang banyak. Makanan atau buah-buahan yang banyak air juga perlu bagi memastikan rambut sentiasa kekal lembap dan sihat.

3.Sentiasa bertenang dan kurangkan stress, ini adalah kerana salah satu faktor penyebab rambut bermasalah. Boleh cuba B-complex untuk kurangkan stress..

4.Jika rambut kering, sapu dengan minyak yang hangat seperti minyak bijan  dan sapu pada seluruh kulit kepala dan rambut serta urut erlahan-lahan. Kemudian bu rambut mudah rosak disebabkan bungkus dengan tuala dan biarkan sebentar.

5.Jangan sesekali menyikat rambut ketika rambut basah kera serat rambut mudah gugur atau putus. Sisir dengan jari atau sikat yang bergigi jarang.

6.Pilih syampu yang kurang beralkali kerana ia menyebabkan rambut kering dan tidak menarik.

7.Jangan sesekali menggaru kulit kepala dengan kasar, kerana ianya akan menyebabkan rambut mudah rosak kerana stress.

8.Pastikan kita tahu cara menggunakan pengering rambut dengan betul agar hasilnya memuaskan iaitu memulkan pengeringan dari bahagian bawah sekali dan terus ke atas.

9.Mulakan proses pengeringan rambut dengan kepanasan yang sederhana dan semakin berkurangan apabila semua lembapan hampir kering.

10.Menggunakan tahap kepanasan yang terlalu tinggi ketika rambut hampir kering hanya akan merosakkan rambut.

11.Jangan terlalu kerap menggunakan alat pendandanan rambut.

12.Sekiranya gemar berjemur, pastikan memakai krim bagi melindungi rambut dari kerimg dan rosak.

13.Pilih perapi yang sesuai dengan rambut anda.

14.PENTING! jangan sapu perapi pada kulit kepala ianya akan menyebabkan rambut berminyak. Sebaik-baiknya sapu perapi hanya ada pertengahan rambut hingga kehujungnya sahaja.

15.Gunakan produk-produk perawatan bagi mencegah rambut rosak, contohnya vitamin atau serum khusus untuk menguatkan akar rambut.Boleh cuba produk zink untuk menguatkan rambut.

Semoga tip ini, sedikit sebanyak dapat membantu :)

Salam sayang,
 

 




Thursday, November 21, 2013

20 Tip Ibu Hamil Kembar

Teks:Nurul Zin
Gambar:google

Bagi sesetengah wanita, ada yang terlalu mengimpikan kelahiran anak kembar. Tetapi tahukah anda memiliki anak kembar tidak semudah yang disangka? Ia juga mengundang kehamilan berisiko.

panduan hamil kembar

1. Kembar seiras berasal dari satu telur yang bersenyawa dengan satu sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan wajah yang serupa.

2. Kembar tidak seiras berasal daripada telur telur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.

3. Pengambilan ubat kesuburan meningkatkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30 peratus.Anda juga boleh mengambil set kesuburan shaklee untuk meningkatkan peluang anda untuk mendapat anak kembar.

4. Ibu hamil kembar mempunyai lebih risiko untuk melahirkan bayi pra-matang, berlaku keguguran dan kejadian bayi cacat.

5. Bayi kembar biasanya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.

6. Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, sama ada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca daripada masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.

7. Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu enam hingga tujuh minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.

8. Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami preklampsia, iaitu satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.

9. Disebabkan oleh saiz uri yang lebih besar, ibu hamil kembar lebih berisiko untuk mendapat placenta previa, di mana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh memberikan pendarahan faraj semasa hamil.

10. Ibu sering mendapat morning sickness yang berganda daripada biasa dan sakit-sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk berbanding kandungan biasa.

11. Seseorang wanita berpeluang untuk hamil kembar lebih tinggi sekiranya mempunyai genetik kelahiran anak kembar.

12. Wanita hamil kembar memerlukan lebih banyak pengambilan makanan berkhasiat, vitamin tambahan dan zat berbanding kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.

13. Kenaikan berat badan berlaku lebih cepat, akibatnya ibu mudah sakit punggung, sesak nafas, rasa nyeri pada perut dan sembelit.

14. Penambahan beban pada jantung, paru-paru dan buah pinggang mengakibatkan anda cepat berasa penat.

15. Ibu lebih berisiko untuk menjalani kelahiran secara pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.

16. Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan sama ada kelahiran melalui pembedahan caesarean mahupun kelahiran normal.

17. Pastikan banyak minum air masak untuk mencegah dehidrasi.

18. Banyakkan berehat seperti sering berbaring agar aliran darah ke plasenta meningkat dan pertumbuhan janin lebih cepat.

19. Dapatkan sokongan positif daripada mereka yang berpengalaman mengandung, melahirkan dan membesarkan anak kembar.

20. Gandakan bajet. Persiapkan mental anda untuk menghadapi perbelanjaan yang berganda bila si kembar lahir. Jadi, sebaik tahu anda bakal menimang anak kembar, mulalah menabung untuk keperluannya kelak

Kesimpulannya,para ibu hamil kembar perlulah bersedia dari segi mental dan fizikal bagi memastikan kesihatan si ibu dan anak dalam kandungan selamat dan sihat.

 disclaimer

Ingin ikhtiar untuk mendapatkan ANAK KEMBAR dengan SET KESUBURAN SHAKLEE ?

Hubungi saya SEGERA,

Nurul Zin,
Shaklee Independent Distributor,
Shaklee ID:908082
Fanpage:Naturalvitamin.Com
Call/Sms:012-7308930


Selamat Bersuppliment,



Tuesday, November 19, 2013

Tip Menghilangkan Penat Dengan Tasbih Fatimah

Teks:Nurul Zin

Tip yang sangat berguna, bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas harian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja.Terutama bagi seorang isteri yang sering kepenatan melayan karenah anak-anak dan juga suami ;).

====================================================================


Saiyidina Ali r.a. berkata kepada murid-muridnya :

“Patutkah aku menceritakan kepada kamu semua kisah mengenai Fatimah r.a. yang paling dicintai dan dikasihi oleh Rasulullah SAW?”

Murid-muridnya memberi jawapan setuju,lalu beliau pun bercerita:
“Fatimah r.a. biasa menggunakan pengisar untuk mengisar bijirin yang menyebabkan tumbuhnya bintat pada tapak tangannya.Dia mengangkat air kerumahnya dalam sebuah beg kulit sehingga menyebabkan timbul parut di dadanya.Dia mencuci rumahnya seorang diri sehingga pakaiannya kotor.Sekali peristiwa,beberapa orang tawanan perang telah dibawaa ke Madinah.Aku pun berkata padanya:

“Pergilah engkau kepada Rasulullah SAW dan mohonlah padanya agar diberikan seorang pembantu supaya dapat membantumu di dalam kerja-kerja rumahmu.” Dia pun pergi mendapatkan baginda tetapi didapati ramai orang telah mengelilingi baginda.Oleh kerana dia seorang yang bersopan santun,dia tidaklah berani untuk membuat permohonan itu kepada Rasulullah SAW di hadapan khalayak ramai.Pada keesokkan harinya,
Rasulullah SAW telah datang ke rumah kami dan berkata:

“Hai Fatimah!Apakah yang menyebabkan engkau datang kepada aku semalam?”

Dia merasa malu untuk menyatakannya lalu mendiamkan diri sahaja.Aku pun berkata: “Ya
Rasulullah,Fatimah telah tumbuh bintat-bintat yang menyelar ditangannya dan di dadanya disebabkan dia mengisar dan mengangkat air sendirian.Dia juga sibuk mencuci rumah dan lain-lain urusan pekerjaan rumahtangga menyebabkan pakaiannya kotor.Aku menyuruhnya supaya menemuimu untuk meminta orang tawanan agar meringankan bebannya.”

Rasulullah SAW pun berkata: “Takutlah akan Allah, hai Fatimah.Bertaqwalah dan teruslah melakukan tugasmu terhadap Allah dan kerja-kerja rumahtanggamu. Sewaktu hendak tidur, ucapkanlah

‘Subhanallah’ 33 kali

Alhamdulillah’ 33 kali 

Allah hu Akbar 34 kali

Dengan ini akan engkau dapati lebih berguna dari seorang pembantu.”

Fatimah berkata ; “Aku berpuas hati dengan Allah dan rasulNya.”

Lihatlah kehidupan seorang anak perempuan Nabi yang dikasihi itu.Keadaan keluarga yang sederhana kehidupannya.Semoga memberi suntikan semangat untuk kita sebagai seorang isteri.



Salam sayang,  
 

Wednesday, November 6, 2013

Tip Hilangkan Rasa Gemuruh Didewan Peperiksaan

Alhamdulillah..

Hari ini,merupakan hari pertama para pelajar tingkatan 5 menduduki peperiksaan SPM.Ianya juga adalah penentu masa depan pelajar pelajar ini.Semoga berkat dari ilmu yang telah dicurahkan dapat diadaptasi semasa di dalam dewan dengan diiringi doa ibu bapa dan para guru.

Saya juga turut merasai bagaimana berdebarnya perasaan mereka ketika ini, walaupun telah 11 tahun berlalu.Berpeluh di dahi ketika saat masuk ke dewan peperiksaan itu sudah semestinya :) .InsyaAllah dengan doa dan tip hilangkan gemuruh ketika didewan peperiksaan yang akan saya beri ini akan membantu menghilangkan debaran didada.


Tip Hilangkan Rasa Gemuruh
=====================


1. Beri semangat pada diri sendiri melalui kata-kata “aku boleh”.

Kita tak tenang sebelum memulakan peperiksaan sebab kita tak tahu apa yang akan kita jumpa nanti dalam kertas soalan. Kita jadi takut. Untuk nak tenang sebelum peperiksaan bermula, buang ketakutan sedikit demi sedikit dengan memberi kata-kata semangat, mengatakan yang Anda boleh jawapan soalan tu satu persatu. Katakan pada diri Anda, “aku boleh buat” atau “aku boleh jawab dengan baik,aku boleh, aku boleh!”.

2. Gunakan mindset berani gagal.

Bila Anda berani gagal dan menanam sikap berani gagal, rasa gementar dan gugup itu akan hilang perlahan-lahan berganti dengan keberanian. Setelah kita buang ketakutan, gantikannya cepat-cepat dengan mentaliti berani gagal, berani mendepani apa jua yang akan terjadi. Anda akan bersemangat tiba-tiba. Ramai dari kita gementar saat menghadapi peperiksaan sebab kita mendepani sesuatu yang tak pasti dan kita takut tak ‘perform well’ ketika menjawap soalan peperiksaan.

3. Bayangkan ketenangan diri Anda semasa menjawap kertas soalan.

Fokus pada menikmati ketenangan supaya kita dapat menghilangkan kegugupan. Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat saat perasaan Anda mulai gusar. Teknik pernafasan ini membuat Anda tenang, menghilangkan gemuruh serta bagus untuk menghalang ‘mental black’. Idea-idea untuk menjawap soalan peperiksaan akan lancar mengalir apabila kita tenang.

4. Jika Anda sudah belajar dan bersedia, tidak ada sebab untuk Anda ‘nervous’.

Biasanya, kita gusar sebelum memulakan menjawab peperiksaan sebab kita rasa kita tak cukup bersedia hendak menjawab soalan peperiksaan tersebut. Bila kita sudah belajar, sudah mengulangkaji dan bersedia menjawab soalan yang akan keluar nanti biasanya kita tidak akan gugup. Biasanya kita akan konpiden. Lainlah kalau persiapan last minit, memang gemuruh punya.

Bila sudah belajar dan sudah menelaah sehabis baik, kita tidak akan sabar untuk melihat apa yang ada di dalam kertas soalan tu. Kita tak sabar nak merasa ‘thrill’nya menjawab soalan.
Kita tak akan rasa gementar langsung, bahkan tak sabar nak ‘mengerjakan’ kertas soalan dengan jawapan-jawapan yang sudah sedia tersemat di minda kita. Jika sudah belajar, sepatutnya kita rasa yakin menjawap apa jua yang akan ditanya dalam kertas soalan peperiksaan.

5. Ingat wajah-wajah kesayangan Anda.

Setiap dari kita pasti ada orang yang kita sayangi. Jika bukan ibu, bapa atau adik beradik kita, mungkin wajah kekasih hati kita. Cinta dapat mewujudkan ketenangan walaupun Anda berada dalam suasana yang penuh dengan tekanan seperti waktu menghadapi peperiksaan.

Ingat dan bayangkan wajah-wajah kesayangan Anda, hadirkan rasa kecintaan yang mendalam di hati Anda untuk membuat Anda tenang, bebas dari rasa gemuruh. Niatkan perjuangan Anda belajar ni adalah untuk mereka.

Jika dipandang dari aspek positif, rasa gemuruh atau rasa tidak tenang sebelum menjawap peperiksaan sebenarnya tindakan hormon adrenalin yang dirembes oleh tubuh kita sebagai signal biologi untuk membuat kita bersedia dari segi emosi.

Apabila kita teringat seseorang yang kita cintai, serta merta tubuh badan kita merembes satu jenis bahan kimia yang akan meneutralkan hormon adrenalin, lantas membuat debaran kita menjadi perlahan, semakin perlahan lalu menghilang sedikit demi sedikit. Itulah penangan cinta.

6. Ingat masa depan Anda.

Hilangkan rasa gemuruh dengan membayangkan masa depan Anda. Kita mengambil peperiksaan supaya kita lulus dalam akademik yang akan menentukan masa depan kita.

Bayangkan cara hidup yang kita nak nikmati, bayangkan yang Anda dah ada jawatan tetap, dah ada rumah sendiri, kereta sendiri atau perniagaan sendiri. Bayangkan selalu supaya rasa gugup bertukar menjadi rasa bersemangat ingin buat yang terbaik sebab Anda nak melakar masa depan yang cemerlang pada hari ini.



Salam sayang,