dropdown menu!

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Sunday, July 12, 2015

Daging Salai Masak Cili Padi

Assalammualaikum...

Hari minggu ni,para ibu pasti berfikir fikir kan hendak masak apa tok berbuka puasa ni... tggl beberapa hari saje lagi nak raye.. pasti kering idea, maklumlah excited pulak mencari idea tok membuat kuih raye :)..

Oleh itu,Mama taqin bercadang hendak mencuba resepi ini, ala resepi mudah je..boleh la,para ibu mencuba juga..nak tau bagaimana membuatnye..jom ,

Bahan bahan

500g daging salai-dipotong nipis

300ml santan kelapa

1 cawan air 

1 sudu besar serbuk kunyit

100g cili padi-dikisar halus

1 helai daun kunyit

2 batang serai-diketuk

1 biji mangga muda-dihiris 6

Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara Membuatnya

1.Masukkan cili padi bersama serbuk kunyit, serai serta 1 cawan air ke dalam periuk.

2.Biarkan mendidih sebelum dimasukkan mangga muda dan santan pekat.

3.Kacau seketika. Masukkan pula daging salai, daun kunyit yang telah disiat, garam dan serbuk perasa.

4.Kacau sehingga kuah menjadi pekat.

5.Hidangkan bersama nasi putih

Tuesday, December 10, 2013

Gulai Kampung Lemak Keledek

Teks:Nurul Zin
Gambar/info:Saji Online


BAHAN-BAHAN
=============
 
1 ekor ayam kampung potong 12
2 biji ubi keledek (potong dadu)
1 tangkai cili merah (tumbuk)
5 tangkai cili padi (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 labu bawang besar (belah 4)
1 batang serai (dititik)
4cm kunyit hidup (tumbuk)
1 keping asam gelugur
250ml santan pekat
2 helai daun limau purut (hiris)
garam dan minyak secukupnya

CARA MENYEDIAKANNYA
======================

Ayam kampung digoreng separuh masak dan ketepikan. Ubi keledek direbus setengah empuk dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk dan serai hingga pecah minyak. Setelah naik bau, masukkan pula ayam dengan sedikit air. Didihkan hingga ayam empuk. Kemudian masukkan pula santan, ubi keledek, asam gelugur, bawang besar dan daun limau purut dan garam secukupnya.

Selamat mencuba :)

Salam sayang,

Monday, December 9, 2013

Gulai Kupang Berlada

Teks:Nurul Zin
Gambar/info:Saji online

Hari ini, saya ingin berkongsi resepi gulai dan merupakan lauk kegemaran saya juga. Saya tahu, mesti ramai para ibu di luar sana, yang agak kekurangan idea untuk mencari resepi masakan :). Mudah mudahan dengan adanya resepi di blog ini, akan membantu para ibu mendapat ilham untuk memasak :)

Begitu juga, buat diri saya koleksi resepi ini sangat membantu saya untuk memantapkan lagi skill memasak ;).Jom kita cuba..

Gulai Kupang Berlada
================


BAHAN-BAHAN
=============

300mg isi kupang
200gm nanas (hiris nipis)
250ml santan
5 ulas bawang merah (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
1batang serai dititik
10 tangkai cili padi ditumbuk
2cm kunyit hidup ditumbuk
10gm serbuk lada hitam 
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKANNYA
======================

Campurkan kesemua bahan tumbuk dan serai bersama santan, kupang, asam gelugur dan lada hitam lalu didihkan. Campurkan nenas dan garam hingga kuah menjadi pekat.

Selamat mencuba :)

Salam sayang,



Thursday, October 31, 2013

Ayam Bakar Madu

Raya haji haritu,saya balik lah kampung..belek-belek majalah wanita mak..terjumpalah resepi ni..terliur saya dibuatnya.Nak buat belum ada mikrowave he2.Tidak mengapa saya kongsi di sini dan saya jadikan koleksi saya.Jadi,bila-bila masa,saya boleh mencubanya..rakan-rakan yang menjengah blog saya..boleh mencuba ea..Selamat mencuba :)

                                                                     Ihsan google

BAHAN-BAHAN
=============

1 ekor ayam dipotong

BAHAN-BAHAN DIKISAR
=====================

10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh kicap
1 sudu teh lada putih
3 butir buah keras
3 sudu madu
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAANNYA
====================

1.Kisar semua bahan 
2.Campurkan madu ke dalam bahan yang dikisar
3.Lumurkan ayam dengan bahan yang dikisar
4.Perap ayam semalaman.
5.Dibakar

Senang sahaja kan? Boleh la mencuba :)

Salam sayang,



Wednesday, October 9, 2013

Puding Roti Resepi Mudah Minum Petang

Assalammualaikum..

Petang-petang begini saya hendak berkongsi satu resepi yang tersangat simple..kalau sudah ada bahan ni,memang sepantas kilat saya buat he2. Sangat mudah dan menjimatkan masa. Petang-petang kalau duduk berborak dengan kawan-kawan tu, boleh la menjamu mereka dengan hidangan ni. Tapi, dengan syarat jangan bergosip pulak ea he2


BAHAN-BAHAN
---------------------

500ml susu segar/fresh milk
10 keping roti (roti gardenia/high 5)
2 sudu besar buah campur @ kismis
150ml yogurt perisa buahan
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
1biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

CARA-CARANYA
----------------------

1.Koyakkan roti dan rendam dalam susu selama 1/2jam.
2.Kacau dan gaul rata semua bahan.
3.Tuangkan kedalam loyang yang telah disapu majerin.
4.Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 30minit atau sehingga masak.
5.Tuangkan yogurt berperisa buahan di atas puding semasa menghidang.

Nota:Yogurt juga boleh digantikan dengan ais krim coklat/vanilla/cream coklat.Boleh juga dihidangkan dengan fruite koktail.

Nantikan resepi yang lain dari saya ea :)

Selamat minum petang,

Salam sayang,

Wednesday, October 2, 2013

Sambal Hijau Jawa

Assalammualaikum...

Resepi hari ini,dari perkongsian kakak saya (dari mak mertuanya) :).Sambal ini,memang sangat pedas dan lazat.Oleh kerana,kami orang jawa..patut memang kena tahu cara membuat sambal hijau ni..ianya pun sangat mudah seperti mana resepi sebelum ni.Sangat sesuai untuk ibu bekerjaya yang sentiasa hendak cepat :).


Gambar google

BAHAN-BAHAN
============

17 biji cili padi (mengikut selera ) -Ditumbuk
3 ulas bawang putih-Ditumbuk
4 biji bawang merah kecik-Ditumbuk
Segenggam ikan bilis biasa @ tamban (paling bagus tamban buang kepala je)-Digoreng dahulu kemudian angkat letak dalam bekas lain
Gula

CARA MEMASAK
==============

Panaskan minyak  kemudian tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi,masukkan gula secukup rasa.Bila sudah hampir kering,campurkan ikan bilis yang digoreng tadi gaul sehingga sebati.

Ok,dah siap :)

Selamat mencuba..

Salam Sayang,

Tuesday, October 1, 2013

Resepi Umai Udang

Assalammualaikum..

Hari ni,saya ingin berkongsi satu resepi simple sarawak ianya adalah ala-ala sushi.Pada saya ianya memang sangat-sangat mudah dan sedap,tidak sampai 1 jam pun untuk menyediakannya.Saya mendapat resepi ini,daripada kawan saya yang berasal dari sarawak ketika saya bekerja dahulu.Mudah mudahan ianya dapat memberi sedikit idea,bagi para ibu untuk menyediakan juadah makan tengahari.Mari kita lihat,bahan-bahan dan cara-cara membuatnya.


Gambar ihsan dari google


BAHAN-BAHAN
=============

1/2 kilo udang saiz sederhana besar (mengikut berapa orang makan)
5 biji cili padi (kalau suka pedas,boleh tambah) ditumbuk lumat
1 biji cili besar (untuk hiasan)
2 biji bawang besar (dimayang)
2 biji bawang merah (dimayang)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 inci halia (dihiris panjang)
5 biji buah limau kasturi ( diambil jusnya)
1 sudu kecil cuka
Perasa secukupnya

CARA-CAARA MEMBUATNYA
=========================

1.Udang dibuang kulit,dibelah dua belakangnya buang urat hitam dan bersihkan.
2.Campurkan kesemua bawang dan cili padi yang telah ditumbuk ke dalam udang.
3.Masukkan perahan air limau bersama cuka.Gaul sebati.
4.Masukkan juga perasa (garam dan ajinomoto)
5.Kemudian diperap selam 1jam atau pun semalaman di dalam peti ais (semakin lama diperap semakin sedap rasanya).

Nota:Udang akan bertukar warna putih dan ianya adalah telah masak secara semulajadi kerana tindak balas antara air perahan limau tadi dengan cuka.

Sebenarnya,ada pelbagai versi umai ini..anda juga boleh menggunakan obor-obor dan ikan.Cuma ada sedikit teknik sahaja untuk menyediakannya.Nak lagi versi lain umai..boleh la komen ea :)


Selamat mencuba :)

Salam Sayang,