dropdown menu!

Wednesday, November 6, 2013

Tip Hilangkan Rasa Gemuruh Didewan Peperiksaan

Alhamdulillah..

Hari ini,merupakan hari pertama para pelajar tingkatan 5 menduduki peperiksaan SPM.Ianya juga adalah penentu masa depan pelajar pelajar ini.Semoga berkat dari ilmu yang telah dicurahkan dapat diadaptasi semasa di dalam dewan dengan diiringi doa ibu bapa dan para guru.

Saya juga turut merasai bagaimana berdebarnya perasaan mereka ketika ini, walaupun telah 11 tahun berlalu.Berpeluh di dahi ketika saat masuk ke dewan peperiksaan itu sudah semestinya :) .InsyaAllah dengan doa dan tip hilangkan gemuruh ketika didewan peperiksaan yang akan saya beri ini akan membantu menghilangkan debaran didada.


Tip Hilangkan Rasa Gemuruh
=====================


1. Beri semangat pada diri sendiri melalui kata-kata “aku boleh”.

Kita tak tenang sebelum memulakan peperiksaan sebab kita tak tahu apa yang akan kita jumpa nanti dalam kertas soalan. Kita jadi takut. Untuk nak tenang sebelum peperiksaan bermula, buang ketakutan sedikit demi sedikit dengan memberi kata-kata semangat, mengatakan yang Anda boleh jawapan soalan tu satu persatu. Katakan pada diri Anda, “aku boleh buat” atau “aku boleh jawab dengan baik,aku boleh, aku boleh!”.

2. Gunakan mindset berani gagal.

Bila Anda berani gagal dan menanam sikap berani gagal, rasa gementar dan gugup itu akan hilang perlahan-lahan berganti dengan keberanian. Setelah kita buang ketakutan, gantikannya cepat-cepat dengan mentaliti berani gagal, berani mendepani apa jua yang akan terjadi. Anda akan bersemangat tiba-tiba. Ramai dari kita gementar saat menghadapi peperiksaan sebab kita mendepani sesuatu yang tak pasti dan kita takut tak ‘perform well’ ketika menjawap soalan peperiksaan.

3. Bayangkan ketenangan diri Anda semasa menjawap kertas soalan.

Fokus pada menikmati ketenangan supaya kita dapat menghilangkan kegugupan. Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat saat perasaan Anda mulai gusar. Teknik pernafasan ini membuat Anda tenang, menghilangkan gemuruh serta bagus untuk menghalang ‘mental black’. Idea-idea untuk menjawap soalan peperiksaan akan lancar mengalir apabila kita tenang.

4. Jika Anda sudah belajar dan bersedia, tidak ada sebab untuk Anda ‘nervous’.

Biasanya, kita gusar sebelum memulakan menjawab peperiksaan sebab kita rasa kita tak cukup bersedia hendak menjawab soalan peperiksaan tersebut. Bila kita sudah belajar, sudah mengulangkaji dan bersedia menjawab soalan yang akan keluar nanti biasanya kita tidak akan gugup. Biasanya kita akan konpiden. Lainlah kalau persiapan last minit, memang gemuruh punya.

Bila sudah belajar dan sudah menelaah sehabis baik, kita tidak akan sabar untuk melihat apa yang ada di dalam kertas soalan tu. Kita tak sabar nak merasa ‘thrill’nya menjawab soalan.
Kita tak akan rasa gementar langsung, bahkan tak sabar nak ‘mengerjakan’ kertas soalan dengan jawapan-jawapan yang sudah sedia tersemat di minda kita. Jika sudah belajar, sepatutnya kita rasa yakin menjawap apa jua yang akan ditanya dalam kertas soalan peperiksaan.

5. Ingat wajah-wajah kesayangan Anda.

Setiap dari kita pasti ada orang yang kita sayangi. Jika bukan ibu, bapa atau adik beradik kita, mungkin wajah kekasih hati kita. Cinta dapat mewujudkan ketenangan walaupun Anda berada dalam suasana yang penuh dengan tekanan seperti waktu menghadapi peperiksaan.

Ingat dan bayangkan wajah-wajah kesayangan Anda, hadirkan rasa kecintaan yang mendalam di hati Anda untuk membuat Anda tenang, bebas dari rasa gemuruh. Niatkan perjuangan Anda belajar ni adalah untuk mereka.

Jika dipandang dari aspek positif, rasa gemuruh atau rasa tidak tenang sebelum menjawap peperiksaan sebenarnya tindakan hormon adrenalin yang dirembes oleh tubuh kita sebagai signal biologi untuk membuat kita bersedia dari segi emosi.

Apabila kita teringat seseorang yang kita cintai, serta merta tubuh badan kita merembes satu jenis bahan kimia yang akan meneutralkan hormon adrenalin, lantas membuat debaran kita menjadi perlahan, semakin perlahan lalu menghilang sedikit demi sedikit. Itulah penangan cinta.

6. Ingat masa depan Anda.

Hilangkan rasa gemuruh dengan membayangkan masa depan Anda. Kita mengambil peperiksaan supaya kita lulus dalam akademik yang akan menentukan masa depan kita.

Bayangkan cara hidup yang kita nak nikmati, bayangkan yang Anda dah ada jawatan tetap, dah ada rumah sendiri, kereta sendiri atau perniagaan sendiri. Bayangkan selalu supaya rasa gugup bertukar menjadi rasa bersemangat ingin buat yang terbaik sebab Anda nak melakar masa depan yang cemerlang pada hari ini.



Salam sayang,




Tuesday, November 5, 2013

10 Tip Keibubapaan Dari Dr Muhaya



Jom amalkan 10 tip di bawah mula dari hari ini.

1.Kalau kita teringatkan anak kirimkan bacaan al-fatihah.Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain".yang ertinya "Hanya kepadaMu kami sembah dan hanya padaMu pohon pertolongan..",mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah al-fatihah doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya,memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2.Pandang wajahnya semasa tidur dan ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan (ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya) dan ucapan ini adalah doa dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

3.Masa bangun solat malam,solat hajat disisinya.Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia.Jika, kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

4.Minta dikasihani,ucapkan setiap masa bahawa kita ini sedang menunggu panggilan Allah.Jika dia tidak jadi anak soleh bermakna dia tidak sayang kita dan tentunya kita akan merana di alam barzah nanti.

5.Peluklah selalu anak walaupun dia sudah besar,sebagaimana kita tatang dia semasa kecilnya.aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6.Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita.Muhasabah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.

7.Yang paling penting,jaga tutur kata kita,jangan sesekali ucapkan perkataan yang boleh melukan hatinya.Jika ini berlaku juga kerana kita TER...kata,cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya.Mengakulah padanya itu kelemahan kita,kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah,buat macam drama pun tak apa.

8.Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita,anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat.[Wahai tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku.Wahai tuhan kami,perkenankanlah doa permohonanku].

9.Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat , belajar tinggi, hatta penghafal al-quran pun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tidak memandang wajah yang cantik tetapi memandang hati yang cantik.Allah tak sayang,manusia tak suka.

10.Masa basuh beras,niatkan "Ya Allah lembutkanlah hati anak-anakku sebut nama dia...untuk faham agamanya", [kenapa kita nak dia faham agama , kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi".Basuh beras lawan jam (macam orang tawaf) sambil selawat kepada nabi Muhammad S.A.W.Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat Allah selalu.

InsyaAllah..mari kita sama-sama mengamalkannya :)

Semoga bermanfaat

Salam sayang,
 




Monday, November 4, 2013

8 Sebab Mengapa Jenama Shaklee Berbeza Dari Yang Lain

Alhamdulillah,semakin hari semakin ramai yang mengenali SHAKLEE.Itu bermaksud produk shaklee begitu banyak permintaannya.

Mengapa ianya begitu banyak permintaan?.. salah satu sebab adalah,ia merupakan produk yang dibuat dari sumber semulajadi dan tanpa sebarang bahan kimia yang berbahaya.

Antara sebab lain yang juga menjadikan jenama shaklee ini berbeza dari jenama yang lain dan menjadi sebab saya menjadi pengedar produk ini adalah :

1.Shaklee telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian setiap tahun untuk memastikan keberkesanan dan keselamatan produk.

2.Setiap produk shaklee telah duji 100% bagi memastikan dan menjamin bahawa setiap kandungan yang tertera di label adalah mengikut jumlah yang telah ditetapkan.

3.Semua bahan-bahan yang terkandung di dalam produk shaklee telah di qualified di bawah protokol Shaklee yang begitu ketat.Apa yang uniknya,Shaklee telah membuat ujian ke atas 350 bahan tercemar kimia termasuk racun perosak,logam berat,racun herba,sisa-sisa pelarut dan lain-lain.

4.Setiap produk dirumuskan dengan bahan-bahan pemakanan yang telah dikaji secara meluas untuk mengesahkan keberkesanan dan keselamatannya.Produk kami tidak mengikuti "fads",tetapi menggabungkan bukti saintifik dan/atau epidemiologi keperluan dan manfaatnya.

5.Semua bahan-bahan mestilah diterima dari sudut pandangan falsafah Shaklee,serta penelitian yang terperinci tentang keselamatan.Kami tidak hanya menerima Sijil Analisis seperti mana syarikat lain.Tetapi, retest untuk mengesahkan Sijil Analisis kami adalah tepat.

6.Shaklee mempunyai komitment untuk mengelakkan pengunaan pemanis,tiruan dan bahan pengawet tambahan.Kami hanya menggunakan bukan diubah suai secara genetik protien soya.

7.Shaklee membangunkan banyak piawaian dan protokol untuk pembuatan yang kini dirujuk sebagai Amalan Pengilangan Baik (GMPs).

8.Bukti prestasi berterusan produk kami ditunjukkan oleh :

-Lebih 100 penerbitan saintifik.90-plus dalam ulasan jurnal
-Kajian Landmark, hanya kajian seumpamanya, yang menunjukkan bahawa orang-orang yang mengambil suplemen Shaklee sepanjang tempoh 20 tahun yang mempunyai kesihatan yang ketara yang lebih baik daripada kedua-dua pengguna tunggal multivitamin dan nonsupplement 
-Produk Shaklee menjanakan atlet untuk memenangi 125 pingat

 

Jom sertai kami..untuk mencapai kesihatan yang maksimum dan bebas dari bahan kimia.

Hubungi saya SEGERA,

Nurul Zin,
Shaklee Independent Distributor,
Shaklee ID:908082
Fanpage:Naturalvitamin.Com
Call/Sms:012-7308930


Selamat Bersuppliment,



Sunday, November 3, 2013

Vivix Shaklee Rahsia Kecantikan Ayu Raudhah

Satu hari Ayu Raudhah telah di wawancara oleh sebuah majalah mengenai amalan kesihatan beliau.Antara salah satu amalan kesihatan beliau ialah:


SIRAP KESIHATAN SHAKLEE=1 SUDU SEHARI.

Sirap yang dimaksudkan ialah VIVIX

Mengapa Ayu Raudhah juga memilih VIVIX sebagai amalan kesihatan beliau?



Ini adalah sebabnya:

1.Sirap ini kaya dengan resveratrol
2.Sirap ini kaya dengan polifenol
3.Sirap ini mengandungi ORAC ANTIOKSIDA dalam setiap sudu (6000 orac per tea spoon).

O-Oxygen
R-Radical
A-Absorption/ Absorbance/Antioxidant
C-Capacity

ORAC-satu unit ukuran untuk menentukan kadar sesuatu bahan untuk menentang radikal bebas.

Tinggi nilai ORAC, maka kuat untuk melawan radikal bebas dalam tubuh.

4.Ia membaikpulih kesihatan bermula dari tahap DNA

Kesimpulannya,

Ia sangat sesuai untuk,warga tua

wanita yang ingin sentiasa tampak muda DAN PALING PENTING

Apa jua permasalahan kesihatan dan kecantikan anda,VIVIX adalah penyelesaiannya

Jom !! rebut peluang untuk mendapatkan HARGA PROMO dan FREE MEMBERSHIP di bulan ini.

disclaimer

 
Ingin mendapatkan PRODUK ini dengan harga ISTIMEWA :)

Hubungi saya SEGERA,

Nurul Zin,
Shaklee Independent Distributor,
Shaklee ID:908082
Fanpage:Naturalvitamin.Com
Call/Sms:012-7308930


Selamat Bersuppliment,




Friday, November 1, 2013

6 Tip Memilih Minyak Ikan Yang Berkualiti

Sangat penting bagi mereka yang yang memiliki risiko penyakit jantung dalam memilih suppliment minyak ikan untuk mengurangi risiko penyakit jantung.

Berikut adalah beberapa tip memilih minyak ikan yang berkualiti untuk kesan yang optimum.

1.INFORMASI DARI LABEL

Label suppliment minyak ikan harus memberikan maklumat gizi yang jelas dan spesifik.

Kandungan asid lemak OMEGA-3 adalah yang paling penting untuk mengurangi risiko penyakit jantung adalah EPA dan DHA.

Oleh kerana itu,jumlah kandungan EPA dan DHA dilabel harus tertera dengan jelas.Untuk mereka yang memiliki risiko penyakit jantung koroner,American Heart Association menyarankan kandungan EPA+DHA setidaknya 1gr.

Bagi minyak ikan yang berkualiti tinggi,asid lemak omega 3 boleh mencapai 70% dengan ratio EPA:DHA iaitu 1.4:1.Perbandinagn ini,merupakan rasio yang ditemukan pada ikan.

Namun,ratio ini berbeza bagi setiap produk..

2.PROSES MANUFACTURE

Yang paling penting,minyak ikan yang kita mahu beli itu perlu bergred farmaseutikal bagi memastikan kualtinya memang terbaik dan selamat.

3.SUMBER IKAN

Penting untuk mengetahui dari mana sumber ikan berasal.Beberapa suppliment minyak ikan mungkin menggunakan ikan yang diternakkan yang memiliki kadar asid lemak omega 3 yang sangat rendah.

Ikan dari perairan dingin laut Artik,dianggap memiliki kadar racun yang rendah dan kadar asid lemak omega 3 yang tinggi.

4.STANDART INTERNATIONAL

Standart ini,bagi menjamin kualiti produk dengan menetapkan kadar maksima yang diperbolehkan terhadap kandungan peroksida,logam berat,dioxin,furan dan PCB.

5.PENGIKTIRAFAN

Minyak ikan adalah salah satu pproduk yang banyak diguanakan oleh masyarakat kita.

Oleh itu,ada baiknya mencari syarikat yang besar dan terkemuka yang berhasil mendapatkan penghargaan international daripada menggunakan produk dari syarikat yang baru.

6.HARGA

Harga minyak ikan yang mahal adalah lebih bagus dan terbaik kerana ia juga berdasarkan kualiti,kesegaran dan keberkesanannnya.

Minyak ikan di shaklee adalah OMEGA GUARD yang memiliki kesemua kriteria diatas.


Kandungan OMEGA GUARD adalah

EPA-180mg
DHA-120mg

iaitu 330mg per capsule.

Antara kelebihan OMEGA GUARD:sumber

1.Omega Guard Shaklee dihasilkan menerusi kaedah teknologi terkini iaitu ultratulen bergred farmaseutikal. Maksudnya ia melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yg dpt memekatkan asid lemak Omega3 paling tulen.

2.Teknologi ini dapat menyingkirkan bahan2 berbahaya yg terdapat dlm ikan seperti plumbum, arsenik, merkuri,etcKebanyakan brand lain hanya menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi utk mengekstrak minyak ikan. kaedah ini bukan hanya memusnahkan sesetengah nutrient malah tidak boleh menapis kandungan logam yg membahayakan kesiahatn seperti plumbun,merkuri,etc . (Info tambahan yg sy dapat daripada nutrionist Shaklee, katanya tak semua pengeluar minyak ikan menggunakan penyulingan proprietari tiga molekul, Kalau ada pun hanya penyulingan 1x atau2x...Kenapa? sebab penyulingan proprietari tiga molekul ni merupakan satu proses yang mahal..Shaklee sahaja yg melalui penyulingan 3x sbb nak berikan yg terbaik utk pembeli2nya.. yer tak) Wahhh ..Shaklee mmg terbaekk...sbb tu harganya setara dgn kualiti bukan jauh melampau mahal yer.. masih mampu milik.

3.Omega Guard Shaklee tidak diekstrak dari minyak hati ikan kerana dihati kandungan toksik tinggi
4.Minyak ikan Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies. Kalau kita rujuk jenis2 ikan dan tahap merkurinya. ikan2 yg digunakan oleh Shaklee adalah ikan yg tahap merkurinya terendah.. Dan kajian juga menunjukkan bahawa ikan air laut sejuk mengandungi asid lemak tidak tepu yg sangat tinggi berbanding ikan lain..Ditambah dgn proses penyulingan 3x.. walla.. terbaekkk lagiii..hihi
5.Omega guard (minyak ikan ) Shaklee lengkap dgn 7 jenis asid lemak omega 3 yg perlu oleh badan iaitu DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA. Badan kita tak mampu menghasilkan asid lemak perlu ni utk proses metabolisme,etc.. Jadi kena dapatkan dari sumber makanan dan suplemen

6.Satu sajian Omega guard Shaklee (Recommended daily serving is 3 capsules) membekalkan 900mg asid lemak omega 3 yg perlu ie EPA dan DHA. Berdasarkan jadual dibwh, kandungan EPA dan DHA didalam Omega Shaklee antara yg tertinggi berbanding jenama lain


disclaimer
 
Ingin mendapatkan PRODUK ini dengan harga ISTIMEWA :)

Hubungi saya SEGERA,

Nurul Zin,
Shaklee Independent Distributor,
Shaklee ID:908082
Fanpage:Naturalvitamin.Com
Call/Sms:012-7308930


Selamat Bersuppliment,