dropdown menu!

Friday, March 7, 2014

Petua Senang Hati

Salam Jumaat,

Perkongsian dari fb..

Hati sering kali sedih,perit dan sebagainya..mudah mudahan tip ini membantu kita .

Salam Ukhwah,

Mama Taqin

Sunday, March 2, 2014

Fungsi Asid Amino Yang Perlu Kita Tahu

Mungkin anda pernah mendengar,apa itu Asid Amino,Tetapi tahukah anda apakah ia dan fungsi-fungsi yang sebenarnya?

Ok, pertama sekali apa yang
perlu anda tahu adalah apakah
maksud asid amino?

Asid amino ialah unit terkecil bagi protein yang terdiri daripada molekul organik asid karbosilik amina. Ini bermakna setiap unsur protein yang terdapat di dalam makanan seperti daging,ikan, susu dan sebagainya akan disintesis dan diproses didalam badan kita untuk menjadi bentuk yang terkecil yang dipanggil asid amino.

Terdapat pelbagai jenis asid amino
tetapi kita boleh klasifikasikan
kepada dua kelas utama iaitu asid
amino perlu dan asid amino tidak
perlu. 'Tidak perlu' bukan bermaksud badan kita tidak memerlukannya.

Tetapi oleh kerana asid amino ini boleh dihasilkan oleh badan, maka kita tidak wajib mengambilnya dalam diet seharian.

Berbeza dengan asid amino perlu .Asid amino perlu merupakan sumber protein yang badan kita perlukan tetapi kita tidak boleh menghasilkannya sendiri. Jadi, kita MESTI mengambil asid amino perlu ini daripada makanan seharian agar sistem badan dapat berfungsi dengan baik.

Terdapat 9 asid amino yang perlu kita ambil setiap hari .Ianyalah adalah - histidine,isoleucine,leucine, lysine,methionine,phenylalanine, threonine,tryptophan dan valine.

Apakah fungsi kesembilan-sembilan asid amino perlu ini? Mengapa mereka sangat penting kepada manusia? Mari kita baca apakah fungsi setiap satunya....

Histidine berfungsi untuk membina dan membaiki tisu yang rosak. Ia juga penting untuk mengekalkan kesihatan tiub mielin yang melindungi sel saraf kita.Kita memerlukan histidine untuk menghasilkan sel darah merah dan putih dan juga histamin yang penting untuk kesihatan imunisasi badan.Histidine melindungi tubuh dari kerosakan akibat radiasi dan berupaya untuk menyingkirkan logam berat dari dalam tubuh.

Fungsi Isoleucine antara lain adalah untuk menghasilkan hemoglobin,menstabilkan dan menyelaraskan tahap gula dalam darah dan juga memberikan tenaga. Asid amino ini dimetabolismakan di dalam tisu otot yang menyebabkan ia menjadi satu nutrien penting bagi ahli sukan untuk menjana tenaga, meningkatkan stamina dan membantu dalam penyembuhan dan pembaikian semula tisu otot.

Isoleucine juga merupakan salah satu cabang daripada tiga asid amino berangkai -bersama-sama dengan leucine dan valine. Leucine berkerjasama dengan asid amino isoleucine dan valine dalam melindungi otot dan bertindah seumpama bahan api bagi badan manusia.

Ketiga-tiga asid amino ini membantu dalam menyembuhkan kecederaan tulang, kulit dan tisu otot dan sangat disarankan bagi mereka yang baru selesai menjalani pembedahan. Leucine juga penting dalm merendahkan tahap gula dalam darah yang tinggi serta merangsang penghasilan hormon reproduksi (kesuburan).

Asid amino lysine penting untuk pembinaan tubuh. Kanak-kanak yang sedang membesar amat memerlukannya bagi mendapatkan pertumbuhan dan perkembangan tulang yang sihat kerana ia membantu dalam penyerapan kalsium.Selain itu, lysine juga bertanggungjawab dalam membantu penghasilan antibodi, hormon dan enzim serta menolong dalam pembentukan kolagen dan juga pembaikian tisu. Justeru, ianya penting untuk mereka yang baru menjalani pembedahan dan mengalami kecederaan sukan.

Lysine juga dikatakan dapat merendahkan tahap serum trigliserida yang tinggi dan digunakan untuk melawan virus Herpes.

Methionine berfungsi untuk memecahkan lemak dan menghalang pembentukan lemak di hati dan salur darah yang boleh menyekat aliran darah ke otak, jantung dan buah pinggang. Ia juga penting untuk mensintesis asid amino yang lain seperti cystein dan taurine. Methionine menolong sistem penghadaman berjalan lancar dengan membantu mendetoks agen bahayaseperti karbon dan logam berat.

Kitajuga memerlukan methionine untukmengelakkan kerosakan rambut,melindungi tubuh daripada radiasi dan mengawal osteoporosis atau alahan kepada bahan kimia.Phenylalanine penting untuk tubuh kita kerana ia bertanggungjawab menjadi asid amino tyrosine yang digunakan untuk mensintesis dua neurotransmitter utama bagi mengawal kesedaran, iaitu dopamine dan norep-inephrine.

Hubungannya dengan sistem saraf utama menyebabkan ia ada kaitan dalam menaikkan mood seseorang,mengurangkan sakit, membantu kita menghafal/mengingati sesuatu dan mengurangkan selera makan. Phenylalanine ada digunakan untuk merawat arthritis, kemurungan,kekejangan disebabkan PMS,migraine, obesiti, penyakit parkinson dan schizophrenia.

Threonine adalah asid amino perlu yang digunakan untuk mengekalkan kesiembangan protein di dalam badan dan penting dalam pembentukan kolagen dan elastin. Terdapat di dalam jantung, sistem saraf tunjang dan otot skeletal, threonine membantu mencegah pengumpulan lemak di dalam hati. Ia juga menguatkan sistem ketahanan badan dengan menghasilkan antibodi.

Untuk menghasilkan vitamin B3 (Niacin), kita memerlukan Tryptophan. Ia digunakan oleh otak untuk menghasilkan serotonin, iaitu satu neurotransmitter yang menghantar maklumat dari satu sel ke satu sel yang lain bagi mengawal pergerakan dan juga bertanggungjawab memastikan kita mendapat tidur yang normal. Jadi,tryptophan merupakan satu elemen yang dapat membantu melawan kemurungan dan juga insomnia dan membantu menstabilkan mood.

Tryptophan mengawal hyperactivity di kalangan kanak-kanak,menghilangkan stress, menyokong kesihatan jantung, menolong mengawal berat badan denganmengawal selera makan dan menyokong pelepasan hormon untuk pertumbuhan. Ia juga elok untuk migrain dan boleh mengurangkan kesan nikotin.

Valine merupakan asid amino perlu yang mengandungi efek stimulan. Ia diperlukan untuk metabolisma otot,pembaikian tisu dan untuk mengekalkan keseimbangan nitrogen dalam badan. Valine terdapat lebih banyak dalam tisu otot dan merupakan salah satu asid amino berangkai yang menjadi sumber tenaga bagi tisu otot.

Jadi, memandangkan fungsi penting yang dijalankan oleh kesembilan-sembilan asid amino perlu ini, kita perlulah memastikan mereka terdapat di dalam diet seharian kita. Apatah lagi asid-asid amino ini tidak boleh dihasilkan oleh badan. Jadi, cadangan terbaik adalah.. cubalah ESP SHAKLEE yang kaya dengan ke 9 asid amino perlu

Ingin kulit cantik dan gebu dengan budget rendah,

Hubungi saya segera,

Nurul Zin,

SID 908082,

Whatsapp:0111-7723803

Promosi Mac Esp Shaklee Harga Tak Masuk Akal

Kalau nak tahu,bulan ini adalah bulan Harga Ahli bagi produk protien Shaklee dan ia juga merupakan produk yang sangat laris daripada beberapa produk shaklee yang lain.

Mengapa saya kata begitu,pada asasnya kita perlu memahami apa itu fungsi protien..dengan mengetahui betapa pentingnya protien ini, maka..kita akan mengetahuilah apa yang pentingnya ESP Shaklee ni :-).

Jom, belajar dulu apa itu fungsi protien:

TAHUKAH ANDA?
-----------------------
1- Protein adalah makanan terpenting
untuk badan kita.
2- Tubuh badan kita terdiri daripada
protein seperti tulang, kulit, rambut,otot-otot, organ-organ, plasma,antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.
3- Keseluruhan sel-sel (anggaran
jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinyaseperti:-

-Membina sel-sel baru
-Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru
-Menggantikan tisu-tisu yang rosak @cedera dengan tisu-tisu yang baru

Jadi,apabila sel-sel yang rosak digantikan dengan yang baru..maka,sudah tentulah sel dalam badan kita dapat mengekalkan integritinya dan fungsinya dengan lebih baik.

Antara sumber protien adalah ayam,ikan,telur dan sebagainya. Tetapi,adakah kita akan memperolehi protien yang mencukupi daripada sumber protien seperti di atas yang kebanyakannya akan cepat hilang dari proses memasak.

Setelah mengetahui apa pentingnya PROTiEN kepada sistem badan kita,meh selongkar pula apa bagusnye ESP SHAkLEE ni.

KENAPA ESP SHAKLEE?
------------------------------

~Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.
~Berasakan tumbuhan (non-GMO soya)yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.
~Terbukti secara klinikal dapat
mengekalkan tenaga berjam-jam
lamanya untuk kehidupan yg aktif.
~Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.
~Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
~Kandungan lemak sangat minimum iaitu (1gm)
~Tanpa laktosa
~ Kadar penghadaman
yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.
~Tiada perasa tiruan, pemanis,
pewarna dan pengawet.
~Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
~‘Versatile’ kerana boleh dicampur
dengan sebarang minuman kecuali kopi dan teh.
~ ESP membantu penyerapan vitamin kerana sel sihat menentukan penyerapan vitamin yang lebih baik dan berkesan.
~Merupakan Isolate protin yang bermaksud apa-apa yang bahaya dalam soya sudah dibuang, diasingkan. Olih itu sesuai untuk semua seperti pesakit gaut dan buah pinggang.

Kelebihan Shaklee Kepada Kita
===========================

1) Menjadikan kulit muka cantik,
halus,gebu dan berseri
2) Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
3) Memberi tenaga berpanjangan
menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
4) Menganjalkan kulit dan
menganjalkan kembali payudara yangkendur
5) Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.
6) Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak
7) Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
8) Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
9) Untuk yang alami masalah
kesuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus menaikkan tahap kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil.
10) Menyokong kesihatan imunisasi
badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.

Siapa Yang Perlu Ambil Esp Shaklee
===============================

1) Ibu yang sedang hamil
2) Ibu yang sedang menyusukan anak
3) Orang yang ingin mengurangkan
berat badan
4) Orang yang sentiasa inginkan kulit yang cantik
5) Orang yang baru lepas menjalani pembedahan
6) Orang yang inginkan kesihatan
optimum
7) Orang yang ada masalah kesuburan
8) Sesiapa sahaja yang menginginkan taraf kesihatan yang lebih baik

Apa tunggu lagi, dengan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang ada pada ESP SHAKLEE ini..cubalah dan anda rasainya sendiri :-)

Untuk bulan ini,ESP SHAkLEE

-Buy 6 FREE 1
-Membership FREE
-Cashback receive on next month

Sebarang pertanyaan,konsultasi dan harga promo istimewa bulan ini bagi 1,2.3 etc can..

Hubungi saya,

Sms/Whatsapp:0111-7723803

Salam Ukhwah,

Mama Taqin

Friday, February 28, 2014

Tip Asas Kurangkan Morning Sickness

Morning sickness dan wanita hamil memang tidak dapat dipisahkan. Ada wanita hamil yang mengalaminya sekadar biasa dan ada juga yang mengalaminya dengan sangat teruk.

Pada kebiasaannya,morning sickness ini berlaku pada minggu ke 4-ke 8 dan ianya juga boleh berlaku berterusan sehingga minggu ke-16 kehamilan.

Dengan Tip Asas Kurangkan Morning Sickness ini, mudah mudahan dapat membantu ibu hamil yang mengalami permasalahan seperti ini.

1.Ibu hamil perlulah makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Elakkan makan dengan banyak kerana ia akan menyebabkan kita mual.

2.Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat bagi membantu menghilangkan rasa mual seperti roti dan kentang.

3.Hindar makanan berlemak,berminyak dan pedas kerana ia akan memburukkan lagi gejala morning sickness.

4.Makan buah epal kerana ini boleh menghilangkan rasa mual. Boleh juga dibuat jus dan ditambah dengan sedikit madu.

5.Minum air yang banyak walaupun sering muntah. Bagi mengelak kita dihidrasi..Hindari minuman berkarbonat atau kafein.

6.Amalkan minuman halia kerana ia diakui secara tradisi boleh mengatasi masalah mual,.untuk lebih mudah,boleh mencuba peppermint ginger plus shaklee.

7.Jangan terus bangun secara tiba-tiba daripada tidur di waktu pagi.

8.Memakai baju longgar dan tidak ketat

Semoga Bermanfaat,

Mama Taqin

posted from Bloggeroid

Thursday, February 27, 2014

Tip Mencari Bidan/Tukang Urut

Semasa berpantang, pemilihan bidan atau tukang urut perlu diambil berat. Bukan hanya tertumpu kepada harga yang ditawarkan sahaja ea.. bermacam aspek perlu diambil berat.

Mudah mudahan tip mencari bidan/tukang urut di bawah akan membantu:

1.Pastikan bidan tersebut dicadangkan oleh kawan-kawan yang pernah menggunakan khidmat mereka.

2.Pilih bidan yang mengamalkan kebersihan diri seperti kuku tidak panjang, basuh tangan sebelum mengurut dan tidak memakai aksesori yang boleh mengganggu proses urutan.

3.Berpengalaman dan jika boleh mempunyai pendidikan dalam bidang urutan.

4.Pengambilan bidan yang berhampiran kawasan kediaman kita. Secara tidak langsung, akan menjimatkan kos pengangkutan.

5.Pastikan pakej yang diambil disalon, tiada kos tersembunyi.

6.Bagi wanita muslim digalakkan mengambil bidan/tukang urut beragama islam untuk memastikan penjagaan aurat.

semoga bermanfaat,

Mama Taqin

posted from Bloggeroid