dropdown menu!

Tuesday, October 1, 2013

Resepi Umai Udang

Assalammualaikum..

Hari ni,saya ingin berkongsi satu resepi simple sarawak ianya adalah ala-ala sushi.Pada saya ianya memang sangat-sangat mudah dan sedap,tidak sampai 1 jam pun untuk menyediakannya.Saya mendapat resepi ini,daripada kawan saya yang berasal dari sarawak ketika saya bekerja dahulu.Mudah mudahan ianya dapat memberi sedikit idea,bagi para ibu untuk menyediakan juadah makan tengahari.Mari kita lihat,bahan-bahan dan cara-cara membuatnya.


Gambar ihsan dari google


BAHAN-BAHAN
=============

1/2 kilo udang saiz sederhana besar (mengikut berapa orang makan)
5 biji cili padi (kalau suka pedas,boleh tambah) ditumbuk lumat
1 biji cili besar (untuk hiasan)
2 biji bawang besar (dimayang)
2 biji bawang merah (dimayang)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 inci halia (dihiris panjang)
5 biji buah limau kasturi ( diambil jusnya)
1 sudu kecil cuka
Perasa secukupnya

CARA-CAARA MEMBUATNYA
=========================

1.Udang dibuang kulit,dibelah dua belakangnya buang urat hitam dan bersihkan.
2.Campurkan kesemua bawang dan cili padi yang telah ditumbuk ke dalam udang.
3.Masukkan perahan air limau bersama cuka.Gaul sebati.
4.Masukkan juga perasa (garam dan ajinomoto)
5.Kemudian diperap selam 1jam atau pun semalaman di dalam peti ais (semakin lama diperap semakin sedap rasanya).

Nota:Udang akan bertukar warna putih dan ianya adalah telah masak secara semulajadi kerana tindak balas antara air perahan limau tadi dengan cuka.

Sebenarnya,ada pelbagai versi umai ini..anda juga boleh menggunakan obor-obor dan ikan.Cuma ada sedikit teknik sahaja untuk menyediakannya.Nak lagi versi lain umai..boleh la komen ea :)


Selamat mencuba :)

Salam Sayang,