dropdown menu!

Sunday, January 12, 2014

Ulasan Kelas Asas Blog Dan Fanpage


Hari ini, giliran saya untuk membuat ulasan mengenai kelas asas blog dan fanpage. Sebenarnya sudah agak terlambat dah ni...Sebelum ini, saya memang sudah mempunyai blog sendiri. Itupun belajar sendiri melalui google, dari segi bina blog dan juga susun atur layout tu reti la sikit. Tetapi, dari segi idea penulisan , memang la payah sangat-sangat.

Pada masa itu, saya hanya berfikir bahawa kecantikan blog dan juga susun atur layout akan menjamin pelawat untuk membaca blog saya. Tetapi, ianya tidak berlaku. Sehari  viewer tak sampai 10 orang pun, kadang-kadang seorang pun tiada. Mulalah, malas hendak menulis.. kadang-kadang hendak  bukak blog sendiri pun tidak mahu.

Alhamdulillah, setelah menyertai kelas asas blog dan fanpage yang dikendalikan oleh cikgu Zaila Mohamad viwer sehari blog saya meningkat. Jauh sekali untuk mendapat viewer sebanyak 1 orang atau pun bawah 50. Rahsianya adalah tip-tip yang dikongsikan di dalam kelas ini. Ianya sangat-sangat membantu.

Yang paling best, apabila anda menyertai kelas dengan kami. Anda akan memperolehi e-book asas penulisan. Banyak rahsia penulisan, yang dikongsikan oleh Pn Masayu yang merupakan  Pengasas  Akademi Bekerja Di Rumah ini. Saya pasti, anda pasti akan mendapat banyak manfaat dari e-book tersebut.

Apa yang perlu anda tahu, belajar dengan seorang guru lebih baik dari belajar sendiri. Ini adalah pengalaman saya sendiri. Sebab apa? Bila ada yang salah akan ditegur dan siapa yang sudah ada blog juga kan di brandingkan semula mengikut tema blog anda. Apa yang paling penting “PRACTICE MAKE BE PERFECT”.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Akademi Bekerja Di Rumah sila KLIK SINI ,


Ataupun ingin terus bergabung dengan kami,boleh hubungi cikgu saya Pn Zaila Mohamad  

Salam Ukhwah,




Kelebihan Daftar Keahlian Shaklee Dengan Group Master Jutawan Online



Ramai yang berminat ingin menjana pendapatan dari rumah  secara online. Apa lagi produk yang disukai dan digemari  iaitu shaklee. Tetapi,tahukah anda  kebanyakan yang memulakan bisnes terkandas di tengah jalan akibat daripada tiada bimbingan ataupun tiada mentor?

Mengapa mentor itu penting? Kerena merekalah yang akan membimbing , menunjuk arah, memberi semangat dan membantu kita dalam mengembangkan bisnes kita.Itulah yang kami sediakan dalam kumpulan kami.

Sistem monitoring yang menggunakan teknologi terkini, hanya menggunakan laptop, internet mahupun smartphone sahaja dan saya akan pastikan, anda tidak:

1.Perlu membuat loan beribu-ribu untuk membeli  stok produk. Boleh dikatakan anda tidak perlu pun mengeluarkan modal .

2.Perlu  keluar malam untuk berjumpa prospek ataupun klien. Hanya duduk di depan laptop ataupun gadget  untuk menghadiri  meeting ataupun kelas.

3.Perlu "HEAD HUNTING" mencari downline

4.Perlu menjadi seorang pakar IT, hanya tahu yang asas sudah mencukupi.


       
      KEISTIMEWAAN  KAMI

1.Dinaungi oleh Master Koordinator  ternama termasuk  Mommy Lyna .

2.Sokongan berterusan

3.Online tutorial

4.Offline Coaching

5.Webinar (seminar secara online)

6.Seminar dan gathering

7.Perkongsian tip dari master yang berjaya

8.Yang paling penting, kami  menekankan perjualan produk bukannya “HEAD HUNTING” 

Kelebihan group kami  Master Jutawan Online

 1.Akan dibimbing sehingga berjaya (untuk yang serius berbisnes)

 2.Mempelajari pelbagai teknik marketing  melalui blog seperti 

-Seo

-Teknik blogwalking

-Teknik penulisan blog

-DLL

3. Mempelajari pelbagai teknik marketing melalui facebook seperti:

-Teknik copywriting

-Teknik menjual tanpa menjual

-Teknik cara tambah LIKE

-Teknik FbAds

-Teknik RAHSIA ROBOT yang akan membantu kerja anda

-BONUS POSTER  FREE

-DLL

4.Akan diaccess ke group tertutup MJO, pelbagai tip dan juga amalan kerohanian diterapkan dalam group kami
      
      5.Tutorial dan coaching secara online, tidak perlu keluar rumah hingga lewat malam hanya spend di depan laptop.      

       6.Just  duplicate apa yang akan dikongsikan digroup

Apa keistimewaan yang pihak SHAKLEE akan beri:

1.Untung jualan runcit sehingga 30%

2.Pembelian dengan harga ahli

3.Pengumpulan point yang akan ditukar dengan cash back

4.Bonus kepimpinan

5.Bonus tambahan

6.Insentif coordinator

7.Insentif istimewa

8.Insentif pelancongan

9.Subsidi kereta

Sangat sesuai untuk anda yang:

1.Sukakan cabaran
2.Bersemangat kuat dan mempunyai komitment yang tinggi
3.Berani untuk berubah

 

                                    
Bagaimana? berminat untuk daftar keahlian shaklee dengan Group Master Jutawan Online?


Hubungi saya segera,
Nurul Zin,
Shaklee Independent Distributor,
Shaklee ID:908082
Fanpage:Naturalvitamin.Com
Call/Sms:012-7308930


Salam Ukhwah,






Thursday, January 9, 2014

Antara Vitamin dan Makanan sunnah


Semua sedia maklum, bahawa makanan seperti habbatus sauda,kurma,kismis,madu,buah tin dan juga delima adalah makanan sunnah. Mesti diluar sana menyatakan bahawa, bila sunnah mesti kita kena ikut..itu betul. Tetapi, janganlah makanan lain seperti vitamin dan sebagainya (yang halal) dan memberi manfaat kepada tubuh kita,kita menolak disebabkan konsep pemikiran kita yang salah.Mudah, mudahan perjelasan di bawah, boleh dihadam dan difikir-fikir dengan sebenarny-benarnya, agar kita dijauhi dari fitnah dan hasad dengki amin.

Sebelum itu,  kita kenali dahulu fakta mengenai shaklee supaya ianya terang dan jelas :)

  • Pada 1915, Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan produk pertama yg dikenali sebagai "Vitalized Minerals" di mana beliau mengasingkan sebatian semulajadi dari sayuran untuk mendapatkan khasiat mineral. Seorang biochemist menggelarkan sebatian tersebut sebagai "vitamins". Inilah sejarah di mana perkataan vitamin terhasil. Daripada Shaklee jugak. =)
  • Dr. Shaklee merupakan seorang chiropractor. Beliau memiliki Ijazah dalam bidang nutrisi, biochemistry, philosophy dan divinity.
  • Pada 1924, Dr. Shaklee membina health care centre yg lengkap dengan pekerja terdiri daripada chiropractors, osteopaths, internist, general practicioner dan surgeons. Dan untuk pertama kalinya, formula Dr. Shaklee untuk makanan kesihatan dibungkuskan dan dipasarkan.
  • Pada 1928, beliau melahirkan sensible diet regimen dan mencadangkannya untuk semua pesakitnya. Diet ini bersamaan dengan Food Guide Pyramid yg sekarang ini juga dicadangkan oleh United States Department of Agriculture, tetapi dengan penambahan pada bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan minima lemak dan gula.
  • Pada Januari 1929, beliau menjadi menteri dan pada 1933, secara rasminya beliau menerima darjah kedoktorannya. Beliau menekankan kepentingan the spiritual part of life yg akhirnya menjadi filosofi asas dalam Shaklee.
  • Beliau mengamalkan ilmu chiropractic sehingga umurnya 65 tahun. Kemudian melancarkan Shaklee Corporation untuk memasarkan produk yg telah beliau hasilkan sepanjang hayatnya. Impian beliau adalah untuk berkongsi kesihatan yg lebih baik dan produknya bersama dunia.
  • Produk nutrisi Shaklee dikenali oleh kerajaan sebagai MAKANAN berbeza dengan produk syarikat lain yg dilabelkan sebagai DRUG COMPANIES.
  • Shaklee merupakan pengeluar vitamin dan mineral yg terbesar di dunia dan dilabelkan sebagai "Leader in the nutritional industry".
  • Shaklee menjalankan ujikaji klinikal sendiri terhadap produk2 mereka. Ia dilakukan oleh pakar luar, unbiased source seperti Yale University dan Harvard University di mana kajian klinikan ini dijalankan ke atas manusia dan bukannya haiwan untuk membuktikan secara saintifik yg produk2 Shaklee boleh digunakan dan selamat ke atas badan manusia. Beratus ujian diterbitkan di dalam peer-reviewed nutritional & medical journals seperti The American Journal of Clinical Nutrition, The Journal of Nutrition, The Journal of the American Dietetic Association, The Journal of Applied Physiology dan The American Journal of Cardiology.
  • Sesetengah syarikat mendakwa mereka melakukan ujian klinikal sedangkan hakikatnya tidak pernah diuji kerana undang2 tidak pun memerlukan mereka berbuat demikian tapi mereka mendakwa demikian hanya untuk melariskan produk mereka. Berbeza dengan Shaklee yg melaburkan berjuta2 USD untuk melakukan ujian klinikal terhadap produk mereka.
  • Produk Shaklee kesemuanya seimbang dan memenuhi hampir semua suplemen semulajadi yg badan perlukan. Sebagai makanan, produk2 Shaklee mengandungi nutrien2 asas, enzim2 dan pythochemicals.
  • Shaklee memiliki makmal kajian dan penyelidikan mereka sendiri di Hayward, California dan makmal kedua dibina di Stanford University in Palo Alto, California.
  • Shaklee memiliki perusahaan ladang (manufacturing plant) mereka sendiri di Norman, Oklahoma. Tidak seperti sesetengah syarikat yg mengeluarkan vitamin dengan membeli dari mana2 makmal dan meletakkan label jenama mereka. Tak seperti Shaklee yg memiliki ladang vitamin mereka sendiri. Formula vitamin pon dihasilkan melalui kajian sendiri dan tak dibeli dari mana2 makmal. Menarik kan?
  • Shaklee melaburkan melebihi 12 juta USD setahun untuk tujuan penyelidikan dan ujian makmal. Shaklee juga mempunyai lebih 150 orang saintis dan lembaga penasihat terdiri daripada doktor, pensyarah, profesor, saintis dari universiti terkemuka dunia.
  • 176 ujian yg berasingan dijalankan ke atas setiap satu bahan yg terlibat dalam penghasilan produk Shaklee. Ujian melibatkan ketulenan, ketahanan dan keselamatan.
  • Setiap produk Shaklee mempunyai dokumen pengesahan.
  • Setiap produk Shaklee telah melalui sebanyak 262 ujian kualiti jaminan yg berasingan dalam setiap proses pembuatan.
  • Shaklee produknya semua dijamin berkualiti.

Jadi, kat atas tu semua fakta menarik mengenai Shaklee kalau semua orang hendak tahu.  Jelas bukan? Tiada unsur haram..Kredit kepada blog ni.

Berbalik pula antara vitamin dan makanan sunnah, Allah telah menyebut di dalam ayat al-quran surah al-baqarah ayat 168.

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yg ada di bumi, yg halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yg terang nyata bagi kamu".

Jelas bukan? Allah telah menyatakan bahawa makanlah apa sahaja di muka bumi ini, aslkan ianya tidak ada unsur haram. Jadi, silalah melihat SIJIL HALAL yang sah disini.


Apa yang ingin saya nyatakan disini adalah:

1.Janganlah kita ini terutama sekali melayu islam memperdebatkan sesuatu yang  dianggap sebagai sempit pemikiran. Masakan, hanya kerana vitamin itu dihasilkan oleh amerika, kita langsung tidak mahu mengambil vitamin.

2.Saya juga tidak pernah menolak makanan sunnah, amalkan adalah.. semasa mengandung saya juga mengamalkan makan buah delima,kismis,madu dan sebagainya. Tiada pun hendak membezakan yang moden dan juga sunnah.

3. Adakah dengan menggunakan Shaklee bermaksud kita MENOLAK makanan sunnah? Jika jawapannya ya, maka semua ubatan kesihatan patut kita minta kerajaan mansuhkan di hospital kerana ubat kimia hospital adalah jauh lebih ‘haram’ hukumnya digunakan. Bahan kimia di dalam ubat hospital jauh memberi kesan yang tidak baik kepada badan jika nak dibandingkan supplement Shaklee yang juga seperti makanan sunnah yang berasal dari sumber alam semulajadi.

4. Adakah jika menggunakan produk Shaklee bermaksud kita menyokong Amerika?! Itu adalah tuduhan yang tidak berasas..Sebabnya bukankah persekitaran kita sekarang hampir keseluruhannya menggunakan produk keluaran Amerika dan sekutu-sekutunya bermula dari pakaian, makanan, ubatan klinik dan hospital, perhiasan rumah dan sebagainya. Adakah salah kita menggunakannya? Kita perlu faham bahawa isu yang sebenarnya adalah adakah kita menyumbang kepada Amerika dalam menggunakan kuasanya untuk memerangi Islam? Dalam makluman saya, Shaklee langsung tidak tersenarai sebagai syarikat yang memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam membantu Amerika dan sekutunya untuk memusnahkan negara-negara Islam tidak seperti Mc Donald yang ramai sekali orang Melayu ‘bersantap’ di dalamnya dan syarikat minuman Coca cola yang ramai juga Melayu menggunakannya. Ringkasnya, jangan berlaku tidak adil terhadap sesuatu yang jelas. Yang jelas memberi bantuan untuk membunuh umat Islam, tidak seorang pun berani bangun bersuara, tetapi bagi yang tidak memberi bantuan secara jelas, banyak pula gosip liar melingkunginya.

5. Jangan menyusahkan diri sendiri. Rasullah SAW bersabda di dalam hadisnya yang mulia,”Islam itu mudah. Jangan dipersempitkan dan jangan pula menakutkan orang ramai daripadanya”. Bukankah Islam itu mudah dan tidak menyusahkan umatnya dengan peraturan-peraturan yang tidak sepatutnya? Mengapa pula kita menyusahkan diri kita dengan perkara yang tidak sepatutnya?

6. Jika anda ingin menyokong ekonomi orang Melayu, memang inilah jalannya. Shaklee telah meletakkan garis perniagaan yang jelas dan sangat menguntungkan dengan modal serendah RM 75 sahaja dan ada pula free membership jika memenuhi syarat tertentu. Tidak perlu simpan barang dan sebagainya. Paling penting, bisnesnya adalah buat jangka masa panjang kerana bidang kesihatan berkaitan manusia. Ada manusia, adalah pasarannya. Saya juga merasakan tiada lagi produk kesihatan yang dibuat oleh bumiputera yang dapat menyaingi produk Shaklee dari segi keberkesanannya dan ujian klinikal yang telah diuji beratus tahun lamanya. Jika ada yang seumpama itu, saya juga berminat untuk mengetahuinya.

Oleh itu, hendaklah kita muhasabah diri, makanan sunnah memang sangat bagus, kerana ianya sunnah nabi dan wajib kita ikuti. Saya pun sangat suka dengan makanan sunnah dan sekarang tengah ikuti. Tapi, janganlah kita terlalu taksub sehingga menolak apa-apa makanan yang baik untuk kesihatan kita kerana disebabakn ini.

Fahamilah, apa yang diperkatakan oleh Ustaz UZAR

“ Makanan Sunnah  ialah apa-apa makanan yang memberikan kesihatan dan kecergasan walau tidak wujud di zaman Nabi. Jenama  Makanan Sunnah  jangan hanya disempitkan kepada apa yang ada di zaman Nabi.”


 Semoga semuanya diberkati Allah,

Nurul Zin,
Shaklee Independent Distributor,
Shaklee ID:908082
Fanpage:Naturalvitamin.Com
Call/Sms:012-7308930


Salam Ukhwah,