dropdown menu!

Wednesday, February 27, 2013

Apa itu SLE?

Assalammualaikum..

Tadi,ngah dok blogwalking terjumpe lak entry pasal SLE ni...ada yang dah tahu kan pasal SLE ni..x pe,saya nak syer jugak pasal SLE ini..mana tahu ada yang belum tahu lagi kan..mengikut FAKTA wanita berisiko lebih tinggi 10 kali ganda daripada lelaki..dan saya juga merupakan seorang WANITA so,penting bagi saya untuk syer dengan u'll mengenai penyakit ini....sebelum saya mengupas lebih lanjut mengenai SLE ini,apa kata kita ketahui dulu apa itu SLE..

Apakah SLE?

SLE (Sistemik Lupus Eritematosus) @ Lupus adalah penyakit kronik "autoimmune" di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri.Ini akan menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit,sendi,buah pinggang,paru paru,sistem saraf atau organ organ lain dalam badan."LUPUS" berasal dari perkataan Latin bererti "serigala" (ini adalah kerana seorang doktor perancis yang mula mula merawat pesakit LUPUS mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala).

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis),selalunya diiringi dengan keletihan dan demam.penyakit SLE adakalanya tidak aktif,iaitu dapat dikawal (remission),dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

Terdapat beberapa jenis LUPUS:

1.Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebut "lupus". Gejalanya mungkin sederhana @ serius.SLE biasanya menyerang mereka yang berumur diantara 15 dan 45 tahun.Walaubagaimanapun,sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45tahun.

2.Diskoid Lupus Eritematosus (DLE) ialah merupakan penyakit kulit yang kronik  dimana terdapat tompok2 merah (malar rash) di muka,kulit kepala,bahagian badan,kaki dan tangan.Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut.Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh.Sebilangan kecil mereka yang menghidap DLE  boleh mendapat SLE  dikemudian hari.

3.Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE.Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB ).Akibatnya bayi ini akan mendapat radang kulit,masalah hati,dan masalah darah (low blood counts).Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan.Walaupun kes2 ini jarang dijumpai,namun bagi bayi yang lahir dengan Lupus Neonatal mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.

Siapakah Yang Mendapat SLE?


Dianggarkan lebih kurang 90 peratus mereka yang mendapat SLE adalah kaum wanita,sementara 10% yang lain adalah kaum lelaki dan kanak2.Bagi kaum wanita ,SLE biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirka anak,jarang sekali semasa kanak2 atau setelah putus haid.

Apakah Yang Menyebabkan SLE?

Walaupun SLE boleh menyerang beberapa orang ahli keluarga ."gene lupus" yang khusus belum lagi dikenalpasti.

Kajian menyarankan ada beberapa gen mungkin boleh menentukan kebarangkalian seseorang itu menghidapi SLE.Gen ini juga dapat menentukan sama ada tisu atau organ yang terlibat serta tahap seriusnya penyakit SLE yang dialami.Bagaimanapun gen sahaja tidak sepenuhnya memainkan peranan.Sebaliknya para saintis sedang mengkaji faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada punca SLE .Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari,tekanan emosi,pengambilan ubat ubatan tertentu dan juga kuman virus.

SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri.Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor2 keturunan,alam sekitar,serta hormon.

Jenis antibodi yang lazim didapati dalam pengidap SLE dipanggil antibodi antinuklear kerana ia bertindakbalas dengan bahagian nukleus sel.Para saintis masih belum dapat memahami semua faktor yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE.

Apakah gejala2 SLE ?

Setiap pesakit mempunyai gejala-gejala yang berbeza samada serius ataupun tidak.Gejala ini juga boleh datang dan juga pergi.Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis),demam yang tidak diketahui puncanya dan keletihan yang teramat sangat.Terdapat juga tompok2 merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk kupu2.Ruam juga boleh timbul di telinga ,di bahagian atas kedua lengan dan tangan,bahu dan dada.

Ciri-ciri Penyakit:

1.Demam,keletihan dan penurunan berat badan
2.Sakit dan bengkak sendi selama beberapa minggu.
3.Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu.
3.Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada cahaya matahari.
4.Ulser di mulut dan hidung yang berlarutan lebih sebulan.
5.Rambut gugur secara bertompok-tompok atau disekeliling (line hair)
6.Sawan,strok dan gangguan mental
7.Risiko untuk mendapat darah beku.
8.Kerap keguguran bayi.
9.Darah atau protein dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang.
10.Bilangan sel darah putih atau merah rendah.

cadangan suppliment untuk pesakit ini adalah:


credit

disclaimer

Ingin mendapatkan PRODUK ini dengan harga ISTIMEWA :)

Hubungi saya SEGERA,

Nurul Zin,
Shaklee Independent Distributor,
Shaklee ID:908082
Fanpage:Naturalvitamin.Com
Call/Sms:012-7308930


Selamat Bersuppliment,