Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus
Macamana aku tak kurus, ikan tak
mahu timbul
Bangau adalah sejenis burung yang dikurniakan keupayaan untuk terbang dan bergerak bebas.
Namun kerana fokusnya dia terhadap MASALAH -ikan tidak timbul - masa dia sanggup berlapar sehingga kurus kering.
Malah, apa yang terjadi kepada dirinya, dipertanggungjawabkan kepada si ikan. Menyalahlah si ikan.
Dan kalau teruskan lagu Bangau oh Bangau, tak habis-habis salahkan orang/benda lain.Itulah masalahnya bila kita terlalu fokus pada MASALAH.
Bila kita fokus pada masalah, ia berupaya untuk menutup pintu dan mata hati kita untuk melihat kepada cara untuk menyelesaikannya, dan melihat kepada keupayaan diri dalam mencari penyelesaian.
Sayap dan kaki yang dianugerahkan, tidak digunakan oleh sang bangau bagi mencari tempat lain, atau leher yang panjang tidak digunakan untuk menyelam menyuluh sang ikan.
Sebaliknya tetap dan terus menunggu makanannya dihadap di depan mata. Sayang sekali dan malang sekali nasibmu bangau. Hanya kerana tersilap fokus, kau gagal menggoptimumkan potensi dirimu, dan gagal mencari penyelesaian masalahmu. Kau terus menerus menyalahkan situasi,sedangkan kau lebih dari mampu untuk mengubahnya.
~Master Lyna