dropdown menu!

Thursday, December 26, 2013

Chewable Vita-C Plus 100mg Bukan Hanya Untuk Kanak-kanak

Teks:nurul Zin

Kita sedia maklum bahawa, vitamin c memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi  tubuh dan  Ianya juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik. Vitamin c tambahan sangat diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin c yang mencukupi .

Chewable vitamin c yang kini sudah ditingkatkan formulasinya dengan tambahan citrus Bioflavanoid Complex dan menjadi antara suppliment vitamin c paling lengkap di pasaran.  Yang dulu ianya dikenali sebagai chewable vitamin c 100mg dan sekarang dikenali sebagai vchewable vita-c plus 100mg.


Siapa yang memerlukan Chewable Vitamin C Plus 100mg

Ibu mengandung
Ibu yang menyusukan anak

Perokok tegar

Mereka yang inginkan kesihatan maksima

Mereka yang sentiasa stress

Wanita yang ingin awet muda 

Kelebihan Chewable Vitamin C Plus 100mg

Saiznya yang kecil dan mudah dikunyah

Mudah diserap oleh tubuh badan

Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, dan pengawet tiruan.

1biji chewable vitamin c bersamaan dengan ½ biji oren iaitu bersamaan 100mg

Boleh makan mengikut masa sendiri

Boleh berkongsi dengan anak-anak berusia 4tahun dan keatas

Info yang anda perlu tahu mengenai vitamin c

Vitamin C Mudah Rosak disebabkan:

Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar500mg vitamin C dalam tubuh.
 
Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) - fizikal dan mental

Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama @ suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan


Ingin mencuba CHEWABLE VITAMIN C PLUS 100MG


Hubungi saya segera,

Nurul Zin,
Shaklee Independent Distributor,
Shaklee ID:908082
Fanpage:Naturalvitamin.Com
Call/Sms:012-7308930


Selamat Bersuppliment,













Wednesday, December 25, 2013

5 Tip Cepat Hamil

Teks:Nurul Zin

Ada pasangan yang sudah berkahwin lama.. tetapi belum lagi mempunyai rezeki untuk memperolehi anak. Tidak mengapa, jangan stress dan perlu banyak bersabar kerana ada hikmah disebaliknya.

Sedang kita menunggu kehadiran cahaya mata itu, kita perlu berikhtiar dan berdoa banyak-banyak mudah mudahan cepat lah dikurniakan cahayamata itu. Antara ikhtiarnya adalah mencuba 5 tip cepat hamil ini. Semoga bermanfaat :)

tip mudah hamil

5 TIP CEPAT HAMIL
===============

1.Dapatkan berat badan ideal.

Ketahui BMI tubuh badan anda, kerana terlalu berat atau kurus juga adalah salah satu punca sukar hamil.

2.Ketahui waktu subur

Hari subur adalah 4-5 hari sebulan.Dengan mengetahui waktu subur dengan tepat akan meningkatkan peluang untuk hamil.Tetapi waktu subur hanya boleh dikira dengan tepat jika haid anda teratur. Jika tidak teratur boleh ikhtiar dengan gla complex untuk teraturkan haid.

3.Hubungan intim lebih kerap.

Melakukan hubungan intim 3-4 kali seminggu adalah disarankan terutamanya pada waktu subur.

4.Mengambil multivitim

Anda disarankan mengambil multivitamin (boleh cuba vitalea shaklee) yang kaya dengan multivitamin dan multimineral termasuk asid folik (b-complex shaklee) dan juga mempunyai ke semua vitamin B untuk mengurangkan risiko janin cacat..

Suami pula perlu mengambil suppliment zinc (boleh cuba zinc shaklee) untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

5.Jumpa doktor.

Pastikan anda bebas dari cyst, endometriosis dan fibriod. Kerana ianya kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Jika pemeriksaan awal dilakukan, rawatan berkesan akan diberikan. Boleh ikhtiar dengan Gla complex selepas berjumpa doktor untuk atasi permasalahan tersebut.


Semoga Allah kurniakan anak yang soleh dan solehah, amin

Salam sayang,




Tuesday, December 24, 2013

Set Berat Badan Shaklee Untuk Yang Terlalu Kurus

Teks:Nurul Zin

Seringkali kita dengar ramai orang yang nak kurus, nak slim, nak turunkan berat badan. Tapi jangan tak tahu, ramai juga yang nak tambah berat badan, nak berat badan ideal dan nak  potongan badan yang menarik.

Tetapi, yang sering menjadi masalah adalah.. makan banyak 5kali sehari, makan sebelum tidur tetapi berat badan tetap tidak naik-naik juga. Emm..macam mana tu ea..

Salah satu tips untuk menambahkan berat badan untuk yang terlalu kurus adalah dengan mengamalkan makanan tambahan. Dengan mengamalkan suplemen yang sesuai, kadar metabolisme dapat dikawal dan selera makan juga bertambah.

Antara suplemen yang diperlukan untuk menambahkan berat badan adalah Vitalea, BComplex dan Meal Shakes

set tambah berat badan shaklee


Vitalea Iron Formula - Multivitamin yang hebat sebagai suplemen seimbang dan komprehensif bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang deperlukan. Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik dan mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.

Vitamin B complex - mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Meal Shakes - Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. 

Anda perlu mengambil Vitalea, B Complex dan Meal Shakes mengikut jadual yang telah disediakan. Kebiasaannya pengguna yang mengamalkan produk yang dicadangkan akan naik dalam lingkungan 2kg selapas sebulan.

Nak tahu, apa jadualnya?? 

Special untuk customer saya sahaja :)

Pesanan saya, sekiranya kita hendak menaikkan berat badan ataupun menurunkan berat badan. Bersenam adalah sangat penting ea untuk membina otot. Kurus-kurus pun kalau otot tak dibina dengan baik. Tetap tidak cantik bukan?

Yang paling penting rajin dan konsisten untuk mendapatkan kesan yang terbaik..

Ingin MENAIKKAN BERAT BADAN anda?

Hubungi saya segera,

Nurul Zin,
Shaklee Independent Distributor,
Shaklee ID:908082
Fanpage:Naturalvitamin.Com
Call/Sms:012-7308930

Sunday, December 22, 2013

Tip Menjaga Kecantikan Rambut

Teks:Nurul Zin


Wanita mana yang tidak inginkan rambut yang sihat, bersinar, hitam dan lebat bukan?. Terutama sekali apabila kita melihat rambut seperti artis terkenal iaitu Rozita che Wan.. mahunya tidak jeles sangat lebat dan hitam ;)... Sebenarnya, untuk penjagaan rambut, caranya sama seperti  penjagaan kulit ianya bergantung kepada apa yang kita makan, minum dan sebagainya.

Di sini, saya akan berkongsi beberapa tip menjaga kecantikan rambut agar dapat membantu wanita di luar sana memiliki rambut yang cantik dan bersinar.

petua penjagaan rambut

Tip menjaga kecantikan rambut 

1.Diet, iaitu bukan mengurangkan makan seperti mana kita ingin menurunkan berat badan. Tetapi, kita hendaklah menghadkan pemakanan iaitu dengan memilih makanan yang berkhasiat sahaja seperti sayur-sayuran, buah buhan serta makanan yang kurang berlemak, manis atau kurang berlemak.

2.Seperti mana yang saya beritahu tadi, penjagaan rambut sama seperti penjagaan kulit ianya memerlukan pelembap agar mudah diurus. Iaitu dengan pengambilan air kosong yang banyak. Makanan atau buah-buahan yang banyak air juga perlu bagi memastikan rambut sentiasa kekal lembap dan sihat.

3.Sentiasa bertenang dan kurangkan stress, ini adalah kerana salah satu faktor penyebab rambut bermasalah. Boleh cuba B-complex untuk kurangkan stress..

4.Jika rambut kering, sapu dengan minyak yang hangat seperti minyak bijan  dan sapu pada seluruh kulit kepala dan rambut serta urut erlahan-lahan. Kemudian bu rambut mudah rosak disebabkan bungkus dengan tuala dan biarkan sebentar.

5.Jangan sesekali menyikat rambut ketika rambut basah kera serat rambut mudah gugur atau putus. Sisir dengan jari atau sikat yang bergigi jarang.

6.Pilih syampu yang kurang beralkali kerana ia menyebabkan rambut kering dan tidak menarik.

7.Jangan sesekali menggaru kulit kepala dengan kasar, kerana ianya akan menyebabkan rambut mudah rosak kerana stress.

8.Pastikan kita tahu cara menggunakan pengering rambut dengan betul agar hasilnya memuaskan iaitu memulkan pengeringan dari bahagian bawah sekali dan terus ke atas.

9.Mulakan proses pengeringan rambut dengan kepanasan yang sederhana dan semakin berkurangan apabila semua lembapan hampir kering.

10.Menggunakan tahap kepanasan yang terlalu tinggi ketika rambut hampir kering hanya akan merosakkan rambut.

11.Jangan terlalu kerap menggunakan alat pendandanan rambut.

12.Sekiranya gemar berjemur, pastikan memakai krim bagi melindungi rambut dari kerimg dan rosak.

13.Pilih perapi yang sesuai dengan rambut anda.

14.PENTING! jangan sapu perapi pada kulit kepala ianya akan menyebabkan rambut berminyak. Sebaik-baiknya sapu perapi hanya ada pertengahan rambut hingga kehujungnya sahaja.

15.Gunakan produk-produk perawatan bagi mencegah rambut rosak, contohnya vitamin atau serum khusus untuk menguatkan akar rambut.Boleh cuba produk zink untuk menguatkan rambut.

Semoga tip ini, sedikit sebanyak dapat membantu :)

Salam sayang,