Assalammualaikum..
Hari ini,mama taqin ingin berkongsi dengan pembaca semua..10 jenis makanan kurangkan kolestrol..
Sebelum itu,mari kita kenali dulu apa itu KOLESTROL..
kolestrol adalah metabolit yang mengandungi lemak sterol (waxy steroid) yang ditemui pada membran sel dan diedarkan dalam plasma darah.
Kolestrol bersifat lembut,berminyak dan tidak berbau.Ia terdapat dalam setiap bahagian badan terutamanya di dalam otak,sistem saraf,kulit,hati,usus,limpa dan hormon seks.
Kolestrol diperlukan untuk proses biologi dalam badan,namun begitu ia tidak boleh hadir dalam jumlah yang terlalu banyak.
Oleh itu,perlulah kita tahu 10 jenis makanan kurangkan kolestrol bagi mengelak berlakunya lebihan.
1.EPAL
Pektin epal ialah serat larut yang membantu mengeluarkan kolestrol daripada sistem badan.Flavonoids (Quercetin) yang terdapat di dalam epal bertindak sebagai anti-oksidan yang membantutkan proses pengumpulan LDL kolestrol "jahat" di dalam saluran darah.
2.KEKACANG
Kimbinasi kekacang dengan beras perang,bijirin,jagung dan gandum membolehkan anda mendapat sumber protien yang lengkap.Kombinasi kekacang yang tepat boleh menjadi ganti kepada protien daging merah yang mengandungi tinggi lemak tepu.
3.BERAS PERANG
Minyak yang terdapat dalam beras perang mengurangkan kolestrol. Beras perang boleh digabungkan dengan kekacang untuk mendapatkan protien lengkap yang rendah lemak tepu. Tambahan lagi, beras membekalkan dos serat yang baik untuk jantung,magnesium dan vitamin B.
4.KULIT KAYU MANIS
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Diabeter Care mendapati bahawa pengambilan 1/2 sudu teh kulit manis sehari dapat mengurangkan kadar gula dalam darah bagi pesakit diabetes Type 2.Ia juga mengurangkan triglyceride,LDL,kolesteol "jahat" dan keseluruhan jumlah dalam badan.
5.BAWANG PUTIH
Bawang putih mengandungi bahan kimia allicin yang terbukti dapat membunuh bakteria dan kulat serta mengurangkan beberapa jenis madalah penghadaman.Ia juga boleh mengurangkan bahan-bahan yang menyebabkan darah tersumbat dalah darah..
Sesetangah orang tak boleh tahan dengan bau bawang putih dan juga rasanya..bolehlah mencuba Garlic Complex yang mengandungi Allicin aktif.
6.ANGGUR
Flavonoids dalam anggur melindungi kolestrol LDL daripada kerosakan radikal bebad dan mengurangkan penggumpalan platlet. Efek pengurangan LDL dalam anggur datang daripada kompaun yang dihasilkan oleh anggur untuk mengelakkan kulat. Anggur yang bewarna lebih gelap afalah lebih baik.
7.OAT
Oat mengandungi serat larut yang mengurangkan kolestrol "jahat",LDL (low-density lipoprotien),5-10g serat larut per hari dapat mengurangkan kolestrol LDL sebanyak 5%. Mengambil 1.5 cawan oat yang fimasak membekalkan 4.5g serat-cukup untuk mengurangkan kafar kolestrol anda.
8.IKAN SALMON
Komponen kesihatan yang paling utama di dalam ikan salmon termasuklah adid lemak Omega 3 dan protien. Komponen-komponen ini memberi kesan baik kardiovadkular. The American Heart Association, mencadangkan seseorang individu untuk mengambil sekurang,-kurangnya 2 hidangan ikan per minggu dalam diet, terutamanya ikan berlemak (salmon,tuna,sardin,ikan bilis dan herring).
Jika sukar untuk mendapatkan ikan salmon,bolehlah mencubs Omega Guard Dhaklee yang diekstrak dari ikan laut air sejuk termasuklah sardin dan herring.
9.PRODUK SOYA
Komponen penting yang amat berguna di dalam kacang soya ialah isoflavones dan serat larut. Isoflavones bertindak seperti hormon manusia yang mengawal turun naik kolestrol LDL. Semua jenis produk soya adalah sumber protien yang lengkap.
Energizing Soy Protien diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ektensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protien yang tinggi yang pernah dihasilkan
10.WALNUT
Walnut bagus untuk mengurangkan kolestrol dalam darah kerana ia kaya dengan polyunsaturated fatty acids. Walnut dan badam dapat membantu saluran darah untuk kekal sihat dan elastik sebanyak 12%.
Semoga Bermanfaat ..
If you're trying hard to lose pounds then you need to start following this brand new tailor-made keto meal plan diet.
ReplyDeleteTo create this keto diet, licenced nutritionists, fitness couches, and chefs have joined together to develop keto meal plans that are powerful, convenient, money-efficient, and delicious.
From their first launch in January 2019, 100's of individuals have already remodeled their figure and health with the benefits a good keto meal plan diet can offer.
Speaking of benefits; clicking this link, you'll discover 8 scientifically-confirmed ones provided by the keto meal plan diet.