dropdown menu!

Sunday, March 2, 2014

Fungsi Asid Amino Yang Perlu Kita Tahu

Mungkin anda pernah mendengar,apa itu Asid Amino,Tetapi tahukah anda apakah ia dan fungsi-fungsi yang sebenarnya?

Ok, pertama sekali apa yang
perlu anda tahu adalah apakah
maksud asid amino?

Asid amino ialah unit terkecil bagi protein yang terdiri daripada molekul organik asid karbosilik amina. Ini bermakna setiap unsur protein yang terdapat di dalam makanan seperti daging,ikan, susu dan sebagainya akan disintesis dan diproses didalam badan kita untuk menjadi bentuk yang terkecil yang dipanggil asid amino.

Terdapat pelbagai jenis asid amino
tetapi kita boleh klasifikasikan
kepada dua kelas utama iaitu asid
amino perlu dan asid amino tidak
perlu. 'Tidak perlu' bukan bermaksud badan kita tidak memerlukannya.

Tetapi oleh kerana asid amino ini boleh dihasilkan oleh badan, maka kita tidak wajib mengambilnya dalam diet seharian.

Berbeza dengan asid amino perlu .Asid amino perlu merupakan sumber protein yang badan kita perlukan tetapi kita tidak boleh menghasilkannya sendiri. Jadi, kita MESTI mengambil asid amino perlu ini daripada makanan seharian agar sistem badan dapat berfungsi dengan baik.

Terdapat 9 asid amino yang perlu kita ambil setiap hari .Ianyalah adalah - histidine,isoleucine,leucine, lysine,methionine,phenylalanine, threonine,tryptophan dan valine.

Apakah fungsi kesembilan-sembilan asid amino perlu ini? Mengapa mereka sangat penting kepada manusia? Mari kita baca apakah fungsi setiap satunya....

Histidine berfungsi untuk membina dan membaiki tisu yang rosak. Ia juga penting untuk mengekalkan kesihatan tiub mielin yang melindungi sel saraf kita.Kita memerlukan histidine untuk menghasilkan sel darah merah dan putih dan juga histamin yang penting untuk kesihatan imunisasi badan.Histidine melindungi tubuh dari kerosakan akibat radiasi dan berupaya untuk menyingkirkan logam berat dari dalam tubuh.

Fungsi Isoleucine antara lain adalah untuk menghasilkan hemoglobin,menstabilkan dan menyelaraskan tahap gula dalam darah dan juga memberikan tenaga. Asid amino ini dimetabolismakan di dalam tisu otot yang menyebabkan ia menjadi satu nutrien penting bagi ahli sukan untuk menjana tenaga, meningkatkan stamina dan membantu dalam penyembuhan dan pembaikian semula tisu otot.

Isoleucine juga merupakan salah satu cabang daripada tiga asid amino berangkai -bersama-sama dengan leucine dan valine. Leucine berkerjasama dengan asid amino isoleucine dan valine dalam melindungi otot dan bertindah seumpama bahan api bagi badan manusia.

Ketiga-tiga asid amino ini membantu dalam menyembuhkan kecederaan tulang, kulit dan tisu otot dan sangat disarankan bagi mereka yang baru selesai menjalani pembedahan. Leucine juga penting dalm merendahkan tahap gula dalam darah yang tinggi serta merangsang penghasilan hormon reproduksi (kesuburan).

Asid amino lysine penting untuk pembinaan tubuh. Kanak-kanak yang sedang membesar amat memerlukannya bagi mendapatkan pertumbuhan dan perkembangan tulang yang sihat kerana ia membantu dalam penyerapan kalsium.Selain itu, lysine juga bertanggungjawab dalam membantu penghasilan antibodi, hormon dan enzim serta menolong dalam pembentukan kolagen dan juga pembaikian tisu. Justeru, ianya penting untuk mereka yang baru menjalani pembedahan dan mengalami kecederaan sukan.

Lysine juga dikatakan dapat merendahkan tahap serum trigliserida yang tinggi dan digunakan untuk melawan virus Herpes.

Methionine berfungsi untuk memecahkan lemak dan menghalang pembentukan lemak di hati dan salur darah yang boleh menyekat aliran darah ke otak, jantung dan buah pinggang. Ia juga penting untuk mensintesis asid amino yang lain seperti cystein dan taurine. Methionine menolong sistem penghadaman berjalan lancar dengan membantu mendetoks agen bahayaseperti karbon dan logam berat.

Kitajuga memerlukan methionine untukmengelakkan kerosakan rambut,melindungi tubuh daripada radiasi dan mengawal osteoporosis atau alahan kepada bahan kimia.Phenylalanine penting untuk tubuh kita kerana ia bertanggungjawab menjadi asid amino tyrosine yang digunakan untuk mensintesis dua neurotransmitter utama bagi mengawal kesedaran, iaitu dopamine dan norep-inephrine.

Hubungannya dengan sistem saraf utama menyebabkan ia ada kaitan dalam menaikkan mood seseorang,mengurangkan sakit, membantu kita menghafal/mengingati sesuatu dan mengurangkan selera makan. Phenylalanine ada digunakan untuk merawat arthritis, kemurungan,kekejangan disebabkan PMS,migraine, obesiti, penyakit parkinson dan schizophrenia.

Threonine adalah asid amino perlu yang digunakan untuk mengekalkan kesiembangan protein di dalam badan dan penting dalam pembentukan kolagen dan elastin. Terdapat di dalam jantung, sistem saraf tunjang dan otot skeletal, threonine membantu mencegah pengumpulan lemak di dalam hati. Ia juga menguatkan sistem ketahanan badan dengan menghasilkan antibodi.

Untuk menghasilkan vitamin B3 (Niacin), kita memerlukan Tryptophan. Ia digunakan oleh otak untuk menghasilkan serotonin, iaitu satu neurotransmitter yang menghantar maklumat dari satu sel ke satu sel yang lain bagi mengawal pergerakan dan juga bertanggungjawab memastikan kita mendapat tidur yang normal. Jadi,tryptophan merupakan satu elemen yang dapat membantu melawan kemurungan dan juga insomnia dan membantu menstabilkan mood.

Tryptophan mengawal hyperactivity di kalangan kanak-kanak,menghilangkan stress, menyokong kesihatan jantung, menolong mengawal berat badan denganmengawal selera makan dan menyokong pelepasan hormon untuk pertumbuhan. Ia juga elok untuk migrain dan boleh mengurangkan kesan nikotin.

Valine merupakan asid amino perlu yang mengandungi efek stimulan. Ia diperlukan untuk metabolisma otot,pembaikian tisu dan untuk mengekalkan keseimbangan nitrogen dalam badan. Valine terdapat lebih banyak dalam tisu otot dan merupakan salah satu asid amino berangkai yang menjadi sumber tenaga bagi tisu otot.

Jadi, memandangkan fungsi penting yang dijalankan oleh kesembilan-sembilan asid amino perlu ini, kita perlulah memastikan mereka terdapat di dalam diet seharian kita. Apatah lagi asid-asid amino ini tidak boleh dihasilkan oleh badan. Jadi, cadangan terbaik adalah.. cubalah ESP SHAKLEE yang kaya dengan ke 9 asid amino perlu

Ingin kulit cantik dan gebu dengan budget rendah,

Hubungi saya segera,

Nurul Zin,

SID 908082,

Whatsapp:0111-7723803