KISAH SI TUKANG RUMAH
Ada seorang tukang rumah bernama
Budin yang sangat mahir, dan bekerja dengan sebuah syarikat pembinaan yang terkenal.
Pada suatu hari, Budin memberitahu hasratnya untuk berhenti kerja kepada majikannya. Dia ingin
bersara dan berehat bersama-sama keluarganya.
Majikannya berada sangat sedih dengan
keputusan itu, namun dia tidak boleh memaksa Budin, tukang rumahnya yang terbaik.
Sebelum melepaskan Budin, sebagai tugas terakhir, majikannya memberi
arahan untuk menyiapkan sebuah
rumah.Budin berasa sangat berat hati kerana jiwanya sudah tidak ada dalam bidang perkejaan ni..
Tapi pesan si majikan "Encik Budin
kerjakanlah rumah ini dengan sebaik mungkin. Awak bebas nak buat rumah ni sebagaimana yang awak suka"
Budin menyambutnya dengan perasaan hambar. Dia buat kerja dengan perasaan malas dan asal siap. Seolah-olah nak menunjuk protes kepada bosnya itu. Barang-barang pun dia malas nak cari yang terbaik, cuma guna apa yang ada saja.
Akhirnya rumah itu siap.Apabila majikannya datang untuk melihat hasil kerjanya. Agak kecewa tergambar di wajah si majikan, tapi Budin berasa puas "Padan muka"ujarnya dalam hati.