dropdown menu!

Sunday, July 12, 2015

Daging Salai Masak Cili Padi

Assalammualaikum...

Hari minggu ni,para ibu pasti berfikir fikir kan hendak masak apa tok berbuka puasa ni... tggl beberapa hari saje lagi nak raye.. pasti kering idea, maklumlah excited pulak mencari idea tok membuat kuih raye :)..

Oleh itu,Mama taqin bercadang hendak mencuba resepi ini, ala resepi mudah je..boleh la,para ibu mencuba juga..nak tau bagaimana membuatnye..jom ,

Bahan bahan

500g daging salai-dipotong nipis

300ml santan kelapa

1 cawan air 

1 sudu besar serbuk kunyit

100g cili padi-dikisar halus

1 helai daun kunyit

2 batang serai-diketuk

1 biji mangga muda-dihiris 6

Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara Membuatnya

1.Masukkan cili padi bersama serbuk kunyit, serai serta 1 cawan air ke dalam periuk.

2.Biarkan mendidih sebelum dimasukkan mangga muda dan santan pekat.

3.Kacau seketika. Masukkan pula daging salai, daun kunyit yang telah disiat, garam dan serbuk perasa.

4.Kacau sehingga kuah menjadi pekat.

5.Hidangkan bersama nasi putih

Friday, July 10, 2015

7 Petua Memutihkan Gigi Yang Sangat Berkesan

Assalammualaikum..

Mama taqin percaye..semua orang inginkan gigi yang putih dan bersih.. tetapi,bagaimana bagi mereka yang tidak memiliki gigi seperti itu..

Ini ada 7 petua tradisional yang boleh diamalkan bagi mendapatkan gigi yang putih dan bersih..

1.Serbuk Pinang Hilangkan Kesan Kuning

Anda boleh mencuba menggosok gigi dengan serbuk pinang. Ia dikatakan dapat membersihkan gigi dengan lebih sempurna. Amalan ini sudah lama dilakukan oleh nenek moyang kita, ia membantu gigi tampak lebih putih.

2.Lemon Dan Garam Kombinasi Terbaik

Selain enak dinikmati sebagai jus, perahan lemon dengan garam kombinasi bahan yang sangat mujarab untuk menghilangkan kesan karat pada gigi.

Sapukan campuran pati lemon dan garam pada gigi, kemudian gosok gigi seperti biasa.

3.Kulit Limau Putihkan Gigi

Selepas memasak, kulit limau jangan dibuang sebaliknya gunakan ia sebagai pencuci gigi. Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau.

4.Manfaat Serbuk Daun Salam

Jemur daun salam sehingga benar-benar kering. Kisar daun tersebut sehingga halus dan campurkan dengan serbuk kulit limau. Gosok bahan ini pada setiap hari.

5.Strawberi Bersihkan Kotoran

Dapat membersihkan kotoran pada gigi dan menghilangkan warna kuning pada gigi.

6.Cuka Epal Untuk Gigi Yang Berkarat

Bagi yang mengalami masalah gigi kuning dan menjadi kehitaman. Cuba sapukan dengan cuka epal. Lakukan seminggu sekali .

7.Khasiat Arang

Penggunaannya dihadkan sebulan sekali. Kekerapan menggunakan arang kayu dikatakan boleh merosakkan enamel dan menyebabkan gigi sakit.

Jom banteras gigi kuning..

Semoga Bermanfaat,
Mama Taqin

6 Petua Mengawal Penyakit Gout

Assalammualaikum..

Hari ini,mama taqin hendak berkongsi mengenai petua mengawal penyakit gout..Penyakit ini,yang kita sedia maklum kalau dibiarkan pasti melarat..

Sehinggakan, boleh membawa maut..sangat bahaya bukan? ini bukan cite kosong ea.. atuk kepada suami saya antara yang menghidapi penyakit ini..

Sebelum itu,mari kita memahami serba sedikit mengenai..apa itu penyakit gout.

Apa itu penyakit gout ?

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki.

Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Petua sakit gout

1) Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang.

2) Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.

3) Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.

4) betik muda dan green tea.Apa yang perlu dilakukan ialah betik muda itu di potong 2 menjadi seperti gelas.Isi di dalam betik itu di keluarkan.Kemudian ambik green tea dan rendamkan di dalam betik tersebut sehingga kembang.

Apabila merendam green tea itu di dalam 1 bahagian betik dan yang sebahagian lagi di gunakan sebagai penutup.Amalkan meminum air green tea tersebut sekerap mungkin sehingga khasiat teh tersebut hilang dan sakit semakin kurang.Sentiasa menukar teh tersebut apabila hilang warnanya.Green tea boleh di dapati di kedai herba.

5) mengambil sekitar 20biji buah ceri setiap hari. Jika tidak dapat ceri yang fresh anda bolehlah mengambilnya yang didalam tin atau jus ceri atau ceri yang telah dibekukan.

Sebagai pilihan lain anda boleh juga mengambil buah strawberry, blackcurrants (anggur hitam), cranberries dan raspberries yang memberikan efek yang hampir sama namun perlu diambil pada kadar yang lebih berbanding ceri biasa.

6) mengambil pil minyak ikan setiap hari. Minyak ikan mengandungi anti radang yang baik untuk kesakitan sendi. Dos yang di cadangkan ialah 6000mg setiap hari dan perlu diingatkan bahawa ia mestilah minyak ikan (fish oil) bukan minyak hati ikan (fish liver).Antara pilihan terbaik adalah omega guard shaklee.

Selain dari petua hilangkan sakit gout di atas, pesakit gout boleh juga mendapatkan vitamin untuk penyakit gout..insyaAllah akan membantu menyembuhkan penyakit anda.

Semoga kita bebas dari penyakit gout,

Mama taqin

 

Wednesday, July 8, 2015

Petanda Masalah Awasi 11 Simptom Ketika Hamil

Assalammualaikum..

Sama ada kita sudah punya pengalaman hamil atau tidak,  saya faham..pasti perasaan takut dan risau bagi melalui tempoh kehamilan tetap juga datang..

Walaupun kita sudah banyak baca buku atau artikel tetapi kita masih lagi sukar untuk mengetahui sama ada apa yang kita alami semasa hamil itu adalah normal ataupun tidak.

Justeru itu,ini ada beberapa panduan bagi menghadapi petanda masalah awasi 11 simptom ketika hamil.Semoga dapat mengurangkan kerisauan para ibu hamil semua..

1. Sakit abdomen

Sakit yang teruk atau rasa mencucuk-cucuk pada bahagian abdomen atau atas perut, sama ada disertai dengan loya ataupun tidak, boleh jadi petanda bagi beberapa perkara. Kemungkinan,para ibu hamil mengalami ketidakhadaman yang teruk, jangkitan virus dalam perut atau ketacunan makanan. Sekiranya ibu hamil dalam trimester 2 mengalami mungkin menandakan pre eklampsia, iaitu masalah serius yang memerlukan rawatan segera.

2.Sakit Bahagian Bawah Perut

Sakit teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi perut boleh jadi petanda beberapa perkara. Ligamen ibu hamil mungkin tertarik dengan kuat atau ia mungkin tanda,kehamilan ektopik, keguguran, kelahiran pramatang, fibroid menyusut dan berdarah.

3. Demam

Jika suhu ketika demam melebihi 37.5 darjah celcius tetapi tanpa simptom flu atau selesema, hubungi doktor pada hari yang sama. Ibu hamil mungkin mempunyai jangkitan. Doktor akan memberikan antibiotik dan menasihatkan supaya berehat. Jika suhu melebihi 39 darjah celcius bagi jangka masa lama, ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda.

4.Gangguan Penglihatan

Dapatkan rawatan sekiranya dalam separuh masa kedua kehamilan anda mengalami penglihatan berganda, kabur, ternampak tompok-tompok bersinar atau ternampak cahaya tetang berlangsung lebih daripada 2 jam. Ia mungkin simptom pre ekslampia.

5.Pendarahan Faraj

Pendarahan ringan tanpa kesakitan mungkin tanda normal proses implantasi iaitu apabila embrio melekat pada uterus pada awal kehamilan ataupun pendarahan penebusan.

Namun para ibu hamil masih perlu hubungi doktor jika mengalami pendarahan semasa kehamilan kerana boleh jadi ia menunjukkan komplikasi serius. Masalah ini boleh jadi kehamilan di luar rahim, keguguran atau masalah kelahiran pramatang.

6.Peningkatan Rasa Dahaga

Jika ibu hamil tiba-tiba dahaga tetapi kurang membuang air kecil, ini mungkin tanda penghidratan atau diabetes kehamilan atau gestasi. Keduanya meningkatkan risiko komplikasi bagi para ibu dan bayi.

7.Sakit Ketika Buang Air Kecil

Sakit semasa membuang air kecil disertai dengan suhu badan tinggi, menggigil dan sakit belakang mungkin tanda-tanda jangkitan saluran kencing.

8.Muntah Teruk

Muntah lebih datipada 2-3 kali sehari akan menghidratkan dan melemahkan diri tetapi tidak membahayakan bayi. Jika anda mengalami muntah teruk dan berterusan, dapatkan rawatan segera kerana anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital.

Muntah yang bermula di peringkat akhir kehamilan dan diikuti dengan sakit di bawah tulang rusuk adalah tanda pre eklampsia. Jika para ibu muntah diikuti dengan kesakitan dan suhu yang tinggi ia mungkin disebabkan oleh jangkitan. Dalam kedua-dua kes tersebut, hubungi doktor.

9.Pengsan Atau Pening

Ini mungkin tanda para ibu tidak cukup makan pada hari itu, juga bermakna anda mungkin mempunyai tekanan darah rendah. Ramai wanita berasa pening-pening lalat semasa kehamilan. Jika pengsan, hubungi doktor selepas para ibu sedar semula untuk memastikan tiada masalah.

10.Pergerakan Bayi Perlahan

Tiada pergerakan bayi atau bergerak perlahan lebih daripada 24jam selepas minggu ke-21 mungkin petanda bayi anda tertekan. Jika anda sedar bahawa bayi kurang bergerak daripada biasa, hubungi doktor.

Semoga Bermanfaat,

Mama Taqin

Monday, July 6, 2015

10 Jenis Makanan Kurangkan Kolestrol Pasti Amalkan

Assalammualaikum..

Hari ini,mama taqin ingin berkongsi dengan pembaca semua..10 jenis makanan kurangkan kolestrol..

Sebelum itu,mari kita kenali dulu apa itu KOLESTROL..

kolestrol adalah metabolit yang mengandungi lemak sterol (waxy steroid) yang ditemui pada membran sel dan diedarkan dalam plasma darah.

Kolestrol bersifat lembut,berminyak dan tidak berbau.Ia terdapat dalam setiap bahagian badan terutamanya di dalam otak,sistem saraf,kulit,hati,usus,limpa dan hormon seks.

Kolestrol diperlukan untuk proses biologi dalam badan,namun begitu ia tidak boleh hadir dalam jumlah yang terlalu banyak.

Oleh itu,perlulah kita tahu 10 jenis makanan kurangkan kolestrol bagi mengelak berlakunya lebihan.

1.EPAL

Pektin epal ialah serat larut yang membantu mengeluarkan kolestrol daripada sistem badan.Flavonoids (Quercetin) yang terdapat di dalam epal bertindak sebagai anti-oksidan yang membantutkan proses pengumpulan LDL kolestrol "jahat" di dalam saluran darah.

2.KEKACANG

Kimbinasi kekacang dengan beras perang,bijirin,jagung dan gandum membolehkan anda mendapat sumber protien yang lengkap.Kombinasi kekacang yang tepat boleh menjadi ganti kepada protien daging merah yang mengandungi tinggi lemak tepu.

3.BERAS PERANG

Minyak yang terdapat dalam beras perang mengurangkan kolestrol. Beras perang boleh digabungkan dengan kekacang untuk mendapatkan protien lengkap yang rendah lemak tepu. Tambahan lagi, beras membekalkan dos serat yang baik untuk jantung,magnesium dan vitamin B.

4.KULIT KAYU MANIS

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Diabeter Care mendapati bahawa pengambilan 1/2 sudu teh kulit manis sehari dapat mengurangkan kadar gula dalam darah bagi pesakit diabetes Type 2.Ia juga mengurangkan triglyceride,LDL,kolesteol "jahat" dan keseluruhan jumlah dalam badan.

5.BAWANG PUTIH

Bawang putih mengandungi bahan kimia allicin yang terbukti dapat membunuh bakteria dan kulat serta mengurangkan beberapa jenis madalah penghadaman.Ia juga boleh mengurangkan bahan-bahan yang menyebabkan darah tersumbat dalah darah..

Sesetangah orang tak boleh tahan dengan bau bawang putih dan juga rasanya..bolehlah mencuba Garlic Complex yang mengandungi Allicin aktif.

6.ANGGUR

Flavonoids dalam anggur melindungi kolestrol LDL daripada kerosakan radikal bebad dan mengurangkan penggumpalan platlet. Efek pengurangan LDL dalam anggur datang daripada  kompaun yang dihasilkan oleh anggur untuk mengelakkan kulat. Anggur yang bewarna lebih gelap afalah lebih baik.

7.OAT

Oat mengandungi serat larut yang mengurangkan kolestrol "jahat",LDL (low-density lipoprotien),5-10g serat larut per hari dapat mengurangkan kolestrol LDL sebanyak 5%. Mengambil 1.5 cawan oat yang fimasak membekalkan 4.5g serat-cukup untuk mengurangkan kafar kolestrol anda.

8.IKAN SALMON

Komponen kesihatan yang paling utama di dalam ikan salmon termasuklah adid lemak Omega 3 dan protien. Komponen-komponen ini memberi kesan baik kardiovadkular. The American Heart Association, mencadangkan seseorang individu untuk mengambil sekurang,-kurangnya 2 hidangan ikan per minggu dalam diet, terutamanya ikan berlemak (salmon,tuna,sardin,ikan bilis dan herring).

Jika sukar untuk mendapatkan ikan salmon,bolehlah mencubs Omega Guard Dhaklee yang diekstrak dari ikan laut air sejuk termasuklah sardin dan herring.

9.PRODUK SOYA

Komponen penting yang amat berguna di dalam kacang soya ialah isoflavones dan serat larut. Isoflavones bertindak seperti hormon manusia yang mengawal turun naik kolestrol LDL. Semua jenis produk soya adalah sumber protien yang lengkap.

Energizing Soy Protien diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal  yang sangat ektensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protien yang tinggi yang pernah dihasilkan

10.WALNUT

Walnut bagus untuk mengurangkan kolestrol dalam darah kerana ia kaya dengan polyunsaturated fatty acids. Walnut dan badam dapat membantu saluran darah untuk kekal sihat dan elastik sebanyak 12%.

Semoga Bermanfaat ..

Friday, March 21, 2014

Mendidik Hati:Kesyukuran

Cara Merealisasikan Kesyukuran


1- dengan keyakinan Yakin dalam HATI bahawa kita
mensyukuri nikmat yang Allah berikan
adalah cara syukur yang terbaik. Bila
hati meyakini, tiada ada yang terjadi
tanpa keizinan dari Allah, maka hati
lurus berada di jalan-Nya.


2- dengan ucapan
Mengucapkan kesyukuran "Alhamdulillah" "Syukur ya Allah"


3- dengan perbuatan Menggunakan nikmat yang Allah kurniakan ke jalan kebaikan dan
mencegah kemungkaran.


Orang bersyukur sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Nikmat yang paling hebat dikurniakan
Allah kepada hamba-Nya ialah 'takut
berbuat dosa', maka carilah perasaan
itu melalui jalan syukur, dan peliharalah ia dengan mujahadah.





posted from Bloggeroid

Thursday, March 20, 2014

Koleksi Motivasi:Balasan Baik

KISAH SI TUKANG RUMAH

Ada seorang tukang rumah bernama Budin yang sangat mahir, dan bekerja dengan sebuah syarikat pembinaan yang terkenal.

Pada suatu hari, Budin memberitahu hasratnya untuk berhenti kerja kepada majikannya. Dia ingin bersara dan berehat bersama-sama keluarganya.

Majikannya berada sangat sedih dengan keputusan itu, namun dia tidak boleh memaksa Budin, tukang rumahnya yang terbaik.

Sebelum melepaskan Budin, sebagai tugas terakhir, majikannya memberi arahan untuk menyiapkan sebuah rumah.Budin berasa sangat berat hati kerana jiwanya sudah tidak ada dalam bidang perkejaan ni..

Tapi pesan si majikan "Encik Budin kerjakanlah rumah ini dengan sebaik mungkin. Awak bebas nak buat rumah ni sebagaimana yang awak suka"

Budin menyambutnya dengan perasaan hambar. Dia buat kerja dengan perasaan malas dan asal siap. Seolah-olah nak menunjuk protes kepada bosnya itu. Barang-barang pun dia malas nak cari yang terbaik, cuma guna apa yang ada saja.

Akhirnya rumah itu siap.Apabila majikannya datang untuk melihat hasil kerjanya. Agak kecewa tergambar di wajah si majikan, tapi Budin berasa puas "Padan muka"ujarnya dalam hati.

Majikannya berpaling kepadanya dan berkata "Inilah rumah awak, Budin.Hadiah dari saya untuk awak"Alangkah terkejutnya Budin, terus jatuh terduduk dalam penyesalan yang amat sangat. Kalaulah dia tahu itu adalah rumahnya, pasti dia akan bina yang terbaik dan tercantik.

Inilah refleksi kehidupan kita!Kalau kita selalu bermalas-malasan,selalu berasalan, buat asal siap... Kita seolah-olah sedang membina rumah sendiri seperti yang berlaku kepada tukang rumah si Budin ni.

Kehidupan kita hari ini adalah akibat dari pilihan kita di masa lalu.Masa depan kita adalalah hasil dari keputusan kita ketika ini.

Janganlah kita menjadi Bidin kedua...

~Master Lyna

Wednesday, March 19, 2014

Koleksi Motivasi:Kisah Sibangau

Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus

Macamana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul

Bangau adalah sejenis burung yang dikurniakan keupayaan untuk terbang dan bergerak bebas.

Namun kerana fokusnya dia terhadap MASALAH -ikan tidak timbul - masa dia sanggup berlapar sehingga kurus kering.

Malah, apa yang terjadi kepada dirinya, dipertanggungjawabkan kepada si ikan. Menyalahlah si ikan.

Dan kalau teruskan lagu Bangau oh Bangau, tak habis-habis salahkan orang/benda lain.Itulah masalahnya bila kita terlalu fokus pada MASALAH.

Bila kita fokus pada masalah, ia berupaya untuk menutup pintu dan mata hati kita untuk melihat kepada cara untuk menyelesaikannya, dan melihat kepada keupayaan diri dalam mencari penyelesaian.

Sayap dan kaki yang dianugerahkan, tidak digunakan oleh sang bangau bagi mencari tempat lain, atau leher yang panjang tidak digunakan untuk menyelam menyuluh sang ikan.

Sebaliknya tetap dan terus menunggu makanannya dihadap di depan mata. Sayang sekali dan malang sekali nasibmu bangau. Hanya kerana tersilap fokus, kau gagal menggoptimumkan potensi dirimu, dan gagal mencari penyelesaian masalahmu. Kau terus menerus menyalahkan situasi,sedangkan kau lebih dari mampu untuk mengubahnya.

~Master Lyna

Gla Complex Istimewa Untuk Lelaki

Hari ini tergerak hati untuk menulis entry ini. Tajuk sangat menakutkan haha..

Gla Complex, yang kita sedia maklum berfungsi dalam mengatasi permasalahan wanita, seperti cyst, fibrod. Period tidak tetap, monopaus dan sebagainya.

Tahukah anda?. Lelaki juga perlu dan boleh mengambil suppliment ini

Hendak tahu, apa manfaat yang kaum lelaki perolehi setelah mengambil gla complex ini

Jemput baca info di bawah

*Herba Tradisi Yang Dipercayai -

Borage adalah herba kegemaran orangBarat. Ia di gunakan untuk merawat ulser,mengeluarkan virus,melegakan kelesuan,mengeluarkan kahak,melegakan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina

*Mengawal Selia Testosteron -

GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki

*Memperbaiki Prostatomegaly -

GLAmemperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing

*Menentang Kanser -

GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

* Inflamasi Kulit -

Ianya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi,kegatalan, kulit kering,memperbaiki bintik penuaandan kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis

*Untuk Penghidap Diabetes-

Merendahkan gula darah,berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.Meringankan kebas dan kesakitan ndisebabkan oleh gula darah yang tinggi

*Pelangsingan dan Menghalang Penambahan Berat Badan -

Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi ton pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

*Tekanan Darah Tinggi -

Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung

*Memperbaiki Tekstur Rambut -

Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.

Anda lihat, banyak jugak kan manfaat yang kaum lelaki akan peroleh

Kepada lelaki di luar sana, yang mempunyai masalah di atas dan ingin mencuba gla complex..

Caranya senang sahaja,

Hubungi saya,

iR Nurul Zin 908082
E-mail:nurul.mohamadzin@gmail.com
Sms/whatsapp:0111-7723803

Wednesday, March 12, 2014

Combo Set ESP SHAKLEE Pilihan Ramai

Bulan ini,bulan yang terbaik untuk memiliki Kombo Set Esp Shaklee ini, kerana apa? kerana setiap set ini..sangat-sangat laris dan cepat sangat habis.

Nak nak, Esp Shaklee promo bulan ini. Memang la, cepat sangat habis :-).. harga retail Esp adalah Rm150 tapi pada bulan ini harganye sangat istimewa..bila dicampur dengan vitamin pilihan hati anda.

Saya juga, akan memberi harga istimewa :-).. apa dia set-set tersebut, jom kita tengok :-)

*Nikmati ESP untuk pelbagai khasiat*

# ESP + Vita-E Complex:

kulitcantik dan cerah/natural beauty tanpa perlu bermekap.

#ESP + OmegaGuard:

kurangkanrisiko keguguran @ bayi pra-matang.

#ESP + Vita-Lea Iron Formula:

kesihatan optimum.

#ESP + Lecithin:

mengembalikan bentuk badan selepas bersalin/kurus.

#ESP + Alfalfa Complex:

payudara anjal/milk booster.

#ESP + GLA Complex:

ikhtiar untuk hamil.

#ESP + OsteMatrix: sakit

kepala/kurangkan jaundis untuk bayi yang menyusu ibu.

#ESP + Zinc Complex:

sembuhkan luka bersalin @ pembedahan.

#ESP + Performance Drink:

kekal bertenaga ketika berpuasa.

Mengapa ESP SHAKLEE merupakan protein soya pilihan ramai?

-Kacang soya yang digunakan
oleh Shaklee hanya mengandungi non-GMO (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia
diproses pada kadar suhu yang
rendah.

-Diproses dengan air (bukan
dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

-Setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

-ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.

-Diperkaya dengan 5 sumber
vitamin dan 4 sumber mineral.
Sangat sesuai untuk semua
peringkat umur – tua dan muda.

-Menyediakan 14g protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung.

-Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap diabetes.

-Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, dan 12x ganda susu.

-Ia rendah lemak, tiada
kolesterol, tiada asid urik dan
sangat mudah diserap oleh tubuh manusia dan tidak membebankan buah pinggang.

-Setiap hidangan ESP membekalkan 50% daripada Nilai Harian Kalsium untuk menyokong tulang yang kuat.

-Mempunyai kandungan fitoestrogen untuk kesihatan
prostat, payudara dan menapous.

-Mengekalkan tenaga dalam
badan dan menahan rasa lapar
kerana ESP membekalkan sumber tenaga berterusan ke dalam salur darah.

-Tiada perasa, pewarna tiruan,pemanis, kafein, atau bahantambahan selainnya.

-ESP sesuai untuk vegetarian.

Kalau hendak mencuba Esp Shaklee, di bulan inilah bulan yang terbaik untuk anda rebut..

Setiap pembelian dari saya,anda layak:

# Menerima konsultasi selepas pembelian

# Akan diberikan jadual makan yang betul

#Akan dijemput masuk ke group Eksklusif bagi customer

Cepat hubungi saya,

Nurul Zin SID 908082,

whatsapp/sms:0111-7723803 (line maxis)

Salam sayang,

Mama Taqin

Friday, March 7, 2014

Koleksi Motivasi:Menyembuhkan Alasan Penyakit Alasan Kepintaran

3 Cara Bagi Menyembuhkan
+++++++++++++++++++++++++
Penyakit Alasan Kepintaran
+++++++++++++++++++++++++

1.Jangan sesekali memandang rendah pada kepintaran diri sendiri dan jangan menganggar kepintaran orang lain secara berlebihan.

-Tumpukan perhatian pada kelebihan kita.

2.Setiap hari ingatkan kita,kitalah
yang terbaik dan sentiasa amalkan
sikap positif.

3.Ingat kemampuan berfikir adalah lebih bernilai daripada kemampuan menghafal fakta.

~The Magic Of Thinking Big~

Petua Senang Hati

Salam Jumaat,

Perkongsian dari fb..

Hati sering kali sedih,perit dan sebagainya..mudah mudahan tip ini membantu kita .

Salam Ukhwah,

Mama Taqin

Sunday, March 2, 2014

Fungsi Asid Amino Yang Perlu Kita Tahu

Mungkin anda pernah mendengar,apa itu Asid Amino,Tetapi tahukah anda apakah ia dan fungsi-fungsi yang sebenarnya?

Ok, pertama sekali apa yang
perlu anda tahu adalah apakah
maksud asid amino?

Asid amino ialah unit terkecil bagi protein yang terdiri daripada molekul organik asid karbosilik amina. Ini bermakna setiap unsur protein yang terdapat di dalam makanan seperti daging,ikan, susu dan sebagainya akan disintesis dan diproses didalam badan kita untuk menjadi bentuk yang terkecil yang dipanggil asid amino.

Terdapat pelbagai jenis asid amino
tetapi kita boleh klasifikasikan
kepada dua kelas utama iaitu asid
amino perlu dan asid amino tidak
perlu. 'Tidak perlu' bukan bermaksud badan kita tidak memerlukannya.

Tetapi oleh kerana asid amino ini boleh dihasilkan oleh badan, maka kita tidak wajib mengambilnya dalam diet seharian.

Berbeza dengan asid amino perlu .Asid amino perlu merupakan sumber protein yang badan kita perlukan tetapi kita tidak boleh menghasilkannya sendiri. Jadi, kita MESTI mengambil asid amino perlu ini daripada makanan seharian agar sistem badan dapat berfungsi dengan baik.

Terdapat 9 asid amino yang perlu kita ambil setiap hari .Ianyalah adalah - histidine,isoleucine,leucine, lysine,methionine,phenylalanine, threonine,tryptophan dan valine.

Apakah fungsi kesembilan-sembilan asid amino perlu ini? Mengapa mereka sangat penting kepada manusia? Mari kita baca apakah fungsi setiap satunya....

Histidine berfungsi untuk membina dan membaiki tisu yang rosak. Ia juga penting untuk mengekalkan kesihatan tiub mielin yang melindungi sel saraf kita.Kita memerlukan histidine untuk menghasilkan sel darah merah dan putih dan juga histamin yang penting untuk kesihatan imunisasi badan.Histidine melindungi tubuh dari kerosakan akibat radiasi dan berupaya untuk menyingkirkan logam berat dari dalam tubuh.

Fungsi Isoleucine antara lain adalah untuk menghasilkan hemoglobin,menstabilkan dan menyelaraskan tahap gula dalam darah dan juga memberikan tenaga. Asid amino ini dimetabolismakan di dalam tisu otot yang menyebabkan ia menjadi satu nutrien penting bagi ahli sukan untuk menjana tenaga, meningkatkan stamina dan membantu dalam penyembuhan dan pembaikian semula tisu otot.

Isoleucine juga merupakan salah satu cabang daripada tiga asid amino berangkai -bersama-sama dengan leucine dan valine. Leucine berkerjasama dengan asid amino isoleucine dan valine dalam melindungi otot dan bertindah seumpama bahan api bagi badan manusia.

Ketiga-tiga asid amino ini membantu dalam menyembuhkan kecederaan tulang, kulit dan tisu otot dan sangat disarankan bagi mereka yang baru selesai menjalani pembedahan. Leucine juga penting dalm merendahkan tahap gula dalam darah yang tinggi serta merangsang penghasilan hormon reproduksi (kesuburan).

Asid amino lysine penting untuk pembinaan tubuh. Kanak-kanak yang sedang membesar amat memerlukannya bagi mendapatkan pertumbuhan dan perkembangan tulang yang sihat kerana ia membantu dalam penyerapan kalsium.Selain itu, lysine juga bertanggungjawab dalam membantu penghasilan antibodi, hormon dan enzim serta menolong dalam pembentukan kolagen dan juga pembaikian tisu. Justeru, ianya penting untuk mereka yang baru menjalani pembedahan dan mengalami kecederaan sukan.

Lysine juga dikatakan dapat merendahkan tahap serum trigliserida yang tinggi dan digunakan untuk melawan virus Herpes.

Methionine berfungsi untuk memecahkan lemak dan menghalang pembentukan lemak di hati dan salur darah yang boleh menyekat aliran darah ke otak, jantung dan buah pinggang. Ia juga penting untuk mensintesis asid amino yang lain seperti cystein dan taurine. Methionine menolong sistem penghadaman berjalan lancar dengan membantu mendetoks agen bahayaseperti karbon dan logam berat.

Kitajuga memerlukan methionine untukmengelakkan kerosakan rambut,melindungi tubuh daripada radiasi dan mengawal osteoporosis atau alahan kepada bahan kimia.Phenylalanine penting untuk tubuh kita kerana ia bertanggungjawab menjadi asid amino tyrosine yang digunakan untuk mensintesis dua neurotransmitter utama bagi mengawal kesedaran, iaitu dopamine dan norep-inephrine.

Hubungannya dengan sistem saraf utama menyebabkan ia ada kaitan dalam menaikkan mood seseorang,mengurangkan sakit, membantu kita menghafal/mengingati sesuatu dan mengurangkan selera makan. Phenylalanine ada digunakan untuk merawat arthritis, kemurungan,kekejangan disebabkan PMS,migraine, obesiti, penyakit parkinson dan schizophrenia.

Threonine adalah asid amino perlu yang digunakan untuk mengekalkan kesiembangan protein di dalam badan dan penting dalam pembentukan kolagen dan elastin. Terdapat di dalam jantung, sistem saraf tunjang dan otot skeletal, threonine membantu mencegah pengumpulan lemak di dalam hati. Ia juga menguatkan sistem ketahanan badan dengan menghasilkan antibodi.

Untuk menghasilkan vitamin B3 (Niacin), kita memerlukan Tryptophan. Ia digunakan oleh otak untuk menghasilkan serotonin, iaitu satu neurotransmitter yang menghantar maklumat dari satu sel ke satu sel yang lain bagi mengawal pergerakan dan juga bertanggungjawab memastikan kita mendapat tidur yang normal. Jadi,tryptophan merupakan satu elemen yang dapat membantu melawan kemurungan dan juga insomnia dan membantu menstabilkan mood.

Tryptophan mengawal hyperactivity di kalangan kanak-kanak,menghilangkan stress, menyokong kesihatan jantung, menolong mengawal berat badan denganmengawal selera makan dan menyokong pelepasan hormon untuk pertumbuhan. Ia juga elok untuk migrain dan boleh mengurangkan kesan nikotin.

Valine merupakan asid amino perlu yang mengandungi efek stimulan. Ia diperlukan untuk metabolisma otot,pembaikian tisu dan untuk mengekalkan keseimbangan nitrogen dalam badan. Valine terdapat lebih banyak dalam tisu otot dan merupakan salah satu asid amino berangkai yang menjadi sumber tenaga bagi tisu otot.

Jadi, memandangkan fungsi penting yang dijalankan oleh kesembilan-sembilan asid amino perlu ini, kita perlulah memastikan mereka terdapat di dalam diet seharian kita. Apatah lagi asid-asid amino ini tidak boleh dihasilkan oleh badan. Jadi, cadangan terbaik adalah.. cubalah ESP SHAKLEE yang kaya dengan ke 9 asid amino perlu

Ingin kulit cantik dan gebu dengan budget rendah,

Hubungi saya segera,

Nurul Zin,

SID 908082,

Whatsapp:0111-7723803

Promosi Mac Esp Shaklee Harga Tak Masuk Akal

Kalau nak tahu,bulan ini adalah bulan Harga Ahli bagi produk protien Shaklee dan ia juga merupakan produk yang sangat laris daripada beberapa produk shaklee yang lain.

Mengapa saya kata begitu,pada asasnya kita perlu memahami apa itu fungsi protien..dengan mengetahui betapa pentingnya protien ini, maka..kita akan mengetahuilah apa yang pentingnya ESP Shaklee ni :-).

Jom, belajar dulu apa itu fungsi protien:

TAHUKAH ANDA?
-----------------------
1- Protein adalah makanan terpenting
untuk badan kita.
2- Tubuh badan kita terdiri daripada
protein seperti tulang, kulit, rambut,otot-otot, organ-organ, plasma,antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.
3- Keseluruhan sel-sel (anggaran
jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinyaseperti:-

-Membina sel-sel baru
-Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru
-Menggantikan tisu-tisu yang rosak @cedera dengan tisu-tisu yang baru

Jadi,apabila sel-sel yang rosak digantikan dengan yang baru..maka,sudah tentulah sel dalam badan kita dapat mengekalkan integritinya dan fungsinya dengan lebih baik.

Antara sumber protien adalah ayam,ikan,telur dan sebagainya. Tetapi,adakah kita akan memperolehi protien yang mencukupi daripada sumber protien seperti di atas yang kebanyakannya akan cepat hilang dari proses memasak.

Setelah mengetahui apa pentingnya PROTiEN kepada sistem badan kita,meh selongkar pula apa bagusnye ESP SHAkLEE ni.

KENAPA ESP SHAKLEE?
------------------------------

~Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.
~Berasakan tumbuhan (non-GMO soya)yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.
~Terbukti secara klinikal dapat
mengekalkan tenaga berjam-jam
lamanya untuk kehidupan yg aktif.
~Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.
~Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
~Kandungan lemak sangat minimum iaitu (1gm)
~Tanpa laktosa
~ Kadar penghadaman
yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.
~Tiada perasa tiruan, pemanis,
pewarna dan pengawet.
~Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
~‘Versatile’ kerana boleh dicampur
dengan sebarang minuman kecuali kopi dan teh.
~ ESP membantu penyerapan vitamin kerana sel sihat menentukan penyerapan vitamin yang lebih baik dan berkesan.
~Merupakan Isolate protin yang bermaksud apa-apa yang bahaya dalam soya sudah dibuang, diasingkan. Olih itu sesuai untuk semua seperti pesakit gaut dan buah pinggang.

Kelebihan Shaklee Kepada Kita
===========================

1) Menjadikan kulit muka cantik,
halus,gebu dan berseri
2) Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
3) Memberi tenaga berpanjangan
menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
4) Menganjalkan kulit dan
menganjalkan kembali payudara yangkendur
5) Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.
6) Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak
7) Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
8) Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
9) Untuk yang alami masalah
kesuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus menaikkan tahap kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil.
10) Menyokong kesihatan imunisasi
badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.

Siapa Yang Perlu Ambil Esp Shaklee
===============================

1) Ibu yang sedang hamil
2) Ibu yang sedang menyusukan anak
3) Orang yang ingin mengurangkan
berat badan
4) Orang yang sentiasa inginkan kulit yang cantik
5) Orang yang baru lepas menjalani pembedahan
6) Orang yang inginkan kesihatan
optimum
7) Orang yang ada masalah kesuburan
8) Sesiapa sahaja yang menginginkan taraf kesihatan yang lebih baik

Apa tunggu lagi, dengan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang ada pada ESP SHAKLEE ini..cubalah dan anda rasainya sendiri :-)

Untuk bulan ini,ESP SHAkLEE

-Buy 6 FREE 1
-Membership FREE
-Cashback receive on next month

Sebarang pertanyaan,konsultasi dan harga promo istimewa bulan ini bagi 1,2.3 etc can..

Hubungi saya,

Sms/Whatsapp:0111-7723803

Salam Ukhwah,

Mama Taqin

Friday, February 28, 2014

Tip Asas Kurangkan Morning Sickness

Morning sickness dan wanita hamil memang tidak dapat dipisahkan. Ada wanita hamil yang mengalaminya sekadar biasa dan ada juga yang mengalaminya dengan sangat teruk.

Pada kebiasaannya,morning sickness ini berlaku pada minggu ke 4-ke 8 dan ianya juga boleh berlaku berterusan sehingga minggu ke-16 kehamilan.

Dengan Tip Asas Kurangkan Morning Sickness ini, mudah mudahan dapat membantu ibu hamil yang mengalami permasalahan seperti ini.

1.Ibu hamil perlulah makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Elakkan makan dengan banyak kerana ia akan menyebabkan kita mual.

2.Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat bagi membantu menghilangkan rasa mual seperti roti dan kentang.

3.Hindar makanan berlemak,berminyak dan pedas kerana ia akan memburukkan lagi gejala morning sickness.

4.Makan buah epal kerana ini boleh menghilangkan rasa mual. Boleh juga dibuat jus dan ditambah dengan sedikit madu.

5.Minum air yang banyak walaupun sering muntah. Bagi mengelak kita dihidrasi..Hindari minuman berkarbonat atau kafein.

6.Amalkan minuman halia kerana ia diakui secara tradisi boleh mengatasi masalah mual,.untuk lebih mudah,boleh mencuba peppermint ginger plus shaklee.

7.Jangan terus bangun secara tiba-tiba daripada tidur di waktu pagi.

8.Memakai baju longgar dan tidak ketat

Semoga Bermanfaat,

Mama Taqin

posted from Bloggeroid

Thursday, February 27, 2014

Tip Mencari Bidan/Tukang Urut

Semasa berpantang, pemilihan bidan atau tukang urut perlu diambil berat. Bukan hanya tertumpu kepada harga yang ditawarkan sahaja ea.. bermacam aspek perlu diambil berat.

Mudah mudahan tip mencari bidan/tukang urut di bawah akan membantu:

1.Pastikan bidan tersebut dicadangkan oleh kawan-kawan yang pernah menggunakan khidmat mereka.

2.Pilih bidan yang mengamalkan kebersihan diri seperti kuku tidak panjang, basuh tangan sebelum mengurut dan tidak memakai aksesori yang boleh mengganggu proses urutan.

3.Berpengalaman dan jika boleh mempunyai pendidikan dalam bidang urutan.

4.Pengambilan bidan yang berhampiran kawasan kediaman kita. Secara tidak langsung, akan menjimatkan kos pengangkutan.

5.Pastikan pakej yang diambil disalon, tiada kos tersembunyi.

6.Bagi wanita muslim digalakkan mengambil bidan/tukang urut beragama islam untuk memastikan penjagaan aurat.

semoga bermanfaat,

Mama Taqin

posted from Bloggeroid

Saturday, January 25, 2014

10 Tip Cara Bantu Anak Makan Sayur & Buah

Sudah terlalu biasa kita mendengar tentang keengganan kanak-kanak makan sayur sayuran dan buah buahan.Jika hal ini berlaku kepada anda,jangan khuatir. Dibawah, ada beberapa tip yang boleh membantu.

1.Pastikan rumah kita sentiasa ada buah-buahan segar seperti pisang,epal,pear dan limau.Susun buah-buahan tersebut di dalam bakul cantik dan letakkan di atas meja makan. Saya pasti, anak-anak akan menyukainya.

2.Jangan lupa, hidangkan buah buahan dan sayur sayuran setiap kali waktu makan.  Ketika makan tengah hari beri anak makan buah buahan dahulu sebelum makanan utama.

3. Sekiranya anda sekeluarga makan di luar, pastikan menu yang kita pilih mengandungi sayur sayuran dan juga buah buahan.

4. Semasa membeli buah buahan atau sayur sayuran, tanya anak buah atau sayur apa yang digemari dan belikan.Inilah salah satu cara untuk menggalakkan anak makan makanan tersebut.

5.Galakkan seisi keluarga makan buah buahan dan sayur sayuran. Bukan hanya si kecil , kita sebagai ibu bapa juga perlu menjadi contoh supaya mereka ikuti.

6.Hidangkan buah buahan dan sayur sayuran secara kreatif.

7.Jangan mudah putus asa jika anak menolak buah buahan dan sayur sayuran yang anda berikan kepadanya.

8.Beri anak buah buahan dan sayur sayuran mengikut citarasa mereka.  Jika dia sukakan sayur sayuran yang dimasak terlebih dahulu, masaklah dan jangan sesekali beri padanya sayur mentah. Begitu juga pada buah buahan.

9.Buah buahan dan sayur sayuran tidak semestinya dimakan begitu sahaja. Kita boleh hidangkan buah buahan dan sayur sayuran bersama yogurt atau coklat.

10.Sekiranya kita mempunyai kawasan atau tempat untuk menanam sayur sayuran atau buah buahan, ajak anak sertai bersama. Secara tidak langsung ia akan mendidik anak kita menyukai sayur sayuran atau buah buahan.

Kesimpulannya, kita perlulah sentiasa berfikiran kreatif dan juga berusaha bagi memastikan anak kita menyukai sesuatu yang kita sarankan.

Semoga Bermanfaat,

Praktikal 'Berpisah' Susu Ibu

Berpisah susu terjadi apabila kita menghentikan penyusuan setelah si manja mula mengambil makanan lain selain daripada susu ibu.

Sebenarnya ia agak sukar untuk dilakukan,ia mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk menghentikan penyusuan bergantung kepada kerjasama yang diberikan oleh si kecil.

Berikut 10 cara praktikal berpisah susu yang boleh membantu kita menghentikan penyusuan.

1.Jangan tawar dan jangan tolak

Ia merupakan cara paling selamat dan efektif untuk berpisah susu.Berikan susu apabila diminta dan jangan sesekali menolak jika anl mahu menyusu.

2.Mengubah rutin harian

Tidak melakukan perkara rutin yang kita lakukan ketika menyusukan anak kita.Contoh dia akan menyusu jika kita berada di sofa.Maka,kita perlu mengelakkan melakukan perkara rutin tersebut.

3.Pertolongan dari ayah

Perlu membantu mengalihkan perhatian anak yang mahu menyusu dengan melakukan aktiviti lain seperti menonton program televisyen kegemarannya.

4.Alihkan perhatiannya

Membawa ke taman permainan pada waktu yang biasanya dia meminta susu.

5.Lengahkan sesi penyusuan

Tangguhkan waktu menyusu iaitu memberitahunya untuk menunggu sebentar.Gantikan dengan aktiviti lain juga boleh menjadi cara yang berkesan.

6.Memendekkan tempoh penyusuan

Cara ini berkesan untuk anak yang berusia 2 tahun keatas. Memendekkan tempoh penyusuan dengan berkata '' Sedikit sahaja ea ibu beri,sebab kakak/abang sudah besar.".

7.Memberitahu secara berhemah

Bagi anak yang berusia 1tahun keatas yang sudah memahami, nyatakan arahan seperti  tunjukkan contoh orang dewasa yang tidak minum susu ibu. Sudah pasti, anak kita pasti teruja.

8.Kurangkan penyusuan

Dalam sehari, mula mengurangkan sesi penyusuan terutama diwaktu malam. Ini  secara tidak langsung akan mengurangkan pengeluaran susu ibu.

9.Tidak menghentikan penyusuan susu secara tiba-tiba

Bagi mengelakkan emosi anak terganggu  dan menjadikan tidak selesa.

10.Petua-petua lama

Mengikuti petua-petua lama orang-orang tua.. tetapi, ianya perlulah minta pandangan yang pakar bagi memastikan, ianya tidak memberi kesan negatif kepada anak kita.

Semoga Bermanfaat,


Thursday, January 23, 2014

Shaklee Tidak Halal?

Kecoh di laman sosial, mengenai isu Shaklee Tidak Halal. Ada juga yang membuang produk shaklee yang dibeli ke dalam tong sampah tanpa usul periksa. Sangat membazirkan bukan?.

Sebenarnya, isu ini sudah lama diperkatakan..tetapi tidak tahu mengapa ianya dibangkitkan semula, padahal sudah ditunjukkan dengan pelbagai bukti yang kukuh.

Ok, mana yang tidak mengetahui lagi tentang kesahihan status halal shaklee ini. meh, saya perjelaskan.. semoga kita terhindar dari pelbagai fitnah.



Pertama
======

Produk shaklee adalah dari USA, bahan mentahnya dari sana, pemprosesannya juga dari sana dan diimport pula ke Malaysia. Jadi,seharusnya pihak USA lah yang perlu mengesahkan status halal yang dipasarkan di Malaysia. Tidak perlulah pihak JAKIM hendak ke sana, semata-mata untuk mengesahkan status halal. Bukan satu sahaja negara, banyak lagi negara yang memasarkan produk mereka di Malaysia. Jadi, setiap negara mempunyai badan Islam masing-masing yang akan mengeluarkan sijil halal bagi produk di negara terbabit.

Kedua
=====

Oleh kerana produk Shaklee adalah dari USA, maka pihak yang bertanggungjawab untuk mengesahkan STATUS HALAL  di negara tersebut adalah ISA (ISLAMIC SERVICES OF AMERICA).

Apa pula ISA itu?

ISA merupakan badan Islam di United State Of America (USA) yang bertanggungjawab memeriksa dan mengeluarkan SIJIL HALAL bagi produk-produk yang ingin dipasarkan kepada orang Islam di US. Jadi, memandangkan ibu pejabat dan kilang Shaklee ini terletak di US. Maka,pihak ISA lah yang perlu mengeluarkan SIJIL HALAL.Hendak mengetahui lebih lanjut mengenai ISA klik sini


Untuk pengetahuan anda, pihak JAKIM sentiasa memantau semua badan luar negara yang mengeluarkan SIJIL HALAL. Malah badan badan ini harus memohon pengiktirafan JAKIM dari semasa ke semasa. Maka, berdasarkan pengiktirafan terbaru yang dibuat oleh JAKIM setakat 19 Julai 2013 , ISA adalah antara badan islam luar negara yang diiktiraf SIJIL HALALnya oleh JAKIM. Disebabkan SIJIL HALAL inilah, maka disetiap botol shaklee tiada COP HALAL JAKIM.


Kesimpulannya, pastikan dahulu setiap apa yang kita dengar sebelum bertindak, ia bukan sahaja menyusahkan orang lain bahkan boleh menimbulkan fitnah.

Salam sayang

Saturday, January 18, 2014

Vitamin shaklee Untuk Rambut Gugur

Masalah rambut gugur adalah normal bagi setiap orang, tidak kiralah samada lelaki ataupun wanita pasti akan mengalami permasalahan yang sama. Sekiranya rambut anda mengalami keguguran dalam kuantiti yang banyak melebihi 50-100 helai sehari, bermakna anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius.

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya rambut gugur adalah:


1.Penggunaan bahan kimia secara berlebihan seperti  kerap mewarnakan rambut dan juga meluruskan rambut.

2. Perubahan hormon ketika melahirkan anak dan mengandung. Ini berlaku, adalah disebabkan perubahan hormon yang berlaku kesan daripada proses bersalin. Selain itu, hormon yang tidak stabil juga boleh menjadi punca berlakunya rambut gugur.

3. Faktor genetik, Jika seorang ibu dan ayah mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat. Ianya juga akan memberi kesan kepada anak mereka dan akan mengalami permasalahan yang sama.

4. Rambut gugur juga boleh berlaku akibat daripada masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.

5. Gaya pemakanan yang tidak terkawal  juga boleh menjadi punca rambut gugur



Vitamin Shaklee Untuk Rambut Gugur adalah:


Shaklee Collagen Powder

Kandungan kolagen dalam lapisan korium (merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis serta rambut dan kuku). Kekurangan kolagen akan menyebabkan rambut kering dan bercabang. Oleh itu, pengambilan kolagen menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang.


Zink Complex

Kekurangan zinc menyebabkan shaf rambut menjadi lemah, menyebabkan kerosakan rambut dan pertumbuhan semula rambut yang sangat perlahan. Zink bermanfaat untuk rambut termasuk untuk pembiakan sel, pertumbuhan tisu dan pembaikan tisu yang rosak. Ia juga mengekalkan kelenjar merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut, sekali gus mengurangkan peluang rambut cepat gugur. Zinc berkebolehan menggabungkan DNA, RNA dan protein, seterusnya merangsang generasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam tubuh kita. Pemgambilan Zinc yang cukup amat penting untuk membantu pertumbuhan rambut dengan lebih cepat dan menguatkan rambut.


Gla Complex

Hormon tidak stabil adalah salah satu faktor terjadinya rambut gugur. Gla Complex memebentuk protaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan juga wanita. Gla complex juga membantu memeperbaiki struktur rambut .



Energizing Soy Protien


Protein merupakan komponen penting rambut. 90% struktur rambut dikomposisikan oleh protein yang juga sebenarnya adalah ramuan yang biasa terdapat di dalam syampu, perapi syampu dan dalam rawatan rambut. Protein juga merupakan salah satu sebab yang menjadikan rambut kuat dan tahan daripada kerosakan. ESP merupakan sumber protein non-GMO yang sangat baik untuk kita. Ia mempercepatkan pembaharuan sel sekaligus memperbaiki masalah rambut seperti masalah rambut beruban dan rambut gugur.

Prosante Set

Pemilihan shampu organik dan bebas dari bahan kimia juga amat penting supaya kulit kepala dapat berehat dari sebarang tekanan dan stress. Ujian klinikal yang meluas telah menunjukkan sistem penjagaan rambut Prosante secara semulajadi mengurangkan kehilangan rambut sewaktu menyikat, meningkatkan ketebalan, dan mengurangka kerosakan untuk semua jenis rambut.




Inginkan mengatasi rambut gugur ??

Hubungi saya segera,
Nurul Zin,
Shaklee Independent Distributor,
Shaklee ID:908082
Fanpage:Naturalvitamin.Com
Call/Sms:012-7308930


Salam Ukhwah,