Pembentukan jerawat yang sedikit dan normal adalah perkara biasa bagi seseorang remaja,namun begitu langkah penjagaan perlu dititik beratkan sebelum berlakunya pertumbuhan jerawat yang semakin kronik.Disini ada 7 tip penjagaan muka yang boleh diikuti untuk mengelak berlakunya permasalahn tersebut.
7 Tip Penjaggan Muka
1.Cuci muka 2 kali sehari dengan sabun pencuci muka yang bertekstur lembut dan membersih secara mendalam.Jika boleh tidak digalakkan mengambil sebarang produk yang boleh mengeringkan kulit dan boleh menghidratkan kulit.Apabila mencuci muka tidak digalakkan juga menggosok muka dengan kuat walaupun dengan tujuan untuk menghilangkan kekotoran,minyak dan sel sel mati.Ini akan menyebabkan keradangan kulit dan jerawat semakin teruk.
2.Penggunaan pencuci wajah juga perlulah sesuai dengan kulit.Pencuci muka sebenarnya bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam pori.selain dari membuang bintik hitam.Tetapi tidak digalakkan menggunakan lebih dari dos yang disarankan..bagi mengelakkan dari berlakunya permasalahan lain.
3.Perlu menggunakan pelembap atau penyegar kulit selepas mencuci muka untuk mengekalkan kelembapan.
4.Dilarang sama sekali memicit jerawat atau sebarang nodul, ini akan memburukkan lagi keadaan kulit anda sekiranya berlaku jangkitan.
5.Anda mesti mengelakkan kulit muka anda daripada terkena cahaya matahari secara berterusan.Kulit akan menjadi kering apabila terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari.Oleh itu hendaklah menggunakan pelembap yang mempunyai SPF 10,SPF 15,SPF 25 dan sebagainya.
6.Jangan selalu menukar produk pembersihan wajah dan kecantikan wajah secara kerap kerana ia mungkin akan menyebabkan keradangan dan alahan pada kulit anda.
7.Elakkan mengguna bedak padat kerana span yang lembap,digunakan berkali kali,terperap di dalam bekas menggalakkan pembiakan bakteria.Guna bedak yang 100% mineral tanpa campuran bendasing.
Semoga Bermanfaat,
Monday, April 29, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)