dropdown menu!

Thursday, April 18, 2013

Berat badan Bayi Yang Ideal

Saya Pasti..kebanyakan para ibu terutama ibu yang baru sahaja memiliki bayi pertama akan sering menimbulkan persoalan,apakah berat badan bayi yang ideal bagi bayi mereka.

Perasaan khuatir dan risau mula timbul,apabila kita melihat..anak jiran tetangga kita ataupun anak anak saudara kita lebih berisi berbanding anak kita.

Sebenarnya untuk melihat berat badan bayi yang ideal, bukan kepada ketembaman atau kegemukan bayi kita tu..yang paling penting kita pastikan sama ada bayi kita itu berada dalam keadaan sihat dan aktif..tak penting juga,kalau anak kita tembam tapi ada masalah lain pula kan??


Di bawah,saya berikan data untuk sama sama kita monitor apakah berat badan bayi yang ideal mengikut kesesuaian usia bayi kita:

Usia 0-1 tahun

-Di usia ini,bayi banyak mengalami perkembangan fizikal.Salah satu perkembangannya yang pesat adalah perkembangan berat badan.

* Lahir (berat badan ideal:3.4kg dengan tinggi badan ideal :50.5cm)
* 0-1bulan (berat badan ideal:4.3kg,dengan tinggi badan ideal :55cm)
* 2 bulan (berat badan ideal:5kg,dengan tinggi ideal:58cm)
* 3bulan (berat badan ideal:5.7kg,dengan tinggi ideal:60cm)
* 4bulan (berat badan ideal:6.3kg,dengan tinggi ideal:62.5cm)
* 5bulan (berat badan ideal:6.9kg,dengan tinggi ideal:64.5kg)
* 6bulan (berat badan ideal:7.4kg,dengan tinggi ideal:66cm)
* 7bulan (berat badan ideal:8kg,dengan tinggi ideal:67.5cm)
* 8bulan (berat badan ideal:8.4kg,dengan tinggi ideal:69cm)
* 9bulan (berat badan ideal:8.9kg,dengan tinggi ideal:70.5cm)
* 10bulan (berat badan ideal:9.3kg,dengan tinggi ideal:72cm)
* 11bulan (berat badan ideal:9.6kg,dengan tinggi ideal:73.5cm)
* 12bulan (berat badan ideal:9.9kg,dengan tinggi ideal:74.5cm)

Usia 1-2 tahun

-Di usia ini,perkembangan bayi semakin pesat.ibu bapa masih perlu monitor tahap perkembangan bayi kita.

* 15bulan (berat badan ideal:10.6kg,dengan tinggi ideal:62.5cm)
* 18bulan (berat badan ideal:11.3kg,dengan tinggi ideal:65cm)
* 21bulan (berat badan ideal:11.9kg,dengan tinggi ideal:67,5kg)
* 24bulan (berat badan ideal:12.4kg,denagn tinggi ideal:69.5cm)

Meskipun dari data di atas,berat bayi masih lagi standart jika kurang dari 20% dari berat badan dan tinggi di atas.

Selain dari mengikut data di atas,masih ada cara lain untuk mengira berat ideal bayi kita iaitu dengan cara:

Untuk bayi usia 0-12 bulan =umur (bulan)/2+4

cth :10bulan/2+4=9kg

Untuk bayi umur 1-10 tahun=umur (tahun)x2+8

cth :(2tahun)x2+8=12kg



Selain untuk mendapatkan berat ideal dengan cara pengiraan faktor-faktor di bawah juga patut diambil berat:

1.Memberi makanan yang seimbang dan teratur.
2.Pemeriksaan dan penimbangan bayi secara konsisten
3.Biarkan bayi bergerak aktif
4.Memberi istirehat yang cukup untuk bayi 

Yang paling penting sekiranya berlakunya penurunan berat badan bayi secara mendadak..cepat2 la berjumpe dengan doktor serta ahli nutrisi k.


Semoga Bermanfaat,