dropdown menu!

Wednesday, July 8, 2015

Petanda Masalah Awasi 11 Simptom Ketika Hamil

Assalammualaikum..

Sama ada kita sudah punya pengalaman hamil atau tidak,  saya faham..pasti perasaan takut dan risau bagi melalui tempoh kehamilan tetap juga datang..

Walaupun kita sudah banyak baca buku atau artikel tetapi kita masih lagi sukar untuk mengetahui sama ada apa yang kita alami semasa hamil itu adalah normal ataupun tidak.

Justeru itu,ini ada beberapa panduan bagi menghadapi petanda masalah awasi 11 simptom ketika hamil.Semoga dapat mengurangkan kerisauan para ibu hamil semua..

1. Sakit abdomen

Sakit yang teruk atau rasa mencucuk-cucuk pada bahagian abdomen atau atas perut, sama ada disertai dengan loya ataupun tidak, boleh jadi petanda bagi beberapa perkara. Kemungkinan,para ibu hamil mengalami ketidakhadaman yang teruk, jangkitan virus dalam perut atau ketacunan makanan. Sekiranya ibu hamil dalam trimester 2 mengalami mungkin menandakan pre eklampsia, iaitu masalah serius yang memerlukan rawatan segera.

2.Sakit Bahagian Bawah Perut

Sakit teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi perut boleh jadi petanda beberapa perkara. Ligamen ibu hamil mungkin tertarik dengan kuat atau ia mungkin tanda,kehamilan ektopik, keguguran, kelahiran pramatang, fibroid menyusut dan berdarah.

3. Demam

Jika suhu ketika demam melebihi 37.5 darjah celcius tetapi tanpa simptom flu atau selesema, hubungi doktor pada hari yang sama. Ibu hamil mungkin mempunyai jangkitan. Doktor akan memberikan antibiotik dan menasihatkan supaya berehat. Jika suhu melebihi 39 darjah celcius bagi jangka masa lama, ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda.

4.Gangguan Penglihatan

Dapatkan rawatan sekiranya dalam separuh masa kedua kehamilan anda mengalami penglihatan berganda, kabur, ternampak tompok-tompok bersinar atau ternampak cahaya tetang berlangsung lebih daripada 2 jam. Ia mungkin simptom pre ekslampia.

5.Pendarahan Faraj

Pendarahan ringan tanpa kesakitan mungkin tanda normal proses implantasi iaitu apabila embrio melekat pada uterus pada awal kehamilan ataupun pendarahan penebusan.

Namun para ibu hamil masih perlu hubungi doktor jika mengalami pendarahan semasa kehamilan kerana boleh jadi ia menunjukkan komplikasi serius. Masalah ini boleh jadi kehamilan di luar rahim, keguguran atau masalah kelahiran pramatang.

6.Peningkatan Rasa Dahaga

Jika ibu hamil tiba-tiba dahaga tetapi kurang membuang air kecil, ini mungkin tanda penghidratan atau diabetes kehamilan atau gestasi. Keduanya meningkatkan risiko komplikasi bagi para ibu dan bayi.

7.Sakit Ketika Buang Air Kecil

Sakit semasa membuang air kecil disertai dengan suhu badan tinggi, menggigil dan sakit belakang mungkin tanda-tanda jangkitan saluran kencing.

8.Muntah Teruk

Muntah lebih datipada 2-3 kali sehari akan menghidratkan dan melemahkan diri tetapi tidak membahayakan bayi. Jika anda mengalami muntah teruk dan berterusan, dapatkan rawatan segera kerana anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital.

Muntah yang bermula di peringkat akhir kehamilan dan diikuti dengan sakit di bawah tulang rusuk adalah tanda pre eklampsia. Jika para ibu muntah diikuti dengan kesakitan dan suhu yang tinggi ia mungkin disebabkan oleh jangkitan. Dalam kedua-dua kes tersebut, hubungi doktor.

9.Pengsan Atau Pening

Ini mungkin tanda para ibu tidak cukup makan pada hari itu, juga bermakna anda mungkin mempunyai tekanan darah rendah. Ramai wanita berasa pening-pening lalat semasa kehamilan. Jika pengsan, hubungi doktor selepas para ibu sedar semula untuk memastikan tiada masalah.

10.Pergerakan Bayi Perlahan

Tiada pergerakan bayi atau bergerak perlahan lebih daripada 24jam selepas minggu ke-21 mungkin petanda bayi anda tertekan. Jika anda sedar bahawa bayi kurang bergerak daripada biasa, hubungi doktor.

Semoga Bermanfaat,

Mama Taqin