Assalammualaikum..
Mama taqin percaye..semua orang inginkan gigi yang putih dan bersih.. tetapi,bagaimana bagi mereka yang tidak memiliki gigi seperti itu..
Ini ada 7 petua tradisional yang boleh diamalkan bagi mendapatkan gigi yang putih dan bersih..
1.Serbuk Pinang Hilangkan Kesan Kuning
Anda boleh mencuba menggosok gigi dengan serbuk pinang. Ia dikatakan dapat membersihkan gigi dengan lebih sempurna. Amalan ini sudah lama dilakukan oleh nenek moyang kita, ia membantu gigi tampak lebih putih.
2.Lemon Dan Garam Kombinasi Terbaik
Selain enak dinikmati sebagai jus, perahan lemon dengan garam kombinasi bahan yang sangat mujarab untuk menghilangkan kesan karat pada gigi.
Sapukan campuran pati lemon dan garam pada gigi, kemudian gosok gigi seperti biasa.
3.Kulit Limau Putihkan Gigi
Selepas memasak, kulit limau jangan dibuang sebaliknya gunakan ia sebagai pencuci gigi. Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau.
4.Manfaat Serbuk Daun Salam
Jemur daun salam sehingga benar-benar kering. Kisar daun tersebut sehingga halus dan campurkan dengan serbuk kulit limau. Gosok bahan ini pada setiap hari.
5.Strawberi Bersihkan Kotoran
Dapat membersihkan kotoran pada gigi dan menghilangkan warna kuning pada gigi.
6.Cuka Epal Untuk Gigi Yang Berkarat
Bagi yang mengalami masalah gigi kuning dan menjadi kehitaman. Cuba sapukan dengan cuka epal. Lakukan seminggu sekali .
7.Khasiat Arang
Penggunaannya dihadkan sebulan sekali. Kekerapan menggunakan arang kayu dikatakan boleh merosakkan enamel dan menyebabkan gigi sakit.