Terdapat beberapa sebab mengapa susu ibu berkurangan...antaranya adalah ibu tidak tahu konsep supply and demand (lebih kerap menyusukan lebih banyak pengeluaran air susu),walau makan pelbagai jenis suppliment pun,sekiranya para ibu tidak memahami ataupun tidak mengikuti konsep ini,saya berani katakan penghasilan susu agak sukar dihasilkan.
Di bawah ini ada beberapa tip banyakkan susu badan bagi ibu menyusu,konsepnye sama adalah supply and demand..walaupun pada permulaannya agak sukar..saya pasti para ibu semua,pasti boleh melakukannya :)..
1.Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar.Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.
2.Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan.Ini akan merangsang lebih banyak penghasilan susu .
3.Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam,susukan sekerap yang boleh berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu.
4.Jangan lupa untuk berasa tenang ketika menyusu,ini kerana perasaan tertekan akan mengurangkan pengeluaran susu ibu.
5.Tidak memberi makanan lain selain dari susu ibu untuk bayi bawah 6 bulan..kerana apabila bayi mendapat makanan tambahan,bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu badan.
6.Penghasilan susu ibu juga boleh terjejas akibat pemakanan.Bagi memastikan anda makan dengan betul,anda boleh melakukan perkara-perkara berikut :
~Ambil makanan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
~Banyakkan minum air (digalakkan air kosong suam) sepanjang hari.
~Ambil suppliment/makanan tambahan jika tubuh anda
kerap letih,stress sehingga tidak mampu menghasilkan susu yang mencukupi.
~Makan pelbagai jenis makanan yang mengandiungi pelbagai nutrien.
7.Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah Hujurat dan sapu dikedua-dua belah payudara.Sambil menyusukan ,sentiasalah usap rambut bayi,cium bayi.
8.Makanan penggalak pengeluaran susu ibu
9.Melakukan power pumping
Semoga Bermanfaat :)
Sunday, July 14, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)