Assalammualaikum..
Kita sibuk dok cite pasal penyusuan ibu..tapi bagaimana ea cara nak memperbanyakkan susu ibu ni.. bukan hanya bergantung kepada suppliment sahaja ea ibu2..kita sendiri pun kena berusaha.terutama bagi ibu ibu yang bekerja mungkin agak sukar kan nak melakukan sesi pengepaman ni..tapi semangat harus kuat.sebenarnya antara sebab yang menyebabkan susu berkurang adalah kerana disebabkan oleh sikap kita sendiri yang tidak memberi tumpuan penuh dalam jadual perahan susu seharian mereka dipejabat (ni story,bagi ibu yang bekerja ea).
Langkah yang terbaik yang perlu ibu bekerja lakukan ialah melakukan POWER PUMPING..pernah dengar tak,apa tu POWER PUMPING?
POWER PUMPING adalah perahan intensif selama satu jam.Waktu yang paling sesuai adalah antara tengah malam sehingga awal pagi (sebelum subuh) dan adalah sangat bagus dilakukan sewaktu anak tsedang tido..sebab apa?TIADA LAGI GANGGUAN he2
Bagaimana nak lakukan POWER PUMPING ni?
Selama satu jam khusus ni siibu perlulah membuat perahan selama 10minit dan berhenti 10minit.Ini panduan bagi ibu2 yang menggunakan Single Pump dan Double Pump.
Single Pump:Boleh mulakan dengan memerah susu dari payudara sebelah kanan selama 10minit dan diikuti 10minit memerah dari payudara kiri.Teknik ini diulangi selama satu jam..maka sebelah payudara akan mendapat 3 pusingan perahan selama satu jam.
Double Pump:Jika ibu mempunyai pam jenis ini,siibu boleh mengepam kedua dua payudara secara serentak selama 10minit dan rehat selama 10minit.Teknik ini diulang selama beberapa kali dalam satu jam yang diperuntukkan tadi.Maka kedua dua payudara akan tetap mendapat 3pusingan.
Hasil Perahan
Hasil perahan 3sesi ini boleh dicampurkan di dalam satu bekas simpanan apabila ke semuanya mempunyai suhu yang sama.bagaimana nak pastikan suhu yang sama?Susu tersebut perlulah disejukkan dalam peti sejuk bahagian bawah dahulu (chill) selama 1jam untuk memastikan ia bersuhu sama dan sekata.Kemudian barulah dicampurkan ke semuanya di dalam satu bekas.
Hasil perahan setiap ibu adalah tak sama.Namun apa yang boleh dilakukan ialah siibu perlulah melakukan perahan intensif ini selama 1minggu berterusan untuk dapatkan hasil yang optimum.
Pengaliran Susu Lambat
Memang ada segelintir ibu yang mempunyai permasalahan begini.Pengaliran susu lambat dan hasil perahan tak memberangsangkan .Adakala ia disebabkan oleh beberapa faktor antaranya:
# Pemakanan Seimbang
# Pengambilan air yang tidak mencukupi
# Perasaan ibu yang tak tenang
# Kesihatan ibu yang terganggu
# Siibu terlalu keletihan
Sekiranya dalam masa seminggu para ibu sudah melakukan pengepaman intensif secara berturutan tetapi hasilnya still ditahap yang sama.Saya suggestkan si ibu boleh menambah dengan amalan set suppliment iaitu 3M..InsyaAllah dengan bimbingan yang betul dan cara pemkanan vitamin yang betul akan membantu ibu2 menjayakan misi ini..macam spy lak ea bermisi misi he2.
Moga tips ini dapat membantu para ibu yang mengalami permasalahan pam ditempat kerja,apa apa pun saya doakan moga para ibu semua bersemanagt kuat bagi menjayakan sesi penyusuan ini.
credit
disclaimer
Hubungi saya SEGERA,
Nurul Zin,
Shaklee Independent Distributor,
Shaklee ID:908082
Fanpage:Naturalvitamin.Com
Call/Sms:012-7308930
Selamat Bersuppliment,
Thursday, January 24, 2013
Banyakkan susu Ibu?..bagaimanakah caranya?
2013-01-24T15:06:00+08:00
Anonymous
tip|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)