dropdown menu!

Friday, August 2, 2013

1001 Khasiat Ulam

Bismillah..

Sebut sahaja ulam..saya pasti semua tahu apa itu ulam kan??..kalau ada yang tidak tahu,saya terangkan serba sedikit..apa itu ulam..ulam adalah sayuran atau tumbuhan yang dimakan mentah atau dicelur seketika di dalam air panas.Ada juga yang perlu direbus dahulu supaya ia sedap dimakan seperti sayur pucuk ubi dan juga ulam pucuk betik..ke dua-dua ini juga adalah favourite saya :).

Mengapa ulam dikatakan sangat berkhasiat?

Ini adalah kerana ia dimakan secara mentah atau dimasak tidak terlalu lama.Justeru,kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama iaitu kalsium,fosforus,zat besi,natrium,kalium yang terdapat dalam ulam tidak dimusnahkan oleh haba.

Ia juga dikata membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman kita.Serat memainkan peranan untuk memudahkan perkumuhan.

Contoh ULAM PUCUK BETIK walaupun pahit,tetapi ia banyak khasiat antaranya adalah:

1.Mengatasi masalah migrain
2.Merendahkan tahap kolestrol dalam darah
3.Menurunkan tekanan darah tinggi
4.Melangsingkan badan


ULAM PEGAGA,telah diiktiraf oleh WHO sebagai herba menjana kecerdasan berfikir dikalangan kanak-kanak serta dikatakan dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.


JERING,didapati mengandungi banyak zat antaranya protien,lemak,karbohidrat,kalsium,fosforus,vitamin A,B,C.Biarpun rasanya agak pahit dan berbau..ia tetap ada manfaatnya :)


PETAI,berdasarkan kajian buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protien dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain iaitu sebanyak 8% .Kandungan lain yang ada dalam petai adalah karbohidrat,air,kalsium,fosforus,zat besi,vitamin A,B1,B2 dan C.



Kesimpulannya,kita perlu jadikan amalan makan ulam ni sebagai habit kita..supaya kesannya kita nampak ketika berusia nanti :)


Semoga Bermanfaat,