dropdown menu!

Wednesday, January 23, 2013

Mengapa breastfeeding Menjadi pilihan Dihati..

Assalammualaikum..

Entry hari ni,saya just nak share sebab mengapa saya suka sangat nak breastfeeding kan anak ni..antara sebab utama adalah ia merupakan impian saya sejak anak dara lg.Saya nak merasakan saat saat manis menyusukan anak..mungkin juga ia akan menjadi pengalaman yang berharga buat saya suatu hari nanti.

Sebenarnya hendak menyusukan anak ini memerlukan semangat yang sangat kuat,bukan semua orang yang mampu melakukannya..sekarang ni alhamdullillah taqin masih lagi menyusu badan setakat ni hingga 7bulan usianya.sepanjang breastfeeding ni memang la ada suara suara yang memperlekehkan atau nak mengdownkan semangat saya berbreastfeeding ni..tapi kita kena wat tak tau je la ea he2.

Antara sebab mengapa ada yang tak setuju lau saya breastfeeding,of course sbb payah nak tinggalkan anak,susah nak buat kerja dan sebab2 lain.lau nyusukan guna botol kan senang,boleh tinggalkan kat sape2,suami pun boleh tolong jaga dan bancuhkan..tu yang saya tak nak,pada saya..anak kita hak kita..kita la yang kena menjaganye walaupun susah atau tidak..masa kecil ni la,kita perlu lebih lagi beri yang terbaik untuk anak kita..nanti dah besar saat2 ni kita akan teringat kembali...best kan?

Tapi,tak kisah itu just pendapat saya sahaja,saya faham..tak semua yang nak menyusukan anak ataupun mungkin ada yang mempunyai permasalahan sendiri.insyAllah..saya akan menyusukan anak sehingga usianya 2 tahun..sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud:

"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh,iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan"




credit gambar

So..sebab tu la saya nak sangat sangat susukan anak ni

Lau nak tahu menyusukan anak bukan sahaja memberi manfaat kepada ibu,malahan juga anak..nak tahu apa dia?tunggu next entry..

Jadi sekarang,apa keputusan anda?

Salam sayang,