dropdown menu!

Tuesday, May 14, 2013

Meroyan Ketika Berpantang?

Meroyan ketika berpantang atau di kenali sebagai kemurungan posnatum merupakan suatu penyakit yang kerap berlaku pada masa kini.Kalau dulu boleh dikatakan meroyan ni hanya 1 per 10 wanita sahaja yang menghadapinya,tetapi pada masa sekarang didapati 1 per 4 wanita menghadapinya..mengapa semakin ramai yang menghadapinya? jom check >_<

Apa yang menyebabkan meroyan atau kemurungan posnatum

1.Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu.

2.Suami yang kurung menyokong,atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan.

3.Masalah kewangan.

4.Melahirkan bayi pra matang atau kurang sihat..
-Tidak redha dengan kelahiran anak tersebut.

5.Mendapati sukar untuk menyusu badan.

6.Mengingati peristiwa-peristiwa sedih yang pernah melanda diri.


Bagaimanakah meroyan atau kemurungan posnatum dirawat?

Terapi Berbual

-Paling bagus adalah menggunakan khidmat doktor..berbincang dengan suami atau rakan rapat,saya rasa kurang membantu kot..kerana mereka sangat sukar memahami kita ketika ini.

Antidepresi

-Antidepresi bertindak dengan mengimbangkan kimia-kimia dalam otak kita. Ianya menambahkan jumlah hormon serotonin, bagi meringankan perasaan, menyenangkan tidur dan mengurangkan rasa nak marah. Antara lima hingga tujuh wanita dalam 10 yang mengambil antidepresi mendapati bahawa simptom meroyan atau kemurungan mereka menjadi reda dalam beberapa minggu selepas memulakan rawatan. Pada mula-mulanya pil-pil pertama itu tidak menunjukkan sebarang perbezaan, tetapi selepas 10 hari hingga dua minggu, anda akan merasa lebih sembuh.

Antidepresi yang paling biasa dipreskripsikan untuk meroyan atau kemurungan posnatum ialah:
  • fluoxetine (Prozac);
  • sertraline (Lustral);
  • paroxetine (Seroxat);
Ada kalanya antidepresi tidak membawa sebarang kesan. Ia mungkin mendatangkan kesan sampingan dan kadangkala bagi beberapa orang, ada berlaku dependensi, walaupun ini kurang berlaku dengan antidepresi yang tebaru.

Bagaimana kita boleh membantu diri kita sendiri dalam menghadapi meroyan ini?

1.Cuba dapatkan banyak rehat

-Tidur kalau boleh,sekiranya ada yang ingin membantu menjaga bayi kita..bagilah peluang mereka.Ini juga adalah masa yang sanagt sesuai untuk kita berehat tanpa gangguan.

2.Makan makanan yang sihat dan seimbang.

-Memandangkan tuntutan-tuntutan baru atas badan kita, nutrisi yang baik adalah amat penting. Elakkan daripada tidak makan untuk tempoh masa yang panjang. Ini akan membantu kita mengelakkan daripada tahap gula dalam darah kita menurun. Makanan menggerakkan tenaga dan sistem imunisasi kita, jadi, makanan seimbang akan menghindarkan kita daripada menjadi letih dan tidak bertenaga.

3.Buat senaman ringan.

-Senaman simple berjalan-jalan dengan bayi kita dirumah.

4.Bergaul dengan adik beradik atau ahli keluarga.

-biasanya bila meroyan akan terasa diri terasing ..so,untuk mengelak diri lagi rasa terasing..hendaklah sentiasa bergaul.

5.Bersikap baik terhadap diri sendiri.

-Jangan membebankan diri dengan perkara2 yang bukan-bukan dan yang tak pasti.Cth memikirkan suami bermain kayu tiga ketika berpantang.Sedangkan realitinya tidak begitu.
-Istighfar banyak-banyak,sebab ketika ini lah syaitan makin suka mengganggu.

Selain itu,para ibu yang berpantang PERLU mengambil berat tentang pengambilan B-COMPLEX bagi mengelakkan berlakunya meroyan ini.


Ini adalah kerana,B Complex lengkap dengan 8 jenis vitamin B untuk kesihatan saraf dan juga anti-stress.Kebiasaan bagi ibu berpantang akan mengalami sedikit tekanan perasaan yang jika tak dibendung boleh membawa kepada meroyan. Berada dalam keadaan tertekan juga boleh memberi kesan kepada susu badan.


disclaimer

Ingin mendapatkan PRODUK ini dengan harga ISTIMEWA :)

Hubungi saya SEGERA,

Nurul Zin,
Shaklee Independent Distributor,
Shaklee ID:908082
Fanpage:Naturalvitamin.Com
Call/Sms:012-7308930


Selamat Bersuppliment,