dropdown menu!

Friday, September 27, 2013

Saya,Breastfeeding Dan Shaklee


Saya Mama Taqin pengedar sah produk shaklee.Saya juga pengguna produk shaklee terutama "SET BREASTFEEDING iaitu SET 3M" dan sangat berpuas hati dengan keberkesanannnya,sehingga kini saya masih lagi mampu menyusukan bayi saya yang berusia 1 tahun 3 bulan tanpa sebarang masalah..alhamdulillah..Atas dorongan ingin berkongsi kebaikan dengan komuniti luar..maka,terbina la blog ini :).

PENGALAMAN  SAYA
==================

Ini sedikit cerita mengenai saya,breasfeeding dan Shaklee.Seperti para ibu di luar sana,saya juga  ingin memberikan yang terbaik kepada anak saya ketika sesi penyusuan…di samping inginkan lebih kecergasan dan sihat maka saya pilih SHAKLEE sebagai supplement  saya.Pada permulaan,saya seperti orang lain jugak..berfikir-fikir,adakah berbaloi sekiranya saya mengambil set ini,walaupun dalam hati ketika itu,meluap-luap sangat ingin mencuba.

Jadi,saya google cari seberapa banyak info mengenai produk ini terutama mengenai sejarah tentang penubuhannya,berapa  lama  syarikat ini bertahan (ni untuk memastikan bahawa,produk ini masih relevan dan sangat bagus kualitinya),sijil halal (paling penting),KKM dan detail-detail lain.Hasil pencarian itu,adalah seperti gambar di bawah (contoh):





Kemudian saya search pula mengenai testimoni untuk set breasfeeding ini.Memang menakjubkan,sangat ramai yang sudah mencuba dan rata-rata yang telah mencuba memberi feedback yang sangat positif.Dengan keyakinan yang sangat kuat dan bukti yang jelas.Maka,jadilah saya sebagai pengguna produk ini.

Alhamdulillah,setelah saya mencuba set 3M ini sendiri..maka,terbuktilah apa yang diceritakan oleh testimoni  itu adalah benar sama sekali.Sebelum pengambilan produk ini,saya memang rasa teramat-amat letih oleh dek kerana tidur yang tidak menentu dan juga anak yang sering sahaja nak melekat sahaja (mengempeng) dan anak juga tidur kejap-kejap.Oleh kerana faktor tersebut,jadilah saya seorang yang stress,lemah,lesu dan kurang bertenaga.

Setelah beberapa bulan..saya mengambil set ini,tidur saya semakin lena,anak saya pula kurang meragam dan yang paling best nyenyak tidur hingga ke pagi ..dan yang paling penting,suami  tak de la tengok lg muka yang layu je semacam haha.Paling ketara,sistem pelawasan semakin lancar..kalau tidak berhari-hari tak membuang..Apa yang best tentang produk ini adalah ia memberi  kesemua vitamin perlu kepada ibu menyusu..ia merangkumi  vitalea,b-complex,ostematrix,esp,alfafa dan vita c.


Setelah mendapat manfaat yang  ketara dari pengambilan produk shaklee.Kini, dengan rasminya saya adalah pengedar sah Shaklee anda. 


Bagi pembaca semua..apa yang penting di sini,saya ingin tekankan.. apa yang penting bagi saya adalah kepuasan pengguna di atas segala perkhidmatan yang saya berikan dan juga konsultasi berterusan kepada pengguna yang membeli produk dari saya.Oleh sebab itu,saya akan cuba sedaya upaya memberikan konsultasi yang terbaik kepada bakal pelanggan/pelanggan saya dan memberi pelbagai maklumat yang berinformasi untuk rujukan dan panduan bersama.

Tambahan pula,saya menceburkan diri dalam bidang ini adalah untuk jangka masa yang panjang..Anda tak perlu risau sekiranya saya "hilang" secara tiba-tiba.Pengguna yang tidak puas hati dengan perkhidmtan yang diberikan akan merosakkan reputasi saya.

Terima kasih,kerana membaca :)

Ingin mengenali saya dengan lebih dekat-->>Nurul Zin
Sila singgah ke kedai saya di sini-->>Naturalvitamin.Com
Ada sebarang persoalan -->> nurul.mohamadzin@gmail.com





Selamat Bersuppliment,