Kita sebagai seorang wanita pasti risau sekiranya lewat didatangi haid.Bagi kita yang sudah berkahwin,mungkin beranggapan bahawa lewat datang haid adalah disebabkan kehamilan.Tetapi,ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid anda lewat.Kemungkinan punca lewat datang haid adalah seperti di bawah:
1.TEKANAN
Tekanan dalam bentuk fizikal atau emosi boleh mempengaruhi hormon kita dan seterusnya kedatangan haid ,Apabila kita stress,maka badan akan menghasilkan hormon stress yang boleh mengganggu evolusi dan seterusnya memberhentikan haid kita.
2.MASALAH KESIHATAN
Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas,menjalani pembedahan ataupun sakit yang memerlukan rawatan intensif akan memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan akan mengganggu kedatangan haid kita.
3.UBATAN
Mungkin anda baru mencuba jamu,ataupun intensif untuk menguruskan badan,Jika ya,kemungkinan besar ia adalah punca anda lewat datang haid.
4.BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN
Hormon Prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan kedatangan haid kita lewat.Sekiranya,merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala,berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar kita mengalami masalah hyperprolatinemia.
5.MENYUSU BADAN
Memang kebanyakan ibu menyusu secara eksklusif akan tidak datang bulan mungkin selama berbulan-bulan.
6.MASALAH TIRIOD
Berdebar-debar,rasa panas dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin tanda-tanda akan menghidap penyakit tiriod.Hendaklah terus berjumpa doktor sekiranya berlaku symptom di atas dan diiringi dengan lewat kedatangan haid ataupun hanya keluar sedikit.
7.KEGEMUKAN
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak seimbangan hormon dalam badan,kerana ia menjadi tempat menyimpan hormon estrogen.Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid kita terganggu dan menjadi punca lewat kedatangan haid.Jadi,cubalah untuk mengurangkan 10% berat badan dan kemungkinan besar haid akan kembali normal.
8.TERLALU KURUS
Tidak cukup lemak dalam badan juga akan menjadi faktor lewat kedatangan haid.
9.TERSILAP KIRA
Masalah ini juga kerap terjadi.Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka.Asal ia dalam kitaran 21-35 hari ia ada;ah normal.Pastikan buat catatan dalam nota..
10.MONOPAUS
Bagi mereka yang lewat 40an,mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda monopaus.Berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan,ujian darah atau pap smear.
11.PENCEGAH KEHAMILAN
Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti
depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat
datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi
seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!
12.Hamil
Akhirnya,
sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.
Semoga manfaat..
Salam Sayang,
Monday, September 30, 2013
Sebab Mengapa Haid Anda Lewat
2013-09-30T02:23:00+08:00
Anonymous
Info|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)