Hari ni,saya ingin berkongsi satu artikel yang saya baca iaitu mengenai tip gaya hidup sihat cara hinohara.Anda pasti tertanya-tanya kan? siapa dia itu hinohara,sehinggakan tip gaya hidup beliau dijadikan panduan...tanpa membuang masa,jom,kita kenali beliau..
Nama sebenar beliau ialah Dr Shigeaki Hinohara dan berasal dari jepun.Menariknya tentang beliau ini adalah,beliau masih lagi berusia panjang iaitu berusia 101 tahun dan telah berkhidmat sebagai doktor dan pengajar perubatan selama 97tahun..anda bayangkan 97tahun,sangat lama kan?.dan paling menakjubkan adalah,beliau merupakan doktor yang telah berkhidmat terlalu lama di dunia.Beliau juga,telah banyak memberi khidmat nasihat dan petua tentang gaya hidup sihat.Semua petua dan nasihat beliau itu telah termuat dalam 150 buah buku yang telah ditulisnya sejak berumur 75tahun,termasuk buku terkenal yang berjudul "LIVING LONG,LIVING GOOD" yang telah berjaya dijual lebih daripada 1.2 juta salinan.
Antara 15 petua atau tip dan pemikiran beliau bagi mengamalkan cara hidup sihat dan seterusnya panjang umur adalah:
1.Tenaga datang daripada rasa bahagia atau seronok bukannya dari makanan yang baik atau tidur yang banyak.Bayangkan semasa zaman kanak-kanak,kita seronok bermain sehinggakan lupa hendak makan dan minum.Keadaan seperti ini juga boleh diguna oleh orang dewasa .Jangan bebankan diri kita dengan peraturan-peraturan yang ketat dan banyak,seperti masa tertentu untuk makan tengahari dan lain-lain..sehingga tidak ada fleksibiliti.
2.Semua orang yang panjang umur tidak kira bangsa,jantina,umur,agama dan sebagainya .Selalunya berkongsi satu perkara iaitu TIDAK GEMUK dan mempunyai berat badan yang ideal.
Bagi menjaga berat badan,BELIAU mengamalkan cara pemakanan berikut:
SARAPAN PAGI
Minum kopi,segelas susu dan sedikit jus oren dengan campuran sedikit minyak zaitun.Minyak zaitun sangat baik untuk arteri dan kulit yang sihat.
MAKAN TENGAHARI
Susu dan beberapa keping cookies,atau tidak makan langsung kalau dia terlalu sibuk dengan kerja.Dia tidak pernah rasa lapar kerana fokusnya hanya pada kerjanya.
MAKAN MALAM
Sayur sayuran,sedikit ikan dan nasi dan 2 kali seminggu dia akan makan lebih kurang 100g daging tanpa lemak.
3.Selalu buat perancangan awal bagi jadual kerja dan aktiviti harian untuk tempoh setahun,bagi memastikan jadual kerja yang sistematik,licin dan tidak ada satu aktiviti pun yang tinggal.
4.Tidak pperlu bersara awal.sekiranya,masih lagi mampu bekerja,jika hendak bersara..bersaralah ketika berusia 65tahun.
5.Kongsi apa yang anda tahu dengan orang lain,samada dengan mengajar,menulis memberi kursus dan sebagainya.
6.Apabila anda sakit dan doktor ada mengesyorkan supaya dibuat pembedahan,anda tanya doktor tersebut sama ada dia akan mengesyorkan yang serupa kepada anak dan juga isterinya.
Doktor tidak mampu mengubati dan menyembuhkan setiap orang.Jadi,kenapa kita perlu melalui kesakitan pembedahan tersebut.
Beliau percaya bahawa,terapi muzik dan terapi haiwan sangat membantu berbanding pembedahan.
7.Untuk sentiasa sihat,selalulah menggunakan tangga dan bawa barang-barang sendiri.Langkah setiap 2 mata tangga dapat membantu pergerakan otot yang sihat.
8. Inspirasi Dr. Hinohara ialah puisi Robert Browning “Abt Vogler“. Dia berkata: “It encourages us to make big art, not small scribbles. It says to try to draw a circle so huge that there is no way we can finish it while we are alive. All we see is an arch; the rest is beyond our vision but it is there in the distance.“
9. Kesakitan adalah misteri dan rasa seronok adalah cara terbaik untuk melupakan kesakitan. Contohnya, kanak-kanak yang sakit gigi, apabila kita bermain “game” yang disukai bersamanya, ia akan cepat melupakan kesakitannya kerana leka dan seronok bermain. Serupa juga bagi orang dewasa, lakukan sesuatu yang menyeronokkan dan membahagiakan supaya kesakitan yang ditanggung tidak terasa.
10. Jangan terlalu terpesona dengan sesuatu benda yang anda lihat kerana benda tersebut tidak boleh anda bawa ke tempat baru.
11. Hospital mestilah direkabentuk dan bersedia untuk menerima pesakit dan mangsa bencana alam yang tidak dijangka.
12. Sains sahaja tidak dapat mengubat, menyembuh atau membantu manusia. Sains hanya dapat menyatukan semua pakar perubatan untuk bekerjasama tetapi sakit ditanggung oleh individu. Setiap orang adalah unik dan penyakit adalah berkait rapat dengan hati nurani masing-masing. Bagi mengetahui sakit seseorang dan ingin membantunya, doktor bukan sahaja memberi ubat tetapi juga perlu gunakan seni merawat pesakit supaya pesakit rasa selesa dan selamat, dan ini dapat membantu memulihkan penyakit dengan cepat.
13. Kehidupan penuh dengan peristiwa yang kadang-kadang tidak dijangka atau disangka, jadi hadapilah dengan sebaik-baiknya.
14. Cari idola atau seseorang yang boleh dijadikan contoh atau ikutan, dan tetapkan matlamat dengan tempoh masa tertentu untuk mencapai kejayaan sebagaimana yang telah dicapai oleh idola tersebut. Seboleh-bolehnya cuba capai kejayaan yang lebih baik daripada apa yang telah dicapai oleh idola anda.
15. Dr. Hinohara seronok hidup lama. Sehingga umur 60 tahun, beliau menumpukan kehidupannya terhadap keluarga dan kerjayanya dengan bekerja keras untuk mencapai cita-citanya. Selepas umur 60 tahun, beliau mula menumpukan kehidupannya terhadap kerja-kerja kebajikan dalam masyarakat sebagai sukarelawan. Pada umur yang lanjut, beliau masih seronok melakukan kerja-kerja amal 18 jam sehari dan 7 hari seminggu. Ini bermakna, seluruh sisa-sia hidupnya hanya untuk kerja-kerja amal.
Semoga bermanfaat dan hidup kita lebih sihat dan bahagia :)
Salam sayang,