Assalammualaikum..
Bagi ibu yang hamil,kesihatan tubuh badan adalah sangat penting bagi memastikan si ibu sentiasa bertenaga dan sihat.Begitu juga,bagi bayi yang dikandunginya,sekiranya siibu hamil mengalami pelbagai masalah seperti tekanan perasaan ataupun kemurungan sudah pasti,ianya juga akan menjejaskan perkembangan bayi di dalam kandungan.
Di sini,saya ingin berkongsi sedikit tip meningkatkan kesihatan bayi dalam kandungan.Agar sianak mendapat kesihatan yang baik daripada aktiviti yang dilakukan oleh ibu itu sendiri.
BERCAKAP DENGAN BAYI
Ambil masa untuk tenang dan bercakap-cakap perkara positif kepada bayi dalam kandungan.ia akan membantu bayi anda,turut berasa tenang dan positif.
AMBIL MASA UNTUK TIDUR
Tidur juga akan membantu ibu hamil mengurangkan perasaan stress,yang boleh memberi kesan negatif kepada bayi. Bagi saya juga,ia adalah satu cara yang sangat-sanagt berkesan ketika melalui saat kehamilan.Boleh juga meletakkan pewangi bilik aroma levender..untuk lebih merasa ketenangan.
BERHUBUNG
Menjalin perhubungan dengan rakan-rakan hamil yang lain,untuk berkongsi pelbagai pengalaman,tip dan sebagainya.Ia akan membentuk satu sokongan yang positif. Dimana,anda akan mendapat sokongan yang penuh dari rakan sealiran..secara tidak langsung, akan menghasilkan cas positif dalam diri kerana tidak berasa keseorangan ketika melalui saat kehamilan.
MENYANYIKAN LAGU ATAU MENGAJI UNTUK BAYI ANDA
Ia bukan sahaja membantu anda untuk berehat,tetapi membantu juga bayi anda untuk mengenali suara anda dan juga membantu bayi anda untuk tenang.
MEBUAT SESUATU YANG KREATIF
Melakukan aktiviti melukis,menulis,mengecat,memasak hidangan yang baru ataupun aktiviti yang anda minat. Ini bagi menghargai dan memupuk sikap positif dalam diri anda untuk menjadi ibu yang lebih baik.
Ok,setakat ini sahaja untuk arini :)
Semoga bermanfaat,
Salam sayang,
Tuesday, October 8, 2013
5 Tip meningkatkan Kesihatan Bayi Dalam Kandungan
2013-10-08T10:00:00+08:00
Anonymous
tip|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)