Assalammualaikum..
Hari ini,saya ingin berkongsi tip cara meneran semasa bersalin yang saya guna pakai ketika waktu hendak bersalin,setahun yang lalu :).Ianya sangat-sangat berkesan bagi saya ketika itu,Saya dapat tip ini pun dari mana..saya dah lupa he2.Harap dapat membantu bakal ibu diluar sana ea...
Apa yang para ibu perlu lakukan :
1.Angkat kepala,dagu cecah dada.
2.Mata pandang perut.
3.Tangan pegang bahagian kaki yang berhampiran buku lali
4.Masa meneran jangan mengeluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tidak kuat.
5.Masa meneran tu,jangan sesekali angkat punggung.Kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina.
6.Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam hendak membuang air besar tanpa blow nafas anda..teran sekuat daya anda selama yang boleh dan curi nafas kemudian sambung teran.Tiap kontraksi cuba 3 kali.Time kontraksi je push sebab masa itu,baby pun gerak sama.Jadi,jangan membuang masa ada kontraksi terush push macam cara-cara yang telah diberitahu tadi.Tiada kontraksi,releks.
7.Baca bismillah dan selawat.
8.Tip tambahan:Kongsi tip ini bersama suami,supaya dapat mengingatkan and,Mungkin masa itu,anda akan terlupa kerana menahan sakit.
Semoga bermanfaat,
Salam Sayang,
Wednesday, October 2, 2013
Cara Meneran Semasa Bersalin
2013-10-02T01:50:00+08:00
Anonymous
tip|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)