dropdown menu!

Wednesday, October 9, 2013

Nutrisi Untuk Ibu Hamil Kembar Kekal Cergas

Assalammualaikum..

Bagi ibu yang hamil,makan makanan yang seimbang semasa mengandung adalah salah satu perkara yang paling penting yang kita boleh lakukan untuk bayi kita. Bagi kehamilan kembar pula risiko komplikasi adalah sangat tinggi. Tetapi, jika kita dapat menjaga kesihatan diri dan juga mengikuti segala nasihat doktor. InsyaAllah, proses kehamilan kembar kita dan juga ketika proses bersalin akan berjalan lancar.


                                                                       imej google

Apa yang paling penting adalah mengikuti saranan di bawah:

Sebagai seorang ibu hamil, sudah semestinya berat badan kita akan bertambah. Tetapi, bagaimana kita hendak mengetahui berat badan kita adalah normal dan sihat?. Apabila kita melalui saat kehamilan kembar, ia semakin sukar untuk kita menentukan keseimbangan nutrisi yang kita ambil dan adakah ianya mencukupi untuk kandungan kembar kita.

Sebenarnya, kita memerlukan lebih kalori setiap hari untuk menampung nutrisi bayi kita.Untuk ibu hamil seorang anak, keperluan kalori yang dicadangkan adalah sekitar 300 kalori/hari.Bagi kehamilan kembar pula, kalori yang perlu kita ambil adalah lebih daripada ibu hamil seorang anak.Iaitu pertambahan sebanyak 1000 kalori.Tetapi, kita perlulah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui status kesihatan kita dahulu.

Berapa banyak makanan yang perlu kita makan adalah bergantung kepada berat badan kita ketika sebelum hamil adakah terlalu ringan ataupun berat.Kemudian kita perlu tentukan plan kalori yang mana kita perlu ambil.Jika, kita adalah kurus plan kalori kita adalah berbeza dengan mereka yang mempunyai masalah berat badan yang berlebihan.

Secara umumnya,kita boleh mengambil kalori antara 2700 dan 4000 kalori setiap hari.Bergantung kepada berat kita sebelum hamil.Tetapi, perlu diingatkan sekali lagi kita perlu jumpa doktor bagi mengetahui berapa kalori yang sesuai untuk kita ambil.

Kita sudah mengetahui bahawa,seorang ibu hamil kembar memerluikan vitamin dan mineral tambahan.Tetapi, itu tidak bermakna jumlah vitamin dan mineral yang perlu diambil adalah 2x ganda.Apa yang penting adalah pengambilan asid folik boleh mencuba vitalea dan b-complex bagi mengelak kecacatan pada bayi dan elak stress bagi siibu,kalsium yang mengandungi vitamin D boleh mencuba ostematrix yang serba lengkap untuk menjadikan siibu tido lena,elak sakit pinggang,lenguh-lenguh badan dan sebagainya,zinc, boleh mencuba zinc complex,vitamin c boleh mencuba chew vita c 100mg dan zat besi.

Kebanyakan ibu hamil  juga akan sering mengalami anemia , oleh itu perlulah sentiasa pergi ke klinik untuk check HB dan mencuba produk untuk anemia.

Kesimpulannya,ibu hamil kembar perlulah sentiasa berfikiran positif,menjaga kesihatan diri dan juga sentiasa berhubung dengan doktor bagi memastikan siibu dan anak di dalam kandungan sentiasa sihat dan cergas.






Set ini juga sesuai untuk ibu hamil kembar :)

Ingin KEKAL CERGAS DAN BERTENAGA?

Hubungi saya SEGERA,

Nurul Zin,
Shaklee Independent Distributor,
Shaklee ID:908082
Fanpage:Naturalvitamin.Com
Call/Sms:012-7308930


Selamat Bersuppliment,