Assalammualaikum...
Hari ni..saya hendak berkongsi sedikit
info mengenai keputihan,yang kemungkinan besar dialami oleh wanita di luar
sana.Samada ianya keputihan yang berpenyakit ataupun tidak ia bergantung kepada
ciri dan warna lelehan yang keluar saat keputihan itu berlangsung.Namun,perlu
kita ketahui bahawa tidak semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda
penyakit.
Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan
yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh kulat. Ini
termasuklah wanita hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik,
pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan
masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan
lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.
1. Jernih
1. Jernih
Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu sebur atau apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stres. malah, keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.
2. Putih
Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk. malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda menderita jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.
3. Putih Pekat
Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamanya ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.
4. Coklat
Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.
5. Merah muda
Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul saat anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.source
Manakala,petua yang boleh dicuba untuk
mengatasi masalah keputihan adalah:
CARA PERTAMA
1.Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.
2.Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga
tadi bersama 2 gelas air bersih.
3.Masukkan sedikit garam kedalam air
rebusan itu.
4.Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga
sejuk.
5.Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda
tapislah air rebusan itu.
6.Minum air tersebut 2 kali sehari.
7.Amalkan sehingga masalah keputihan
dan rasa gatal itu sembuh.
CARA KEDUA
1.Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.
2.Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.
3.Ramas kesemua daun sireh tadi
bersama-sama air suam tadi.
4.Tapislah air tersbut.
5.Gunakan air tapisan untuk mencuci
bahagian alat sulit anda.
6.Selain dapat menghilangkan rasa gatal
dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.
7.Lakukan sehingga anda dapat mengatasi
masalah keputihan yang dialami.
Perhatian:Petua traditional ini hanyalah alternatif untuk
rawatan yang didapati dari orang-orang tua terdahulu. Bagaimanapun anda dinasihatkan
berjumpa dengan doktor supaya tidak ada kesan sampingan dikemudian hari
Jika,ingin mencuba petua ini,tetapi
agak sukar untuk memperoleh daun-daun ini,terutama kita yang duduk di
bandar.Bolehlah mencuba alternatif lain iaitu mengamalkan ALFAFA COMPLEX.
Apa yang bagusnya alfafa complex
ini,sehingga dapat membantu mengurangkan dan membebaskan wanita dari masalah keputihan.Sebenarnya di dalam
alfafa,mengandungi vitamin k yang berperanan untuk membantu bakteria baik untuk
melawan bakteria jahat yang menghasilkan keputihan .Itulah antara sebab,mengapa
alfafa complex ini bagus untuk mengatasi masalah keputihan.
Lagi best tentang alfafa ini ialah,ia
juga baik untuk masalah bau badan,sebagai perapat,milkbooster dan pelbagai lagi
manfaat lain.
Semoga perkongsian ini,dapat membantu
serba sedikit menyelesaikan permasalahan wanita di luar sana :)
Ingin BEBAS DARI KEPUTIHAN?
Hubungi saya SEGERA,
Nurul Zin,
Shaklee Independent Distributor,
Shaklee ID:908082
Fanpage:Naturalvitamin.Com
Call/Sms:012-7308930
Selamat Bersuppliment,