dropdown menu!

Friday, March 15, 2013

G6PD Makanan Yang Perlu Elak

Semalam saya ada share mengenai Apa itu G6PD dan G6PD Deficiency? ,diharapkan para ibu sudah memahami serba sedikit tentang penyakit ini dan mengelakkan apa yang telah dilarang di entry tersebut.Seperti yang dijanjikan semalam,hari ini saya akan syer sedikit lagi mengenai G6PD makanan yang perlu elak.

Beberapa makanan yang umum yang dikatakan tidak boleh diambil oleh G6PD deficiency ialah:

Kacang parang dan kacang lain (LEGUM)

Hemolisis peringkat rendah sangat sukar untuk mengesan dan boleh menyebabkan masalah lain,jadi kami cadangkan mengelakkan semua kekacang.


Sulfida

Makanan yang mengandunginya..Sulfida digunakan dalam pelbagai makanan.So,sebelum membeli pastikan baca label terlebih dahulu.

Menthol

Makanan yang mengandunginya..Menthol juga digunakan dalam pelbagai barangan dan makanan seperti ubat gigi,gula gula getah dan lain2.

Pewarna makanan

Pewarna makanan juga boleh menyebabkan hemolisis.

Vitamin K

Sebagai langkah berjaga-jaga,sebarang suppliment vitamin k..perlu mintak pandangan doktor jika hendak mengambilnya..

Tonik Air

Mengandungi kina,yang menyebabkan hemolisis bagi pesakit.

Beberapa tumbuhan cina

Khususnya Rhizoma Coptidis (huang lien),Kalkulus Bovis (huang neu),Flos Lonicerae (kam fa ngan) dll



Semoga Bermanfaat ,