Hari ini,merupakan hari pertama para pelajar tingkatan 5 menduduki peperiksaan SPM.Ianya juga adalah penentu masa depan pelajar pelajar ini.Semoga berkat dari ilmu yang telah dicurahkan dapat diadaptasi semasa di dalam dewan dengan diiringi doa ibu bapa dan para guru.
Saya juga turut merasai bagaimana berdebarnya perasaan mereka ketika ini, walaupun telah 11 tahun berlalu.Berpeluh di dahi ketika saat masuk ke dewan peperiksaan itu sudah semestinya :) .InsyaAllah dengan doa dan tip hilangkan gemuruh ketika didewan peperiksaan yang akan saya beri ini akan membantu menghilangkan debaran didada.
Tip Hilangkan Rasa Gemuruh
=====================
1. Beri
semangat pada diri sendiri melalui kata-kata “aku boleh”.
Kita tak
tenang sebelum memulakan peperiksaan sebab kita tak tahu apa yang akan kita
jumpa nanti dalam kertas soalan. Kita jadi takut. Untuk nak tenang sebelum
peperiksaan bermula, buang ketakutan sedikit demi sedikit dengan memberi
kata-kata semangat, mengatakan yang Anda boleh jawapan soalan tu satu persatu.
Katakan pada diri Anda, “aku boleh buat” atau “aku boleh jawab dengan baik,aku
boleh, aku boleh!”.
2. Gunakan
mindset berani gagal.
Bila Anda
berani gagal dan menanam sikap berani gagal, rasa gementar dan gugup itu akan
hilang perlahan-lahan berganti dengan keberanian. Setelah kita buang ketakutan,
gantikannya cepat-cepat dengan mentaliti berani gagal, berani mendepani apa jua
yang akan terjadi. Anda akan bersemangat tiba-tiba. Ramai dari kita gementar
saat menghadapi peperiksaan sebab kita mendepani sesuatu yang tak pasti dan
kita takut tak ‘perform well’ ketika menjawap soalan peperiksaan.
3. Bayangkan
ketenangan diri Anda semasa menjawap kertas soalan.
Fokus pada
menikmati ketenangan supaya kita dapat menghilangkan kegugupan. Tarik nafas
dalam-dalam, hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat saat perasaan Anda mulai
gusar. Teknik pernafasan ini membuat Anda tenang, menghilangkan gemuruh serta
bagus untuk menghalang ‘mental black’. Idea-idea untuk menjawap soalan
peperiksaan akan lancar mengalir apabila kita tenang.
4. Jika Anda
sudah belajar dan bersedia, tidak ada sebab untuk Anda ‘nervous’.
Biasanya,
kita gusar sebelum memulakan menjawab peperiksaan sebab kita rasa kita tak
cukup bersedia hendak menjawab soalan peperiksaan tersebut. Bila kita sudah
belajar, sudah mengulangkaji dan bersedia menjawab soalan yang akan keluar
nanti biasanya kita tidak akan gugup. Biasanya kita akan konpiden. Lainlah
kalau persiapan last minit, memang gemuruh punya.
Bila sudah
belajar dan sudah menelaah sehabis baik, kita tidak akan sabar untuk melihat
apa yang ada di dalam kertas soalan tu. Kita tak sabar nak merasa ‘thrill’nya
menjawab soalan.
Kita tak
akan rasa gementar langsung, bahkan tak sabar nak ‘mengerjakan’ kertas soalan
dengan jawapan-jawapan yang sudah sedia tersemat di minda kita. Jika sudah
belajar, sepatutnya kita rasa yakin menjawap apa jua yang akan ditanya dalam
kertas soalan peperiksaan.
5. Ingat
wajah-wajah kesayangan Anda.
Setiap dari
kita pasti ada orang yang kita sayangi. Jika bukan ibu, bapa atau adik beradik
kita, mungkin wajah kekasih hati kita. Cinta dapat mewujudkan ketenangan
walaupun Anda berada dalam suasana yang penuh dengan tekanan seperti waktu
menghadapi peperiksaan.
Ingat dan
bayangkan wajah-wajah kesayangan Anda, hadirkan rasa kecintaan yang mendalam di
hati Anda untuk membuat Anda tenang, bebas dari rasa gemuruh. Niatkan
perjuangan Anda belajar ni adalah untuk mereka.
Jika
dipandang dari aspek positif, rasa gemuruh atau rasa tidak tenang sebelum
menjawap peperiksaan sebenarnya tindakan hormon adrenalin yang dirembes oleh
tubuh kita sebagai signal biologi untuk membuat kita bersedia dari segi emosi.
Apabila kita
teringat seseorang yang kita cintai, serta merta tubuh badan kita merembes satu
jenis bahan kimia yang akan meneutralkan hormon adrenalin, lantas membuat
debaran kita menjadi perlahan, semakin perlahan lalu menghilang sedikit demi
sedikit. Itulah penangan cinta.
6. Ingat
masa depan Anda.
Hilangkan
rasa gemuruh dengan membayangkan masa depan Anda. Kita mengambil peperiksaan
supaya kita lulus dalam akademik yang akan menentukan masa depan kita.
Bayangkan
cara hidup yang kita nak nikmati, bayangkan yang Anda dah ada jawatan tetap,
dah ada rumah sendiri, kereta sendiri atau perniagaan sendiri. Bayangkan selalu
supaya rasa gugup bertukar menjadi rasa bersemangat ingin buat yang terbaik
sebab Anda nak melakar masa depan yang cemerlang pada hari ini.
Salam sayang,