dropdown menu!

Thursday, November 7, 2013

Khasiat Dan Kelebihan Timun Untuk Kesihatan

Perkongsian yang sangat menarik dari blog famous Nisa Kay.Timun yang kita sedia maklum digunakan dalam menu seperti nasi lemak,rojak,laksa,nasi kerabu,ulam-ulaman,acar dan sebagainya.Tapi,tahukah kita sebenarnya timun mempunyai banyak khasiat dan kelebihan untuk kesihatan kita.Selepas membaca info ini,saya pasti timun akan menjadi salah satu ulaman kegemaran pembaca :).

Jom baca,apa manfaatnya:



1.TIMUN BERFUNGSI UNTUK MENGHIDRAT TUBUH

Tahukah anda,timun mengandungi 90% kandungan air.Jadi,bagi mereka yang tidak sempat hendak minum air dan selalu tergesa-gesa,bolehlah makan timun yang sejuk.Prepare awal dalam peti sejuk..bila hendak makan boleh terus ambil sahaja.

2.MELAWAN SUHU PANAS

Melegakan pedih hulu hati dengan memakan timun.Tak pun makan timun  untuk melegakan tubuh badan semasa demam panas.Kalau kulit pedih-pedih terkena cahaya matahari,bolehlah cuba kisar timun dan sejukkan.Lepastu,letakkan bahagian yang kulit pedih itu.InsyaAllah ianya berkesan.

3.MENYINGKIRKAN TOKSIN

Kandungan air dalam timun ini boleh berfungsi untuk menyingkirkan sisa buangan dalam tubuh badan kita.Kerap makan juga boleh membantu untuk melarutkan batu karang.Wah!,saya baru tahu tip ini..sangat berguna.

4.MENYEGARKAN MATA

Yang ini,saya pasti semua wanita pernah mencuba :).Ia berfungsi untuk menyegarkan mata dan juga menghilangkan gelap bawah mata.Tapi,kena rajin buat selalu lah.

5.MELAWAN KANSER

Timun mengandungi secoisolariciresinol,lariciresinol dan pinoresinol.Ianya merupakan satu sebatian semulajadi dan ada kaitan kuat dengan lignan yang mampu mengurangkan risiko kanser.Contohnya kanser ovari,kanser payudara dan kanser rostat.

6.BERTINDAK SEBAGAI PENYEGAR MULUT

Jus timun dapat merawat gusi.caranya adalah dengan mengambil beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit.Fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau.

7.BUAH PINGGANG BERADA DALAM KEADAAN BAIK

Timun juga mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh kita sekaligus mampu memastikan buah pinggang sentiasa berada dalam keadaan baik.Tapi,pastikan timun menjadi menu makanan harian kita la.



Kalau saya tidak membaca diblog ini..mungkin saya tidak akan mengetahui lebih banyak manfaat timun ini, selain dari untuk menyegarkan mata.

Ok,saya nak sambung kejap melihat gambar photoshoot blogger muda ini..padanan pakaian mix + match Nisa Kay sangat menarik perhatian saya he2.


Salam sayang,