dropdown menu!

Thursday, October 31, 2013

Ayam Bakar Madu

Raya haji haritu,saya balik lah kampung..belek-belek majalah wanita mak..terjumpalah resepi ni..terliur saya dibuatnya.Nak buat belum ada mikrowave he2.Tidak mengapa saya kongsi di sini dan saya jadikan koleksi saya.Jadi,bila-bila masa,saya boleh mencubanya..rakan-rakan yang menjengah blog saya..boleh mencuba ea..Selamat mencuba :)

                                                                     Ihsan google

BAHAN-BAHAN
=============

1 ekor ayam dipotong

BAHAN-BAHAN DIKISAR
=====================

10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh kicap
1 sudu teh lada putih
3 butir buah keras
3 sudu madu
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAANNYA
====================

1.Kisar semua bahan 
2.Campurkan madu ke dalam bahan yang dikisar
3.Lumurkan ayam dengan bahan yang dikisar
4.Perap ayam semalaman.
5.Dibakar

Senang sahaja kan? Boleh la mencuba :)

Salam sayang,



Wednesday, October 9, 2013

Puding Roti Resepi Mudah Minum Petang

Assalammualaikum..

Petang-petang begini saya hendak berkongsi satu resepi yang tersangat simple..kalau sudah ada bahan ni,memang sepantas kilat saya buat he2. Sangat mudah dan menjimatkan masa. Petang-petang kalau duduk berborak dengan kawan-kawan tu, boleh la menjamu mereka dengan hidangan ni. Tapi, dengan syarat jangan bergosip pulak ea he2


BAHAN-BAHAN
---------------------

500ml susu segar/fresh milk
10 keping roti (roti gardenia/high 5)
2 sudu besar buah campur @ kismis
150ml yogurt perisa buahan
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
1biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

CARA-CARANYA
----------------------

1.Koyakkan roti dan rendam dalam susu selama 1/2jam.
2.Kacau dan gaul rata semua bahan.
3.Tuangkan kedalam loyang yang telah disapu majerin.
4.Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 30minit atau sehingga masak.
5.Tuangkan yogurt berperisa buahan di atas puding semasa menghidang.

Nota:Yogurt juga boleh digantikan dengan ais krim coklat/vanilla/cream coklat.Boleh juga dihidangkan dengan fruite koktail.

Nantikan resepi yang lain dari saya ea :)

Selamat minum petang,

Salam sayang,

Nutrisi Untuk Ibu Hamil Kembar Kekal Cergas

Assalammualaikum..

Bagi ibu yang hamil,makan makanan yang seimbang semasa mengandung adalah salah satu perkara yang paling penting yang kita boleh lakukan untuk bayi kita. Bagi kehamilan kembar pula risiko komplikasi adalah sangat tinggi. Tetapi, jika kita dapat menjaga kesihatan diri dan juga mengikuti segala nasihat doktor. InsyaAllah, proses kehamilan kembar kita dan juga ketika proses bersalin akan berjalan lancar.


                                                                       imej google

Apa yang paling penting adalah mengikuti saranan di bawah:

Sebagai seorang ibu hamil, sudah semestinya berat badan kita akan bertambah. Tetapi, bagaimana kita hendak mengetahui berat badan kita adalah normal dan sihat?. Apabila kita melalui saat kehamilan kembar, ia semakin sukar untuk kita menentukan keseimbangan nutrisi yang kita ambil dan adakah ianya mencukupi untuk kandungan kembar kita.

Sebenarnya, kita memerlukan lebih kalori setiap hari untuk menampung nutrisi bayi kita.Untuk ibu hamil seorang anak, keperluan kalori yang dicadangkan adalah sekitar 300 kalori/hari.Bagi kehamilan kembar pula, kalori yang perlu kita ambil adalah lebih daripada ibu hamil seorang anak.Iaitu pertambahan sebanyak 1000 kalori.Tetapi, kita perlulah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui status kesihatan kita dahulu.

Berapa banyak makanan yang perlu kita makan adalah bergantung kepada berat badan kita ketika sebelum hamil adakah terlalu ringan ataupun berat.Kemudian kita perlu tentukan plan kalori yang mana kita perlu ambil.Jika, kita adalah kurus plan kalori kita adalah berbeza dengan mereka yang mempunyai masalah berat badan yang berlebihan.

Secara umumnya,kita boleh mengambil kalori antara 2700 dan 4000 kalori setiap hari.Bergantung kepada berat kita sebelum hamil.Tetapi, perlu diingatkan sekali lagi kita perlu jumpa doktor bagi mengetahui berapa kalori yang sesuai untuk kita ambil.

Kita sudah mengetahui bahawa,seorang ibu hamil kembar memerluikan vitamin dan mineral tambahan.Tetapi, itu tidak bermakna jumlah vitamin dan mineral yang perlu diambil adalah 2x ganda.Apa yang penting adalah pengambilan asid folik boleh mencuba vitalea dan b-complex bagi mengelak kecacatan pada bayi dan elak stress bagi siibu,kalsium yang mengandungi vitamin D boleh mencuba ostematrix yang serba lengkap untuk menjadikan siibu tido lena,elak sakit pinggang,lenguh-lenguh badan dan sebagainya,zinc, boleh mencuba zinc complex,vitamin c boleh mencuba chew vita c 100mg dan zat besi.

Kebanyakan ibu hamil  juga akan sering mengalami anemia , oleh itu perlulah sentiasa pergi ke klinik untuk check HB dan mencuba produk untuk anemia.

Kesimpulannya,ibu hamil kembar perlulah sentiasa berfikiran positif,menjaga kesihatan diri dan juga sentiasa berhubung dengan doktor bagi memastikan siibu dan anak di dalam kandungan sentiasa sihat dan cergas.






Set ini juga sesuai untuk ibu hamil kembar :)

Ingin KEKAL CERGAS DAN BERTENAGA?

Hubungi saya SEGERA,

Nurul Zin,
Shaklee Independent Distributor,
Shaklee ID:908082
Fanpage:Naturalvitamin.Com
Call/Sms:012-7308930


Selamat Bersuppliment,









Tuesday, October 8, 2013

5 Tip meningkatkan Kesihatan Bayi Dalam Kandungan

Assalammualaikum..

Bagi ibu yang hamil,kesihatan tubuh badan adalah sangat penting bagi memastikan si ibu sentiasa bertenaga dan sihat.Begitu juga,bagi bayi yang dikandunginya,sekiranya siibu hamil mengalami pelbagai masalah seperti tekanan perasaan ataupun kemurungan sudah pasti,ianya juga akan menjejaskan perkembangan bayi di dalam kandungan.

Di sini,saya ingin berkongsi sedikit tip meningkatkan kesihatan bayi dalam kandungan.Agar sianak mendapat kesihatan yang baik daripada aktiviti yang dilakukan oleh ibu itu sendiri.

BERCAKAP DENGAN BAYI

Ambil masa untuk tenang dan bercakap-cakap perkara positif kepada bayi dalam kandungan.ia akan membantu bayi anda,turut berasa tenang dan positif.

AMBIL MASA UNTUK TIDUR

Tidur juga akan membantu ibu hamil mengurangkan perasaan stress,yang boleh memberi kesan negatif kepada bayi. Bagi saya juga,ia adalah satu cara yang sangat-sanagt berkesan ketika melalui saat kehamilan.Boleh juga meletakkan pewangi bilik aroma levender..untuk lebih merasa ketenangan.

BERHUBUNG

Menjalin perhubungan dengan rakan-rakan hamil yang lain,untuk berkongsi pelbagai pengalaman,tip dan sebagainya.Ia akan membentuk satu sokongan yang positif. Dimana,anda akan mendapat sokongan yang penuh dari rakan sealiran..secara tidak langsung, akan menghasilkan cas positif dalam diri kerana tidak berasa keseorangan ketika melalui saat kehamilan.

MENYANYIKAN LAGU ATAU MENGAJI UNTUK BAYI ANDA

Ia bukan sahaja membantu anda untuk berehat,tetapi membantu juga bayi anda untuk mengenali suara anda dan juga membantu bayi anda untuk tenang.

MEBUAT SESUATU YANG KREATIF

Melakukan aktiviti melukis,menulis,mengecat,memasak hidangan yang baru  ataupun aktiviti yang anda minat. Ini bagi menghargai dan memupuk sikap positif dalam diri anda untuk menjadi ibu yang lebih baik.

Ok,setakat ini sahaja untuk arini :)

Semoga bermanfaat,


Salam sayang,






Monday, October 7, 2013

Mengenali Keputihan Wanita Dan Petua Bagi Mengatasinya


Assalammualaikum...

Hari ni..saya hendak berkongsi sedikit info mengenai keputihan,yang kemungkinan besar dialami oleh wanita di luar sana.Samada ianya keputihan yang berpenyakit ataupun tidak ia bergantung kepada ciri dan warna lelehan yang keluar saat keputihan itu berlangsung.Namun,perlu kita ketahui bahawa tidak semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.

Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh kulat. Ini termasuklah wanita hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.

1. Jernih

Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu sebur atau apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stres. malah, keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.

2. Putih

Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk. malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda menderita jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.

3. Putih Pekat
 
Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamanya ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.

4. Coklat

Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.

5. Merah muda
 
Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul saat anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.source

Manakala,petua yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah keputihan adalah:


CARA PERTAMA





1.Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.

2.Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.

3.Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu.

4.Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.

5.Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.

6.Minum air tersebut 2 kali sehari.

7.Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.


CARA KEDUA





1.Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.

2.Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.

3.Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.

4.Tapislah air tersbut.

5.Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.

6.Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.

7.Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.

Perhatian:Petua traditional ini hanyalah alternatif untuk rawatan yang didapati dari orang-orang tua terdahulu. Bagaimanapun anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor supaya tidak ada kesan sampingan dikemudian hari

Jika,ingin mencuba petua ini,tetapi agak sukar untuk memperoleh daun-daun ini,terutama kita yang duduk di bandar.Bolehlah mencuba alternatif lain iaitu mengamalkan ALFAFA COMPLEX.



Apa yang bagusnya alfafa complex ini,sehingga dapat membantu mengurangkan dan membebaskan wanita dari masalah keputihan.Sebenarnya di dalam alfafa,mengandungi vitamin k yang berperanan untuk membantu bakteria baik untuk melawan bakteria jahat yang menghasilkan keputihan .Itulah antara sebab,mengapa alfafa complex ini bagus untuk mengatasi masalah keputihan.

Lagi best tentang alfafa ini ialah,ia juga baik untuk masalah bau badan,sebagai perapat,milkbooster dan pelbagai lagi manfaat lain.

Semoga perkongsian ini,dapat membantu serba sedikit menyelesaikan permasalahan wanita di luar sana :)

disclaimer

Ingin BEBAS DARI KEPUTIHAN?

Hubungi saya SEGERA,

Nurul Zin,
Shaklee Independent Distributor,
Shaklee ID:908082
Fanpage:Naturalvitamin.Com
Call/Sms:012-7308930


Selamat Bersuppliment,