Berpisah susu terjadi apabila kita menghentikan penyusuan setelah si manja mula mengambil makanan lain selain daripada susu ibu.
Sebenarnya ia agak sukar untuk dilakukan,ia mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk menghentikan penyusuan bergantung kepada kerjasama yang diberikan oleh si kecil.
Berikut 10 cara praktikal berpisah susu yang boleh membantu kita menghentikan penyusuan.
1.Jangan tawar dan jangan tolak
Ia merupakan cara paling selamat dan efektif untuk berpisah susu.Berikan susu apabila diminta dan jangan sesekali menolak jika anl mahu menyusu.
2.Mengubah rutin harian
Tidak melakukan perkara rutin yang kita lakukan ketika menyusukan anak kita.Contoh dia akan menyusu jika kita berada di sofa.Maka,kita perlu mengelakkan melakukan perkara rutin tersebut.
3.Pertolongan dari ayah
Perlu membantu mengalihkan perhatian anak yang mahu menyusu dengan melakukan aktiviti lain seperti menonton program televisyen kegemarannya.
4.Alihkan perhatiannya
Membawa ke taman permainan pada waktu yang biasanya dia meminta susu.
5.Lengahkan sesi penyusuan
Tangguhkan waktu menyusu iaitu memberitahunya untuk menunggu sebentar.Gantikan dengan aktiviti lain juga boleh menjadi cara yang berkesan.
6.Memendekkan tempoh penyusuan
Cara ini berkesan untuk anak yang berusia 2 tahun keatas. Memendekkan tempoh penyusuan dengan berkata '' Sedikit sahaja ea ibu beri,sebab kakak/abang sudah besar.".
7.Memberitahu secara berhemah
Bagi anak yang berusia 1tahun keatas yang sudah memahami, nyatakan arahan seperti tunjukkan contoh orang dewasa yang tidak minum susu ibu. Sudah pasti, anak kita pasti teruja.
8.Kurangkan penyusuan
Dalam sehari, mula mengurangkan sesi penyusuan terutama diwaktu malam. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan pengeluaran susu ibu.
9.Tidak menghentikan penyusuan susu secara tiba-tiba
Bagi mengelakkan emosi anak terganggu dan menjadikan tidak selesa.
10.Petua-petua lama
Mengikuti petua-petua lama orang-orang tua.. tetapi, ianya perlulah minta pandangan yang pakar bagi memastikan, ianya tidak memberi kesan negatif kepada anak kita.
Semoga Bermanfaat,