Kecoh di laman sosial, mengenai isu Shaklee Tidak Halal. Ada juga yang membuang produk shaklee yang dibeli ke dalam tong sampah tanpa usul periksa. Sangat membazirkan bukan?.
Sebenarnya, isu ini sudah lama diperkatakan..tetapi tidak tahu mengapa ianya dibangkitkan semula, padahal sudah ditunjukkan dengan pelbagai bukti yang kukuh.
Ok, mana yang tidak mengetahui lagi tentang kesahihan status halal shaklee ini. meh, saya perjelaskan.. semoga kita terhindar dari pelbagai fitnah.
Pertama
======
Produk shaklee adalah dari USA, bahan mentahnya dari sana, pemprosesannya juga dari sana dan diimport pula ke Malaysia. Jadi,seharusnya pihak USA lah yang perlu mengesahkan status halal yang dipasarkan di Malaysia. Tidak perlulah pihak JAKIM hendak ke sana, semata-mata untuk mengesahkan status halal. Bukan satu sahaja negara, banyak lagi negara yang memasarkan produk mereka di Malaysia. Jadi, setiap negara mempunyai badan Islam masing-masing yang akan mengeluarkan sijil halal bagi produk di negara terbabit.
Kedua
=====
Oleh kerana produk Shaklee adalah dari USA, maka pihak yang bertanggungjawab untuk mengesahkan STATUS HALAL di negara tersebut adalah ISA (ISLAMIC SERVICES OF AMERICA).
Apa pula ISA itu?
ISA merupakan badan Islam di United State Of America (USA) yang bertanggungjawab memeriksa dan mengeluarkan SIJIL HALAL bagi produk-produk yang ingin dipasarkan kepada orang Islam di US. Jadi, memandangkan ibu pejabat dan kilang Shaklee ini terletak di US. Maka,pihak ISA lah yang perlu mengeluarkan SIJIL HALAL.Hendak mengetahui lebih lanjut mengenai ISA klik sini
Untuk pengetahuan anda, pihak JAKIM sentiasa memantau semua badan luar negara yang mengeluarkan SIJIL HALAL. Malah badan badan ini harus memohon pengiktirafan JAKIM dari semasa ke semasa. Maka, berdasarkan pengiktirafan terbaru yang dibuat oleh JAKIM setakat 19 Julai 2013 , ISA adalah antara badan islam luar negara yang diiktiraf SIJIL HALALnya oleh JAKIM. Disebabkan SIJIL HALAL inilah, maka disetiap botol shaklee tiada COP HALAL JAKIM.
Kesimpulannya, pastikan dahulu setiap apa yang kita dengar sebelum bertindak, ia bukan sahaja menyusahkan orang lain bahkan boleh menimbulkan fitnah.
Salam sayang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)