Sudah terlalu biasa kita mendengar tentang keengganan kanak-kanak makan sayur sayuran dan buah buahan.Jika hal ini berlaku kepada anda,jangan khuatir. Dibawah, ada beberapa tip yang boleh membantu.
1.Pastikan rumah kita sentiasa ada buah-buahan segar seperti pisang,epal,pear dan limau.Susun buah-buahan tersebut di dalam bakul cantik dan letakkan di atas meja makan. Saya pasti, anak-anak akan menyukainya.
2.Jangan lupa, hidangkan buah buahan dan sayur sayuran setiap kali waktu makan. Ketika makan tengah hari beri anak makan buah buahan dahulu sebelum makanan utama.
3. Sekiranya anda sekeluarga makan di luar, pastikan menu yang kita pilih mengandungi sayur sayuran dan juga buah buahan.
4. Semasa membeli buah buahan atau sayur sayuran, tanya anak buah atau sayur apa yang digemari dan belikan.Inilah salah satu cara untuk menggalakkan anak makan makanan tersebut.
5.Galakkan seisi keluarga makan buah buahan dan sayur sayuran. Bukan hanya si kecil , kita sebagai ibu bapa juga perlu menjadi contoh supaya mereka ikuti.
6.Hidangkan buah buahan dan sayur sayuran secara kreatif.
7.Jangan mudah putus asa jika anak menolak buah buahan dan sayur sayuran yang anda berikan kepadanya.
8.Beri anak buah buahan dan sayur sayuran mengikut citarasa mereka. Jika dia sukakan sayur sayuran yang dimasak terlebih dahulu, masaklah dan jangan sesekali beri padanya sayur mentah. Begitu juga pada buah buahan.
9.Buah buahan dan sayur sayuran tidak semestinya dimakan begitu sahaja. Kita boleh hidangkan buah buahan dan sayur sayuran bersama yogurt atau coklat.
10.Sekiranya kita mempunyai kawasan atau tempat untuk menanam sayur sayuran atau buah buahan, ajak anak sertai bersama. Secara tidak langsung ia akan mendidik anak kita menyukai sayur sayuran atau buah buahan.
Kesimpulannya, kita perlulah sentiasa berfikiran kreatif dan juga berusaha bagi memastikan anak kita menyukai sesuatu yang kita sarankan.
Semoga Bermanfaat,