Hari ini, giliran saya untuk membuat ulasan mengenai
kelas asas blog dan fanpage. Sebenarnya
sudah agak terlambat dah ni...Sebelum ini, saya memang sudah mempunyai blog
sendiri. Itupun belajar sendiri melalui google, dari segi bina blog dan juga
susun atur layout tu reti la sikit. Tetapi, dari segi idea penulisan , memang
la payah sangat-sangat.
Pada masa itu, saya hanya berfikir bahawa kecantikan
blog dan juga susun atur layout akan menjamin pelawat untuk membaca blog saya.
Tetapi, ianya tidak berlaku. Sehari viewer
tak sampai 10 orang pun, kadang-kadang seorang pun tiada. Mulalah, malas hendak
menulis.. kadang-kadang hendak bukak
blog sendiri pun tidak mahu.
Alhamdulillah, setelah menyertai kelas asas blog dan
fanpage yang dikendalikan oleh cikgu Zaila Mohamad viwer sehari blog saya
meningkat. Jauh sekali untuk mendapat viewer sebanyak 1 orang atau pun bawah
50. Rahsianya adalah tip-tip yang dikongsikan di dalam kelas ini. Ianya sangat-sangat
membantu.
Yang paling best, apabila anda menyertai kelas
dengan kami. Anda akan memperolehi e-book asas penulisan. Banyak rahsia penulisan,
yang dikongsikan oleh Pn Masayu yang merupakan
Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah
ini. Saya pasti, anda pasti akan mendapat banyak manfaat dari e-book tersebut.
Apa yang perlu anda tahu, belajar dengan seorang
guru lebih baik dari belajar sendiri. Ini adalah pengalaman saya sendiri. Sebab
apa? Bila ada yang salah akan ditegur dan siapa yang sudah ada blog juga kan di
brandingkan semula mengikut tema blog anda. Apa yang paling penting “PRACTICE
MAKE BE PERFECT”.
Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Akademi Bekerja Di Rumah sila KLIK SINI ,